..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

February 25, 2013

Pokok mengeluarkan 'BURUNG'

Salam,

Pokok ni mengeluarkan burung yang comel.


Macam burung kan. Siapa tau nama pokok ni? Boleh bagitau saya. Dah lama nak tau, tapi tak juga tau :D ..


Pokok ni mak saya yang tanam. Tapi dia pun tak tau nama sebenar pokok ni. Kami cuma panggil POKOK BURUNG je.

February 23, 2013

Aqidina Homestay, Cameron Highlands

Salam,

Just nak berkongsi. Ni homestay yang kami sewa masa jalan - jalan kat Cameron Highlands hujung tahun 2012. Manalah tau kalau - kalau ada yang nak ke sana jugak. Bolehla try homestay ni (Homestay ni tiada kaitan dengan saya dan keluarga saya tau).


Homestay Aqidina ni ada 3 bilik. Tiada air cond mahupun kipas. Tapi jangan risau sebab memang sejuk giler tidur kat sini.


Ada juga extra tilam disediakan. Nak cakap rate5 star tu tak la kot. Tapi kalau setakat nak melelapkan mata tu dah ok.


# Just berkongsi untuk makluman mereka yang nak ke Cameron Highlands.


February 20, 2013

Tunnel Book | Galaxy

Salam,

Baru - baru ni kemas barang - barang lama, jumpa tunnel book (pop up book) ni. Tunnel book ni saya buat masa zaman belajar dulu (masa belajar nak jadi cikgu). Kiranya boleh digunakan sebagai ABM/BBM untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.

No kad pengenalan adalah RAHSIA hikhik
Jom tengok kat dalam ada apa...


Seriously, bila dah jadi cikgu tak sempat nak buat tunnel book cam ni. Hmmmmm...

Tunnel book paling simple....tapi berhari-hari gak nak siap...


# tak sangka boleh buat tunnel book ni sebab saya bukan orang yang kreatif hahaha...

February 14, 2013

Sehangat Asmara | Idea asal KAMI

Salam,

Lebih kurang 10 tahun dulu (tak berapa nak ingat sangat dah), saya dan my bestfriends dah baca novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea ni. My besfriends memang tangkap cintan ngan watak dalam novel ni (Kay dan Zainal). Masa tu cover buku ni bukan macam ni. Waktu tu cover warna putih.

Disebabkan terlalu tangkap cintan ngan novel ni, kami berenam (me and my BFF) pun terfikir, "Alangkah baiknya kalau cerita novel ni diadaptasi ke layar kaca." 10 tahun dulu, kami rasa novel ni tak mungkin ke layar kaca sebab masa tu bukan zaman cerita novel dibuat filem atau drama. So kami cuma berangan-angan, siap fikir hero and heroin yang sesuai untuk jadi watak utama (malangnya saya dah tak ingat siapa pelakon yang bertuah tu :D) .

So boleh tak kitorang claim idea nak bawak novel ni ke layar kaca tu idea asal kami berenam ..hahahaha




Sekarang, cerita ni dah ada kat Astro. Watak utamanya Rita Rudaini dan Adi Putra. 10 tahun dulu, saya memang nak sangat 'tengok' cerita ni kat TV, tapi sekarang walaupun dah ada kat TV, saya tak teringin pun nak tengok.  Zaman dah berubah.. ☻

# kadang - kadang benda yang mustahil , tak semestinya akan kekal macam tu kan.  Masa mmungkinkan segala - galanya....



February 12, 2013

Ammar bin Yaasir

Salam,

Hari ni saya nak sambung cerita pasal nama - nama kelas di sekolah saya.  Sebelum ni saya ada cerita pasal Hanzalah bin Abi Amir. Kelas yang kedua adalah kelas Ammar menggantikan nama Bestari.

Siapa Ammar?


Ammar bin Yaasir lahir 57 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenarnya Ammar bin Yaasir bin 'Amir al - Kanany. Digelar at - Thoyib muthoyyib (yang baik dan memberi kebaikan). Beliau adalah anak Sumayyah binti Khabbab dan Yaasir bin Amir yang merupakan orang terawal memeluk agama Islam atau disebut sebagai Assabiqunal Awwalun. Keluarganya berasal dari Tihanah, suatu daerah di Yaman yang kemudian datang ke Mekkah untuk mencari saudaranya yang hilang dan kemudian menetap di sana.

Setelah Ammar bin Yaasir dan keluarganya memeluk Islam, mereka disiksa oleh Abu Jahal. Penyiksaan tersebut menyebabkan orang tua Ammar meninggal dunia. Sejarah keislamannya penuh dengan siksaan dari orang - orang yang membenci Islam. Orang - orang kafir pernah menyiksanya dengan macam- macam cara, dipukul dan dijemur sehingga lapar dan dahaga. 

Selama hidupnya beliau bersama Rasulullah dalam peperangan Badar, Uhud, Khandaq, Tabuk dan lain - lain lagi. Beliau pernah berkhidmat untuk Saidina Abu bakar as- Siddiq untuk memerangi riddah yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab serta turut melawan Persia dan Rom.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab beliau ditugaskan menjadi amir Kuffah. Namun dengan tanggungjawab tersebut membawa diri beliau mnjadi semakin zuhud, khusyu' dan wara'. 

Ketika perang Yamanah, telinga beliau terpotong oleh pedang orang-orang murtad. Ada seorang lelaki menghina dirinya kerana telinganya terpotong dengan memanggil "Wahai si buntung," kata lelakki itu. Ammar menjawab, "Sebaik-baiknya telingaku apa yang kamu hina itu". (HR Tirmidhi)

Selama hidup berjuang dengan Rasulullah, beliau telah meriwayatkan lebih enam puluh dua hadis. Di antara riwayat hadis itu adalah; Rasulullah pernah bersabda "Perumpamaan umat itu seperti hujan. Tidak diketahui kebaikannya di awal atau di akhir."(HR Thobroni)

Peristiwa Shiffin (perselisihan antara Ali dengan Muawwiyah) merupakan akhir ajalnya. Dalam peristiwa itu, Ammar telah syahid di medan jihad ketika berumur 93 tahun. Beliau ikut dalam pasukan Ali melawan Muawwiyah. Orang-orang teringat ucapan Rasulullah, "Alangkah malangnya Ammar, kelak dia dibunuh oleh kelompok sesat...". Muawwiyah brkata, "Apakah kami membunuhnya!! Beliau itu terbunuh oleh orang-orang yang datang kepadanya." 



# dah siap 2 kelas, Hanzalah dan Ammar. Nanti kita sambung lagi ..

February 5, 2013

Rezeki dapat pen FREE

Salam,

Rezeki Allah kepada kita memang melalui macam - macam cara kan. Kadang - kadang dengan cara yang kita tak jangka.

Contoh yang berlaku pada saya ni. Sejak tahun 2010, saya memang suka simpan pen yang habis dakwat. Saya tak buang pen tu, saya kumpul dalam mug dan letak atas meja saya dalam bilik guru. Saya memang kumpul untuk suka - suka. Dah namanya cikgu, memang pen merah lagi banyak dari pen lain.


Tahun 2012, tiba - tiba ada supplier datang sekolah kami bagitau kami boleh tukar pen yang habis dakwat dengan pen baru. Rezeki kan. Memang tak terfikir akan dapat rezeki dengan cara ni. Tapi sayang, kalau boleh tukar dengan pen merah jugak kan best hehehe (tengok tu , dah dapat free pun tak reti bersyukur jugak :P). Alhamdulillah..

# rezeki Allah datang dengan macam-macam cara. Allah MAHA PEMURAH.

February 4, 2013

Baucer diskaun Bukit Gambang WaterPark

Salam,

Tengok..tengok ni..hehe saya dapat baucer diskaun untuk masuk ke Bukit Gambang WaterPark. Kawan yang bagi, tapi sampai ke hari ni belum lagi berjaya menjejakkan kaki ke sana. Insya Allah dalam perancangan, awal bulan 3 ni kami nak ke sana beramai - ramai.


Satu tiket ni sah untuk 6 orang. Kira jimat jugak la. Sebab setiap seorang hanya perlu bayar RM 18.00 (dewasa) atau RM 12.00 (kanak - kanak) berbanding harga asal RM 28.00 (dewasa) atau RM 18.00 (kanak - kanak) seorang.

Jom, datang Kuantan, kita pakat ramai - ramai g Bukit Gambang Waterpark. :p



February 2, 2013

Segmen Pantas AisyahHumaira

Salam,

Awal pagi tadi rasa cam tak nak join GA or segmen dah untuk hari ni..tapi bila nampak blogger Aisyah Humaira buat segmen pantas ni, rasa gatal tangan je nak join..hehe..

Segmen ni memang pantas sebab kurang 2 jam lagi nak tamat..Kalau nak join, boleh klik banner kat atas ye...

# weekend ni mood join segmen and giveaway meluap-luap hikhik..

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

Salam,

Ni GiveAway last saya join untuk hari ni rasanya.. :P

Tarikh Tutup : 28 Februari 2013

Kalau sesiapa yang berminat nak join, boleh klik pada banner atau pun SINI.

GA - KAIN PASANG

Salam,

Join GA lagi.. :P


Kalau yang berminat nak join, boleh klik kat SINI .

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Salam,

Klik SINI untuk join.


IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Salam,

Nak join? .. Klik SINI


Tarikh tutup : 28 Februari 2013

Link Sponsor



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...