..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label Cantik dan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Cantik dan Sihat. Show all posts

March 29, 2017

Petua Ubati Batuk

BATUK!!

Dah beberapa hari diserang batuk terutamanya masa nak tidur malam. Seksa rasanya bila batuk. Nak tidur pun tak lena sebab asyik batuk. Sebab tak tahan sangat asyik batuk saya pun google cara - cara nak hilangkan batuk sebab saya ni jenis tak suka pergi klinik.
Hasil pencarian  saya, ada beberapa petua:

1) Kicap + limau nipis

2) Sunquick

Saya tak pasti pulak apa kaitan batuk dan benda masam. Sebab petua nak hilangkan batuk ni masam-masam.

Saya rasa tak lalu pulak nak makan kicap + limau nipis. So saya nak try petua ke-2. Malangnya sunquick pulak dah expired hihihi. Kat rumah ni memang kalau beli sunquick, tak pernah habis. Sebab takde orang nak minum. Pikir punya pikir, malam-malam buta ni malas nak pergi kedai, so kat rumah saya memang ada stok Pati Delima Gulsan(memang masam), so saya pun try la. Alhamdulillah, memang mujarab. Terus boleh tidur dengan lena sampai ke pagi.

Saya tak jual ye. Boleh cari kat kedai-kedai.


Boleh try at your own risk hihi. Maybe yang mujarab untuk saya tak semestinya berkesan untuk korang. Tapi tak salah untuk cuba.


::: Photo Book:::

November 29, 2016

Day 3 | Chia Seed dan Daun Rerama

Assalamualaikum.

Hari ni hari ke 3 saya dan myHubby amalkan pengambilan chia seed. Tapi untuk myHubby saya tambah daun rerama. Sebab mak saya bagitau, daun ni bagus untuk orang yang ada resdung (dengan izin Allah). MyHubby memang kuat resdung.

Kawan - kawan saya ramai yang amalkan chia seed untuk kurus. Tapi saya makan chia seed untuk sihat bukan untuk kurus. Sebab kawan - kawan saya cakap, saya memang dah kurus hihi..

Chia seed dan daun rerama berenang -renang dalam botol air myHubby

Mesti ada yang tertanya - tanya kan kebaikan mengamalkan chia seed ni. Dari apa yang saya baca, memang banyak faedah mengamalkan chia seed ni. Antaranya: 

ni saya CnP

5x ganda lebih Kalsium daripada susu
7x ganda lebih Vitamin C daripada buah Oren
 2x ganda lebih Antioksida berbanding buah Blueberry
3x ganda lebih Zat Besi daripada Bayam
8x Ganda lebih Omega 3 daripada Ikan Salmon
Sumber : ChiaSeed
(saya tiada kaitan dengan kedai ni tau, saya tak jual chia seed..saya pun beli dari kawan)


Boleh google untuk info lanjut. hihihi malas nak menaip.

July 27, 2015

Merawat Selsema My Baby

Salam,

Semalam my baby start bersin - bersin. Dalam usianya 4 bulan lebih ni, first time my baby macam tak sihat. Ummi risau, so whatsapp la kawan- kawan tips nak kurang kan selsema. 

Pukul 3 pagi ummi bangun buat minyak bawang putih ni. Senang je. Campur baby oil dengan bawang putih. Lepas tu, lumur kat tapak kaki, then pakai socks.



Yang ke 2, kawan ummi cakap, lumur baby oil kat ubun-ubun. Ummi lumur sampai berleming hikhik. Sampai Mama ( babysitter my baby) tanya, baby mandi ke pagi-pagi hehe.

Kita tengok cam mana progress petua ni. Kita cuma berusaha kan, yang menyembuhkan hanya DIA.



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 30, 2013

..kononnya nak kulit licin dan gebu..

Alkisahnya terjebak dengan iklan kulit sihat. Kulit sihat memang saya impikan..
 Tapi saya tak pernah terdetik hati nak putih walaupun saya memang tak cerah sangat. In fact, saya memang menyampah dengan iklan untuk memutih dan mencerahkan kulit. Bagi saya la, iklan macam ni secara tersiratnya membawa maksud yang lawa tu 'putih' dan yang buruk tu si 'hitam' ni la. Tak tau la kalau saya je yang rasa macam tu.

Kalau diperhatikan, memang hampir semua iklan kosmetik macam tu kan. Tapi saya memang nak kulit sihat untuk kepuasan diri bila tengok cermin hahaha. Bukan sebab orang lain. 

Iklan ni buat saya terjebak. Lagipun saya memang ada masalah rambut gugur. Tu yang teruja nak try. Apa-apa pun kita hanya berusaha, semuanya dengan keizinan dariNYA. 

Gambar pinjam kat google.


# saya bukanlah pengedar SHAKLEE and tak dibayar pun untuk promosikan SHAKLEE 



:::All About Our Handmade:::

September 16, 2013

Kicap punca luka hitam?

Salam,

"Jangan makan kicap, nanti luka buruk, jadi hitam". Saya selalu dengar orang tiua-tua cakap macam tu. So benda yang sama dah disetkan dalam minda saya. "Makan kicap, luka hitam". 


Betul ke kicap punca luka hitam? Info ni saya dapat dalam Harian Metro 15 September 2013.

Mitos : Makan kicap ketika ada luka pembedahan, kudis atau nanah boleh menyebabkan bekas luka berkenaan menjadi hitam.

Fakta: Tiada kaitan antara warna makanan dengan bekas luka dan makanan yang diambil kerana apa yang kita makan meresap ke dalam darah melalui perut dan usus. Ia tidak memberi kesan terhadap luka, misalnya kicap berwarna hitam akan menyebabkan luka hitam.

Otak kita belajar melalui 'neuro association condition' (keadaan perhubungan otak) iaitu cuba menghubungkan apa yang dilihat dengan apa yang dirasa, walaupun kadangkala tidak masuk akal. 

Sumber: (^,^) 

# salah sangkaan saya selama ni :P

September 8, 2013

Antara 10 Kelebihan Senyum Dalam Kehidupan

Salam,
Hari ni nak kongsikan kelebihan senyum dalam kehidupan kita. Artikel ni bukan saya yang tulis. Saya cuma berkongsi aje . 

  1. Senyum membuat anda lebih menarik. Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik.Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa dan senang.Orang yg selalu merungut, murung, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.Dipastikan orang yg banyak tersenyum mempunyai banyak teman.
  2. Senyum mengubah perasaan. Jika anda sedang sedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.
  3. Senyum boleh menular . Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
  4. Senyum menghilangkan stres . Stres boleh kelihatan di wajah.Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih.
  5. Senyum meningkatkan imunitas.Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, selsema dan batuk boleh hilang dengan senyum.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah. Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.
  7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Senyum ibarat ubat semulajadi.Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Ketiganya adalah hormon yg boleh mengawal rasa sakit.
  8. Senyum membuat awet muda.Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.
  9. Senyum membuat anda kelihatan berjaya. Orang yg tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal, dan boleh diandalkan.Banyakkansenyum ketika mesyuarat atau bertemu dengan klien.Pasti rakan sekerja anda akan melihat anda lebih baik.
  10. Senyum membuat orang berfikir positif.Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat “hidup adalah baik”. Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

June 10, 2013

Telephonophobia, Nomophobia, Frigensophobia & Ringxiety

Salam,

Semalam saya terbaca beberapa sindrom baru berkaitan handphone (Metro Ahad). Jom kita sama - sama cek..Hehe..Takut jugak kalau kita ni sebenarnya 'sihat dalam sakit'. :P




Telephonobia :
Takut membuat atau menerima panggilan telefon.


Nomophobia:
Takut apabila tidak mempunyai telefon. Hidup tertekan apabila telefon tidak berfungsi dan tidak canggih.


Ringxiety atau fauxcellarm:
Digambarkan sebagai fenomena 'psiko-akustik' seperti merasa telefon berbunyi sedangkan ia tidak berbunyi.


Frigensophobia:
Takut menggunakan telefon mudah alih dengan alasan merosakkan saraf dan punca penyakit seperti kanser.

April 2, 2013

Cuaca Panas | Nasihat kepada orang ramai

Salam,

Cuaca sekarang memang sangat-sangat panas. Even malam-malam macam ni pun tak rasa sejuk. Tapi bukan niat saya nak mempersoalkan cuaca panas ni. Tak baik kan. Walau kadang-kadang hati ni ada jugak terdetik, "hish, panas betul la" ..(mohon Allah ampunkan sikap saya) .

Saya just nak share tips yang saya dapat dari http://www.infosihat.gov.my/ . Semoga dapat dijadikan panduan terutamanya kepada yang alah kepada cuaca panas macam saya.


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah :
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :
      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar 
      4.2 Elakkan:
      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas
  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 


January 6, 2013

FAKTA SAINTIFIK TENTANG PEMAKAIAN KASUT TINGGI

Salam, 

Suka pakai kasut tumit tinggi tak? Tadi saya nampak post ni kat FB shamkamikaze . So saya nak kongsi dengan kawan - kawan. Maybe ada yang dah tau. Macam saya sendiri, kurang gemar pakai kasut tumit tinggi walaupun saya ni kurang tinggi. Tak selesa. Tapi kadang - kadang pakai juga :P .



Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. 

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. 

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya. Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. 

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. ''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Source : https://www.facebook.com/shamkamikaze

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...