..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

July 31, 2013

Blogshop jual epal online

Salam,

Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan blogshop ni. Tapi saya cuma menambah baik (ye ke menambah baik?? ) template ni hehe.


Blogshop ni jual epal..hehehe.. Tak adala, tak jual apa-apa pun. Saje je letak gambar epal tu. Nantila saya fikir nak jual apa. Hehehe.

#N3 autopublish. Saya tak curi tulang tau masa kerja hehe.

July 30, 2013

Trifle atau Truffle | Puding Trifle Pelangi

Salam,

Jumaat lepas, balik je terawih saya terus masuk dapur. Tiba - tiba jadi rajin sebab teringin nak makan puding trifle. Pagi tu saya dah sibuk meng'google' resepi trifle ni.

Tapi yang buat saya confius, kenapa ada yang panggil puding truffle dan ada pulak yang namakan puding trifle. Disebabkan tahap ingin tahu yang melampau saya pun meng'goole' lagi asal usul nama puding ni.

Percubaan pertama yang tak berapa cantik. Tapi adik-adik cakap sedap.. :P


Mula - mula saya cari Truffle...Kalau ikut wikipedia,



truffle is the fruiting body of a subterranean Ascomycete fungus, predominantly one of the many species of the genus Tuber. Some of the species are highly prized as a food. French gourmand Jean Anthelme Brillat-Savarin called truffles "the diamonds of the kitchen".[full citation needed] Edible truffles are held in high esteem in Middle Eastern, French, Spanish, Italian and Greek cooking, as well as in international haute cuisine. Truffles are ectomycorrhizal fungi and are therefore usually found in close association with the roots of trees. Spore dispersal is accomplished through fungivores, animals that eat fungi. Source : http://en.wikipedia.org/wiki/Truffle



Emmm, rasanya saya tak ada masukkan sebarang fungus dalam resepi saya ni.

Then, saya cari pula Trifle :



Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custardfruitsponge cakefruit juice or jelly, and whippedcream. These ingredients are usually arranged in layers. Source :http://en.wikipedia.org/wiki/Trifle



Oook.. rasanya resepi saya buat ni trifle bukan truffle. Entahla, saya bukan tau sangat pun. Makan tau la hikhik.
Resepi ni sebenarnya saya tengok kat SINI dan SINI.

Ok, ni resepi yang saya buat berdasarkan resepi yang saya rujuk tu.

Puding Trifle Pelangi sebab guna kek pelangi hehe.

Bahan -bahan :
Kek lapis pelangi Top Baker
1 tin fruit koktail- tapis airnya
*1 tin susu cair
*400 ml air (sukatan 1 tin susu)
*2 1/2 sudu besar gula
*3 sudu besar tepung kastad
*esen vanila
1 kotak agar-agar serbuk berperisa pandan jenama Nona

Cara - cara :

Lapisan pertama :
Kek lapis dipotong dan disusun dalam bekas. Tuangkan sedikit jus koktail.


Lapisan kedua :
Bahan-bahan yang bertanda * dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau diatas api yang perlahan sehingga pekat.

Saya campur 1 sudu teh serbuk agar-agar macam yang disarankan dalam resepi yang saya rujuk tu.

Tuang ke atas lapisan pertama. Kemudian taburkan buah -buahan koktail. Biarkan sejuk seketika sebelum tuang lapisan ketiga.

Lapisan ketiga:
Campur serbuk agar-agar dengan 400 ml air (ikut arahan dibelakang kotak agar-agar tu). Bila lapisan kedua dan sejuk dan keras sikit baru tuang lapisan ketiga ni.  Jangan jadi macam saya, sebab tak sabar-sabar, lapisan kedua jadi pecah-pecah, tak cantik.

Ok, SIAPPPP..boleh masuk dalam peti sejuk. Makan sejuk - sejuk baru best. Terima kasih bagi tuan-tuan punya resepi. 

# nanti nak cuba lagi la..nak guna serbuk jelly pulak and saya akan pastikan puding trifle saya cantik. Lebih cantik dari Ratu Cantik hikhik..




July 28, 2013

Raya 2013 | Biskut Mazola

Salam,

Sekarang ni saya dah mula buat biskut raya. Buat sikit - sikit je untuk jamu tetamu masa hari raya nanti. Saya suka buat biskut yang senang dan cepat. Bukannya apa, saya spesis tak boleh ( tak sanggup sebenarnya) nak tunggu lama-lama kat dapur hehe.


So ni biskut raya saya yang pertama untuk tahun ni. Saya buat semalam. Biskut mazola favourite abah saya. Hehe. Biskut ni tak guna banyak bahan pun. Saya kongsikan resepi biskut yang saya buat ni. 

Bahan - bahan :

400 g kacang tanah yang telah dikisar (saya kisar dulu baru timbang)
( kacang tanah ni kena goreng tanpa minyak, buang kulit sebelum dikisar)

400 g tepung gandum
200 g gula pasir ( kisar )
Minyak mazola ( saya guna minyak jagung sebab tak jumpa cari minyak mazola)

Cara-cara:

Kacang tanah + gula + tepung dimasukkan dalam bekas. Ramas - ramas bagi sebati. Kemudian barulah dimasukkan minyak mazola/jagung.

Untuk sukatan kat atas tu, saya guna lebih kurang separuh botol kecil minyak jagung. Uli sampai jadi doh, tapi jangan sampai terlalu berminyak. Sebab rasanya saya pernah terbaca, kalau berminyak sangat, nanti biskut jadi keras. 

Bila dah jadi doh, bolehla diterap ikut acuan sesedap rasa hehe. Kalau nak cantik lagi, boleh sapu kuning telur + pewarna kuning telur kat atas biskut tu.

Saya bakar dalam suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.


Secara matematiknya, sukatan tepung sama banyak dengan sukatan kacang kisar.
Sukatan gula adalah separuh dari sukatan tepung/kacang tanah.


# biskut saya ni patut kena tukar nama Biskut Jagung..sebab bukan guna minyak mazola hikhik. 

July 15, 2013

Time to SLEEP

Salam,

Pernah tengok tak benda ni. Kalau pernah, maybe kita 'sebaya'. Dulu - dulu tak macam sekarang yang siaran TV 24 jam..banyak channel pulak tu. Dulu masa zaman saya muda-muda cukup masa je, grafik ni keluar. Dalam erti kata lainnya, dah sampai masa untuk tidur. Hehe .

Credit : FB

Good Night my FRIENDS

# agaknya sebab tu orang dulu-dulu awet muda. Tidur cukup hehe (ada kaitan ke)


July 13, 2013

Ohblogger | Segmen Blogwalking Singgah Sahur

Salam,

Segmen Blogwalking waktu sahur. Errr..kalau BlogWalking selain waktu sahur pun boleh kan..kan.. :P


# dah tua-tua gini tak merasa dah dapat duit raya hehe

July 12, 2013

Crochet Brooch untuk Raya

Salam Ramadhan al Mubarak kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa,

Hari ni hari ke 3 kita berpuasa. Tapi saya bukan nak bercerita pasal puasa sebenarnya. Ni saya nak tunjuk crochet brooch hasil kerja tangan mak saya :). Saya memang tak pandai mengait. Dah berapa kali belajar pun tak pass lagi hehe. Saya cuma berjaya menghasilkan 'tali air' je.




Ni semua untuk tempahan. Sesiapa yang nak order boleh la bagitau saya. :)



July 1, 2013

Semalam | Peasant Dress

Salam,

Setelah sekian lama..siap jugak dress ni. Percubaan pertama hehe. Kain tu pun mix & match je.


Bila tengok baju ni, rasa macam ada satu kepuasan even dress ni tak cantik. Barulah faham kenapa kawan - kawan especially kawan-kawan blog macam Kak Mila, Noen and Kak Suzi suka sangat menjahit hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...