..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

August 31, 2010

MERDEKA!!!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!!

"1Malaysia Menjana Transformasi"


Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53 kepada semua rakyat Malaysia walau di mana jua korang berpijak.

Tadi kat sekolah aku ada buat sambutan Hari Kemerdekaan, tapi kitorang sesi petang buat kecil-kecilan je.  Pengacara majlis perhimpunan hari ni (merangkap cikgu bertugas) bercerita la serba sikit tentang 31 Ogos ni kat budak - budak sesi petang ( darjah 2 & 3 ).  Ada 1 part tu aku rasa lawak gila, cikgu tu tanya la kat budak-budak yang kusyuk mendengar ni...

Cikgu     :   Siapa yang menjajah negara kita sebelum kita merdeka?

Dan dengan penuh yakinnya sorang budak darjah 2 jawab..

Murid   :    Tugu Negara, cikgu.

  
Hehe aku tak boleh bayangkan kalau Tugu Negara yang menjajah negara kita..ish3 haru tul la budak-budak ni.  Tapi walau apa pun, budak-budak ni la nanti yang akan menjadi penyambung warisan generasi sekarang untuk mengekalkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ni.

Harapan aku, semoga Malaysia, tanah airku yang tercinta akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam apa jua bidang.  Aku sayang Malaysia, tanah tumpahnya darahku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...