..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label Negaraku. Show all posts
Showing posts with label Negaraku. Show all posts

October 18, 2013

Pentingnya Takwim Persekolahan 2014 kepada saya


Salam, 

Dah lama cari takwim cuti 2014. Semalam baru jumpa. Sebelum ni saya tak pernah kisah pun pasal takwim sekolah. Tapi untuk tahun depan memang penting hehehe. Boleh la merancang untuk tahun depan..  :P 





# (^ ^)

September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia, Malaysiaku

Salam,

Selamat Hari Malaysia yang ke 50 untuk semua warga Malaysia. Hari ni genap 50 tahun Malaysia ditubuhkan. Rasanya sebelum ni tak ramai yang 'kisah' pasal Hari Malaysia. Tapi sejak tahun 2010 Hari Malaysia adalah antara hari yang ditunggu-tunggu sebab dah diwartakan sebagai hari cuti umum.



2013 | Semenanjung Malaysia + Sabah + Sarawak = Malaysia


# walau di mana tanah tumpah darah kita, sama ada Semenanjung Malaysia, Sabah or Sarawak, kita tetap warga Malaysia. Kita tetap di bawah 'payung' yang sama. Semoga penyatuan kita kekal selagi ada bulan dan bintang.

August 26, 2013

MERDEKA 2013 | Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Salam,

Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Hari Kemerdekaan kan. 31 Ogos 2013 ni genap 56 tahun kita merdeka.




Tema MERDEKA tahun ni Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya.


Bagi yang nak mendapatkan lagu tema, boleh download di :


# terpanggil untuk buat catatan tentang Hari Kemerdekaan 2013 ni sebab rasa sedikit bersalah. Bersalah sebab kurang aura nak sambut Merdeka tahun ni sebab aura Syawal tu lebih dominan .. :P


..Ya ALLAH, kekalkanlah keamanan Malaysiaku, Tanah Tumpahnya Darahku..

March 25, 2013

Jom ke Padang Besar, Perlis

Salam,

Jom, hari ni saya bawa 'berjalan-jalan' di Padang Besar (Padang Besaq ikut loghat utara hehe) .


Apa yang ada di Padang Besar?


Macam biasala, kalau nak dapatkan harga murah kenalah bermulut manis a.k.a pandai tawar menawar dalam loghat utara. Lagi bagus kalau pandai kecek Siam. Kalau tak salah saya, majoriti peniaga sini asal dari seberang sana.


Gambar-gambar ni cuma menggambarkan kurang 10 peratus daripada barang-barang yang dijual di sini. Cheq malas nak snap gambar cam tourist :P .


Setiap kali saya balik kampung, Padang Besar adalah salah satu destinasi wajib untuk diziarah. Tapi walaupun selalu pergi, saya bukanlah kaki shopping cadar, periuk belanga, baju-baju mahupun brooch. Barang wajib saya beli cuma bepang, asam dan kacang tumbuk.. Hahaha..Sila google sendiri untuk maklumat lanjut :P

February 25, 2013

Pokok mengeluarkan 'BURUNG'

Salam,

Pokok ni mengeluarkan burung yang comel.


Macam burung kan. Siapa tau nama pokok ni? Boleh bagitau saya. Dah lama nak tau, tapi tak juga tau :D ..


Pokok ni mak saya yang tanam. Tapi dia pun tak tau nama sebenar pokok ni. Kami cuma panggil POKOK BURUNG je.

February 23, 2013

Aqidina Homestay, Cameron Highlands

Salam,

Just nak berkongsi. Ni homestay yang kami sewa masa jalan - jalan kat Cameron Highlands hujung tahun 2012. Manalah tau kalau - kalau ada yang nak ke sana jugak. Bolehla try homestay ni (Homestay ni tiada kaitan dengan saya dan keluarga saya tau).


Homestay Aqidina ni ada 3 bilik. Tiada air cond mahupun kipas. Tapi jangan risau sebab memang sejuk giler tidur kat sini.


Ada juga extra tilam disediakan. Nak cakap rate5 star tu tak la kot. Tapi kalau setakat nak melelapkan mata tu dah ok.


# Just berkongsi untuk makluman mereka yang nak ke Cameron Highlands.


January 27, 2013

Fakta atau Auta | Angkara K - Pop

Salam,
Ini kisah dalam newspaper semalam. Pelajar ni mendakwa ditendang beberapa kali orang seorang guru disiplin. Tapi bagi saya, cerita ni belum tentu sahih sebab hanya cerita sebelah pihak. Bukan saya nak sebelahkan cikgu tu, tapi sorry to say budak - budak sekarang memang pandai menipu. Saya tak cakap kosong, tapi saya bercakap berdasarkan pengalaman. Dah beberapa kali dah kena. Nantilah kalau ada masa, saya akan cerita (macam la busy sangat sekarang ha3). Tapi memang betul, cikgu pun bukan sentiasa betul kan..



# ..Sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..Siapa yang salah, biar polis yang buat kerja. :)

June 9, 2012

Antara tong sampah dan jalan raya

Tong sampah dan jalan raya adalah dua benda yang berbeza.  Langsung tak sama dan tak serupa.  Cuba perhatikan gambar kat bawah ni, memang tak ada iras langsung kan.

Source: Google

Tong sampah digunakan untuk 'menyimpan' sampah sarap sebelum dilupuskan


Source :  http://www.photomalaysia.com   

Jalan raya ialah laluan yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain


Kalau nak bercerita pasal fungsi , rasanya tak ada persamaan langsung.  Tapi yang peliknya kenapa ada lagi manusia (dah besar panjang) yang masih tak boleh bezakan antara tong sampah dan jalan raya.  Musykil betul.

Kejadian pelik tapi benar ni berlaku baru - baru ni.  Masa tu aku tengah drive nak pergi rumah nenek aku.  Kat depan kereta aku ada kereta Proton Wira.  Sebagai seorang pemandu yang berhemah, aku follow je Wira tu.  Dari jauh aku nampak traffic light dah bertukar merah, so aku pun perlahankan kereta.  Mamat Wira depan aku pun sama.  Tiba - tiba mamat tu buka pintu Wira tu dan letak seplastik sampah atas jalan. Terkedu dan ternganga aku.  Mana taknya, belum pernah aku tengok orang buang sampah cara 'berhemah'.  Biasanya orang main campak - campak je.  Campak tisu ke, botol ke, takla aku heran sangat. Ni letak cara baik, seplastik sampah betul - betul atas jalan dengan penuh sopan.  Ish..ish..ish..  Ada berani???..

So post ni saya tujukan khas buat mamat tersebut.  Semoga anda membaca post ni dan besarlah harapan saya semoga di masa akan datang anda dapat membezakan antara tong sampah dan jalan raya.  Semoga kesilapan yang anda lakukan tidak lagi berulang di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

March 15, 2012

Pilihanraya Umum ke 13

Semalam 14 Mac, ada taklimat untuk petugas PilihanRaya Umum (PRU) ke 13 bagi Parlimen Pekan.  En. Johari bin Abdul Rahman (Pengarah SPR Kedah) yang bagi taklimat.  

Tapi jangan tanya aku, bila PRU nak diadakan sebab aku pun tak tau.  


Ni first time aku bakal jadi petugas masa pilihanraya..Biasalah kan, selalunya memang ramai cikgu - cikgu yang jadi petugas sebab kebanyakan saluran mengundi di buka di sekolah.  Aku jadi petugas untuk PRU 13 ni pun sebab nak kutip pengalaman.  Kawan aku cakap, PENAT..sebab kena bertugas dari subuh sampai senja atau malam even orang ramai start keluar mengundi pukul 8:00 a.m.  Tak apalah, bila lagi kan nak merasa jadi orang agak penting masa PilihanRaya..HEHEHE...

September 16, 2011

MMS dari Maxis

MMS dari Maxis yang tak pernah lupa kat aku ;P. Puasa @ Raya @ Merdeka, Maxis tetap ingat kat aku hehe...


Selamat Hari Malaysia aku ucapkan kepada semua warga negaraku Malaysia walau di bumi mana pun anda berpijak..Hopefully, keamanan yang kita kecapi sekarang akan berkekalan selamanya..Putih, kelabu atau coklat, kita tetap bangsa Malaysia..Peace No War!!


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Source :http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

April 1, 2010

10 Reasons Why It's Worth Visiting Malaysia

Malaysia is a beautiful country and a popular tourist destination. Its unique culture, incredible climate, beautiful scenery and delicious cuisine are only a few of the reasons why Malaysia is considered to be one of the best holiday vacation spots in the world.

1. Kuala Lumpur is one of the best reasons to visit Malaysia. It is the capital of Malaysia and is also known as the 'Garden City of Lights'. Its shopping complexes and malls offer a choice of traditional handicrafts as well as branded products from all over the world. The mega sales that are held annually all over the country attract shoppers from all over Southeast Asia.

2. Malaysia offers an amazing range of cuisines to suit all palates and budgets. The different cuisines available include hot and spicy Malaysian dishes, exotic Chinese delicacies, rich Indian cuisine and a multitude of Continental dishes.

3. Sightseeing in Malaysia is a treat in itself. The country has a plethora of exotic destinations that attract tourists from all over the world, including islands, beaches and forests. Some wonderful places worth visiting are Langkawi, Cherating, Port Dickson, Labuan Island, Tioman Island, Pangkor Island and Redang Island.

4. Malaysia is famous for its beautiful heritage sites like the Churches in Malacca and the Malacca Museum, the Mahamariamman Temple in Kuala Lumpur and the Snake Temple in Penang.

5. For those who love exploring the outdoors, it would be worth visiting the Cameron Highlands, Frasers Hill, Berjaya Hills and Genting Highlands.

6. Malaysia's natural beauty is at its most resplendent in the rainforests. The best places to see the splendour of the rainforests would be Kinabalu Park, Kuala Selangor Park, Endau-Rompin and the Mulu national park.

7. A typical tour for lovers of wildlife would include a trip to the Botanical Garden and Bird Park, in addition to the Bukit Jambul Reptile farm.

8. Accommodation in Malaysia spans a wide range of hotels and resorts that appeal to all tastes and budgets. There are high end five star facilities such as the Taj Resort in Langkawi, Berjaya Time Square in Kuala Lumpur, Bayview Beach Resort in Penang and the Berjaya Langkawi Resort, to name a few. Among the hotels that offer good deals are the Holiday Inn Malacca, the Andaman in Langkawi, Citrus Hotel in Kuala Lumpur and the Dorsett Penang.

9. Getting around Malaysia is not difficult. and visitors can travel through the region via air or road. One of the best transport options open to travellers are the car rentals from places like Hertz and Hawk that can take you anywhere in Malaysia. Luxury buses are also available between Malaysia and Singapore.

10. Malaysia still has a fascinating tribal culture. A visit to Sabah provides an opportunity to observe the indigenous tribe in their natural environment.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...