..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

January 6, 2013

FAKTA SAINTIFIK TENTANG PEMAKAIAN KASUT TINGGI

Salam, 

Suka pakai kasut tumit tinggi tak? Tadi saya nampak post ni kat FB shamkamikaze . So saya nak kongsi dengan kawan - kawan. Maybe ada yang dah tau. Macam saya sendiri, kurang gemar pakai kasut tumit tinggi walaupun saya ni kurang tinggi. Tak selesa. Tapi kadang - kadang pakai juga :P .



Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. 

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. 

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya. Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. 

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. ''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Source : https://www.facebook.com/shamkamikaze

October 5, 2011

Agar hari ini lebih indah..

‎1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A


Google

Jadi agar hari ini lebih INDAH..
Sebarkanlah KASIH SAYANG kpd sesama,
Bersahabat dgn MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA..
dan selalu berDO'A kpd yg Maha Kuasa!
Amin.


Source : Wall FB
Origin  : Unknown

September 25, 2011

Ini bukan cerita 'Dajal Suci'


Selalu sangat post macam ni terpampang kat "muka buku"...Ni aku dapat kat 'wall' kawan aku..Cuma aku tak berani nak 'copy and paste' kat wall aku sebab aku tak pasti dengan kesahihan 'berita' ni...Bukanlah aku menidakkan kewujudan Dajjal dan Hari Kiamat...cuma aku tak suka 'copy and paste' sesuka hati...Tapi aku memang tak layan kartun Pokemon tu...

p/s: Betul ke 'kejadian' kat atas tu dah berlaku..??...tapi aku memang menyampah dengan ayat-ayat yang seakan-akan 'memaksa' orang lain untuk 'copy and paste' macam-macam post atau entri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...