..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

February 25, 2011

Syafakallah dan Syafakillah


February 22, 2011

Suara emas...

Sejarah telah tercipta hari ni...

Minggu ni dah masuk 9 minggu sesi persekolahan ....Hari ni memang akan ku kenang sampai bila-bila...chewah, macam ada perkara best je kan...hehehe....memang tersangat best bagi aku....

...Gambar dipinjam dari pakcik Google..




Hari ni first time sorang anak murid aku (dari kelas 1 Bijak ) yang tak pernah 'berbunyi' bercakap ngan aku...Actually bukan bercakap ngan aku, tapi dia mengeluarkan suara emasnya dalam kelas...Bukan la dia ni bisu...Tapi anak murid aku sorang ni memang tak nak bercakap ngan cikgu-cikgu...bukan ngan aku sorang, cikgu-cikgu lain pun....dah puas aku tackle suruh bercakap ...tapi yang hairan bin ajaib dengan kawan-kawan ok je...Tapi aku memang tak pernah dengar dia bercakap ngan kawan-kawan dia, cuma pernah 'nampak' sayup-sayup dari jauh je...

Hari ni macam biasa aku panggil sorang - sorang recite chant depan kelas...sampai turn dia, aku pun panggil je la (walaupun dalam hati aku memang YAKIN dia takkan bercakap)..

Tiba-tiba.....

"Teacher, teacher, teacher....


Please may I,
Please may I,
Please may I go to the toilet,


Yes, you may, 
Yes, you may,
Yes, you may go to the toilet.."


Rasa nak melompat sampai atas bumbung sekolah pun ada masa dengar suara dia recite benda alah tu....bayangkan 9 minggu tak bercakap...selalunya kalau aku tanya, main angguk-angguk, geleng-geleng je....mulut memang tak bukak...bayangkan gigi dia pun aku tak pernah nampak (kalau ada gigi la hehe) ...sakit jiwa jugak aku masa tu...

Harap-harap lepas ni dia semakin 'aktif' bercakap (tapi jangan over aktif sudah) ....payah wooo kalau anak murid tak nak bercakap ngan cikgu.....

HARI INI DALAM SEJARAH....

February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ni sekolah aku baru buat sambutan Maulidur Rasul (lewat 3 hari la dari tarikh sebenar)...Macam biasa, aktiviti pertama mesti berarak...hehe..Kali ni kitorang berarak keliling padang sekolah..nasib baik padang sekolah kecik..Kalau luas, mesti aku dah mengelat guna jalan pintas dan pantas...hehe...

Macam-macam aktiviti untuk sambutan hari ni..tapi layan gambar-gambar budak-budak ni berarak je la...malas nak panjang-panjangkan cerita ;p ...

Muka-muka yang bersemangat nak berarak ..


Macam konvoi semut pun ada hehe...


Kak Isma dan 'anak-anak' kesayangannya... 

Kak Yas bersama bakal-bakal 'ustaz' dan 'ustazah'..insyaALLAH...

Dan gambar yang paling mahal.....

Tapi sayangnya , gambar blurr....isk..isk..isk....Kamera ni pun, masa ni la juga nak buat hal...

Tak apalah, janji gambar 'anak-anak' aku ni clear dan cun... ;p




Bila dah ramai-ramai pakai baju 'raya' macam ni, susah betul nak cam 'anak-anak' aku ni..maklumla semua dah bertukar warna...masing-masing dah makin lawa dan hensem hahahaha ....

February 15, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

First time aku join giveaway...Saja nak test luck aku hehehe..Memang bermurah hati betul owner Tote BotiQue ni...



Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)


Aku memang suka 'jalan-jalan' kat blog ni..Items kat sini semua cute..tapi aku tak pernah shopping kat sini lagi..Teringin jugak nak beli purse cute yang bersepah kat sini..Maybe next time kot...bulan ni aku dah pokai sebab aku beli mesin jahit..huhuhu...next time ye Cik As ;) ...

Barang sesiapa nak join giveaway ni, klik je kat SINI...

February 14, 2011

Skirt Cantek .. ;p

At last siap jugak projek skirt patchwork cantek aku ni huhuhu....Ni la hasil pertama aku pegang mesin jahit...Eh, silap..dulu-dulu pernah la sekali aku guna mesin jahit...Masa tu aku tolong mak aku jahit tepi kain batik..Tapi itu jahit lurus je...Tu pun tak berapa lurus..agaknya sebab tangan aku ni sejak azali memang bengkok kot ;p ....

Bagi spesis yang tangan kayu macam aku ni, memang 'bercinta' jugak la nak siapkan skirt macam ni...Jangan kata nak menjahit, nak pasang benang bawah pun tak reti ;p...Skirt ni berjaya aku siapkan setelah membengkokkan dua bilah jarum mesin jahit..Hehe..Hebat tak aku??..Jarum pun boleh bengkok...tu baru buat skirt je..Agaknya kalau aku jahit baju kurung, mau 10 bilah jarum aku patahkan ( Lepas ni, kayalaa tauke jarum ;p)

First time aku buat benda alah ni, so jahitan tak kemas sangat....Tapi dari jauh macam cantek je kan?? hehehehehe....

Tempoh siap: 2 Feb - 10 Feb


February 7, 2011

Saya suka Teacher...

Gambar disonglap dari pakcik Google hehe..

"Saya suka teacher Zira sebab teacher Zira wangi"...

Itulah ayat pertama yang aku dengar bila aku melangkah masuk ke 1 Bestari pagi tadi..hehe...
Bagus jugak ye..bila students suka kat cikgu (suka tanpa ada maksud tersirat la), insyaALLAH ilmu senang nak masuk dalam otak... ;)

Nampak gayanya, lepas ni aku kena pakai perfume yg lebih wangi la..baru semua students aku suka kat aku hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...