..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

July 30, 2013

Trifle atau Truffle | Puding Trifle Pelangi

Salam,

Jumaat lepas, balik je terawih saya terus masuk dapur. Tiba - tiba jadi rajin sebab teringin nak makan puding trifle. Pagi tu saya dah sibuk meng'google' resepi trifle ni.

Tapi yang buat saya confius, kenapa ada yang panggil puding truffle dan ada pulak yang namakan puding trifle. Disebabkan tahap ingin tahu yang melampau saya pun meng'goole' lagi asal usul nama puding ni.

Percubaan pertama yang tak berapa cantik. Tapi adik-adik cakap sedap.. :P


Mula - mula saya cari Truffle...Kalau ikut wikipedia,



truffle is the fruiting body of a subterranean Ascomycete fungus, predominantly one of the many species of the genus Tuber. Some of the species are highly prized as a food. French gourmand Jean Anthelme Brillat-Savarin called truffles "the diamonds of the kitchen".[full citation needed] Edible truffles are held in high esteem in Middle Eastern, French, Spanish, Italian and Greek cooking, as well as in international haute cuisine. Truffles are ectomycorrhizal fungi and are therefore usually found in close association with the roots of trees. Spore dispersal is accomplished through fungivores, animals that eat fungi. Source : http://en.wikipedia.org/wiki/Truffle



Emmm, rasanya saya tak ada masukkan sebarang fungus dalam resepi saya ni.

Then, saya cari pula Trifle :



Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custardfruitsponge cakefruit juice or jelly, and whippedcream. These ingredients are usually arranged in layers. Source :http://en.wikipedia.org/wiki/Trifle



Oook.. rasanya resepi saya buat ni trifle bukan truffle. Entahla, saya bukan tau sangat pun. Makan tau la hikhik.
Resepi ni sebenarnya saya tengok kat SINI dan SINI.

Ok, ni resepi yang saya buat berdasarkan resepi yang saya rujuk tu.

Puding Trifle Pelangi sebab guna kek pelangi hehe.

Bahan -bahan :
Kek lapis pelangi Top Baker
1 tin fruit koktail- tapis airnya
*1 tin susu cair
*400 ml air (sukatan 1 tin susu)
*2 1/2 sudu besar gula
*3 sudu besar tepung kastad
*esen vanila
1 kotak agar-agar serbuk berperisa pandan jenama Nona

Cara - cara :

Lapisan pertama :
Kek lapis dipotong dan disusun dalam bekas. Tuangkan sedikit jus koktail.


Lapisan kedua :
Bahan-bahan yang bertanda * dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau diatas api yang perlahan sehingga pekat.

Saya campur 1 sudu teh serbuk agar-agar macam yang disarankan dalam resepi yang saya rujuk tu.

Tuang ke atas lapisan pertama. Kemudian taburkan buah -buahan koktail. Biarkan sejuk seketika sebelum tuang lapisan ketiga.

Lapisan ketiga:
Campur serbuk agar-agar dengan 400 ml air (ikut arahan dibelakang kotak agar-agar tu). Bila lapisan kedua dan sejuk dan keras sikit baru tuang lapisan ketiga ni.  Jangan jadi macam saya, sebab tak sabar-sabar, lapisan kedua jadi pecah-pecah, tak cantik.

Ok, SIAPPPP..boleh masuk dalam peti sejuk. Makan sejuk - sejuk baru best. Terima kasih bagi tuan-tuan punya resepi. 

# nanti nak cuba lagi la..nak guna serbuk jelly pulak and saya akan pastikan puding trifle saya cantik. Lebih cantik dari Ratu Cantik hikhik..




8 comments:

  1. Emm .. nampak sedap ni. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan # 21
    tak pernah try buat lg..makan pernah le,tp x berapa suka,pasal manis sgt

    ReplyDelete
  3. salam.. sdapnya kak.. tngok gmbaq je dah berair mulut..

    ReplyDelete
  4. Rajinnya .....akak ni malas nak buat puding renyah2 ni

    ReplyDelete
  5. Salam zira..pandainya buat ni…boleh cuba juga nanti..:) mesti sedap nih

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum zira...nampak sedapnya...;)

    ReplyDelete
  7. aduhai tergodanya tengok
    sedap kalau dapat makan petang2 camni

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...