..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

October 4, 2015

DIY Bib Baby

Assalamualaikum dan Salam Jerebu 1 Malaysia..

Hari ni cuaca still berjerebu. Sekolah - sekolah kat Malaysia pun kebanyakannya diarahkan tutup esok dan lusa. Jerebu macam ni nak keluar berjalan - jalan pun tak de mood. Berkurung je dalam rumah.

Jom hari ni nak tunjuk hasil berkurung dalam rumah hehe. Tadaaa..bib baby. Teruja nak buat bib ni sebab mybaby dah start makan solid food. Gigih umi buat bib ni. Bib ni guna kain cotton je. Rasanya umi kena letak batting bagi lebih efisien untuk serap air. Lagi satu saiz pun nak kena buat besar sikit. Mybaby pakai bib ni macam nak tercekik je. Hehe saiz comel sangat. Untuk newborn boleh la kot. Takpe, nanti kita try lagi.



::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

September 30, 2015

Beli Mini Photobook RM 5

Salam,

Hari ni terjebak lagi..TERbeli mini photobook. Tapi murah je hehe. RM 5.30 termasuk gst. Asyik mengumpul voucher photobook je. Projeknya tak juga siap. Bila nak mula ni...


Sesiapa yang berkenan boleh cek kat link bawah ni. New member pun boleh beli photobook murah.




::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

September 23, 2015

DIY Mask Jerebu

Assalamualaikum..

Musim jerebu dah datang. Tiap - tiap tahun rasanya, selain dari musim hujan, musim jerebu pun macam dah jadi musim yang wajib singgah kat Malaysia. Tapi Alhamdulillah, rasanya tempat tinggal saya hanya terkena tempias jerebu. 

Bila musim jerebu, tokey MAsk pun tersenyum. ALHAMDULILLAH rezeki hihi. Kat FB pun rata - rata saya nampak orang dok post face mask yang dijahit sendiri. Saya pun terjebak sama hihi. Terus google cara jahit mask. Tak rumit sangat. Kejap je dah siap. Tadaaaaa..

Model tak berbayar sedang menggayakan mask hihihi

Saya jahit untuk suka-suka je. Tak bercadang pun nak pakai face mask ni kat luar. Actually saya pun tak tau sejauh mana keberkesanan face mask saya ni nak tapis partikel jerebu tu hihihi. Malas nak buat research sebab macam saya bagitau tadi, saya jahit face mask ni untuk suka-suka je.

 


::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

September 15, 2015

AIRPAK sesat | Shopping barang LittleWhiz

Alhamdulillah sampai jugak barang yang saya order dari LittleWhiz. Walaupun servis agak lambat sebab courier Airpak tersesat. Nasib baik saya call. Ada ke patut depa cakap Cherating tu dalam area Kemaman. Memang tak jumpa la cari hihi. Apa - apa pun TQ Airpak sebab selamat hantar barang saya.


Sape nak order barang baby pun boleh cek website ni:
::: Jom Shopping Barang Baby :::

Nanti saya tunjuk apa ada dalam kotak tu hihi..




::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

September 10, 2015

BananaNA...

Di kelas Tahun 1...


Amirul  : BananaNA..

***************************
Fakhrul : BananaNA..

***************************
Amsyar : BananaNA..

***************************
Arif        : BananaNA..

***************************


Adoilaa stress teacher gini..sorang - sorang bila tanya jawab BananaNA. Kuat sungguh pengaruh TV. Rasanya BananaNA tu channel kartun kat tv.




::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

September 8, 2015

ZALORA minat blog saya ...!!!

Salam..

Komen dari ZALORA


Dapat komen ni kat post NI..
Macam tak caya je ada yang berminat ngan blog suam-suam kuku ni hahaha..

::: Photo Book:::

August 24, 2015

AF | Ziqa tersingkir? Errrrr..

Salam MerdeKa..

Tadi scroll newsfeed fb..tiba - tiba terbaca post dari Astro Awani.

"Ziqa hampir pengsan"


Laaa, sejak bila pulak ada AF ni. Akademia Fantasia yang Mawi jadi juara dulu ke. Dah 2 episod pulak tu. Rasanya dulu cakap AF dah last season. Lepas LAST ada lagi yang PALING LAST ke? ?.  

Rilek la Ziqa, tersingkir awal pun tetap boleh jadi artis hehehe..




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

August 16, 2015

Terung hasil berbudi pada Tanah

Salam,

Hari ni nak tunjuk hasil berbudi pada tanah. Haa, dapat makan terung fresh dr pokok. 


Untung kan kalau rajin bercucuk tanam. Jimat pun jimat hehe. Malangnya tangan saya 'panas', tak sesuai nak tanam pokok nanti mati (alasan orang malas sebenarnya).

Terung ni bukan saya yang tanam tapi mak mertua ;p. Untung sayaaaaa hehehe.


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

August 15, 2015

Sudut Linus - In Progress

Salam,

Masih dalam proses untuk disiapkan. 


Saya tolong warna sikit - sikit je..tak berapa nak kreatif tangan ni hihi..




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

August 7, 2015

MUNGKINKAH?

Hobi yang telah lama ditinggalkan..




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

August 2, 2015

Mungkinkah susu rasa DURIAN?

Salam,

Pernah dengar tak orang dulu-dulu cakap kalau baby menyusu badan, "baby makan apa yang mak makan?". Saya tak tau sejauh mana kebenarannya, tapi semalam saya telan 7 ulas durian err maybe sembilan ulas kot. Memang tak sedar diri. My Baby memang menyusu badan. Malam tu dia tak boleh nak tidur. Badan My Baby panas. Badan ummi tak plak panas. Saya terpikir, mungkin sebab durian tu kot. Kesian dia tak lena tidur. Alhamdulillah, pagi esok tu panas badan dia beransur- ansur kurang. 


Conclusionnya, saya rasa cakap-cakap orang tua tu ada betulnya.My Baby, Ummi minta maaf ye. Lepas ni ummi tak buat lagiii..




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

July 27, 2015

Merawat Selsema My Baby

Salam,

Semalam my baby start bersin - bersin. Dalam usianya 4 bulan lebih ni, first time my baby macam tak sihat. Ummi risau, so whatsapp la kawan- kawan tips nak kurang kan selsema. 

Pukul 3 pagi ummi bangun buat minyak bawang putih ni. Senang je. Campur baby oil dengan bawang putih. Lepas tu, lumur kat tapak kaki, then pakai socks.



Yang ke 2, kawan ummi cakap, lumur baby oil kat ubun-ubun. Ummi lumur sampai berleming hikhik. Sampai Mama ( babysitter my baby) tanya, baby mandi ke pagi-pagi hehe.

Kita tengok cam mana progress petua ni. Kita cuma berusaha kan, yang menyembuhkan hanya DIA.



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

June 11, 2015

Bawang Putih vs Bawang Merah

Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. 

Salam hari Khamis.





::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 29, 2015

Photobook diskaun 93%..murah-murah

Salam..

Siapa nak photobook murah-murah sila angkat jari..hehe

Meh usha pixajoy..ada diskaun 93% sekarang ni.


Teruja tak? Kalau teruja, jom kita pi tengok kat website pixajoy ni..

::: Photo Book:::





:::All About Our Handmade:::

May 28, 2015

Happy Crochet

Salam..
Jom hari ni nak belanja gambar - gambar crochet..semestinya bukan saya yang kait hehe..Ni antara hasil kerja tangan mak saya selepas pencen.
 Boleh 'Like' Happy Crochet kalau nak tengok gambar yang lain..
::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 27, 2015

Pavlova

Teringat akan kesedapan pavlova di petang hari..


Telan air liur je la 




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 25, 2015

"Sorry sebab buat abang marah.."

Suami saya marah bila saya clearkan meja ni dari segala macam khazanah dia yang bertaburan kat atas meja ni.

Suami saya cakap, susah dia nak cari barang. Letak atas meja senang nak jumpa..

Hmmm, walaupun saya ni memang tak berapa rajin mengemas tapi semak mata la tengok barang bersepah - sepah atas tu..

"Sorry sebab buat abang marah.."




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 23, 2015

Selepas 5 bulan...

Salam,

Tadaaaa...


Selepas 5 bulan set tilam ni siap barulah saya berjaya menyiapkan sarungnya huhu. Baby pun dah 2 bulan lebih. Sarung bantal baru siap satu, ada 2 lagi bantal tidur + 2 bantal peluk masih tak bersarung. Ish..ish..ish..


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 22, 2015

Jahit bantal karipap dengan mesin jahit dari Lazada

Salam,
Lama dah tak bersiaran. Hari ni nak tunjuk bantal karipap yang dijahit dengan mesin jahit yang dibeli dari Lazada. Punya la excited nak menjahit sampai senget - benget bantal ni hehe.
Actually mesin ni bukan saya yang punya. Mak saya yang empunya. Saya yang terover excited nak guna. Mesin ni murah je RM 169. Tapi ada yang dapat murah lagi masa diskaun. Bagi saya sesuai untuk yang nak belajar jahit.
::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...