..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

December 28, 2012

Felt Craft | Pencil Case

Salam,
Pencil case dari kain felt yang cantik ni kepunyaan Farhana. Sebagai tanda terima kasih tolong saya packing buku :P . Sebahagian besar buku - buku tersebut telah pun dijual.  Termasuk hari ni, dah 3 hari kami adakan jualan buku di sekolah. Esok hari yang terakhir.

Pencil case tu bukan saya yang buat. Saya tempah dari kawan saya di sekolah. Cantik dan kreatif kan?. Saya cuma request nama di pencil case tersebut. Yang lainnya semua hasil kreativiti tukang buat pencil case ni. Saya pilih warna agak gelap. Maklumlah untuk budak - budak kan. Lambat sikit nampak kotor :P .

..Siap untuk digunakan..



# Kalau ada yang nak order boleh berhubung terus ngan Salmies-CraftHolic

December 26, 2012

Sedia menyambut orang baru

Salam, 
Esok adalah hari orientasi pelajar tahun 1 di sekolah saya. Saya ditugaskan untuk menghias pentas. Pagi tadi kami menyiapkan pentas seadanya. Jenuh juga nak meniup belon - belon tu. Dah lama betul saya tak tiup belon :D. Nasib baik ada kawan-kawan yang tolong :) .Tapi rasanya, esok belon tu mesti dah kempis, kena tiup balik la jawabnya.

Tadaaaa.. Dah siap..Dewan dan pentas dah sedia menunggu anak-anak tahun 1. :)







December 24, 2012

Selamat Bertunang Nanie

Salam,

Sabtu lepas, cousin saya Nanie telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya dari Negeri Sembilan. Boleh dikatakan sebahagian besar persiapan pertunangan dilakukan sendiri kelurga besar kami. Kenduri, pelamin, hantaran semuanya kami buat sendiri.




Pelamin ni hasil idea Kak Long dan adiknya (CantekManis). Cantik tak?. Saya memang bukan orang berseni, so cuma boleh tolong tengok je la :P .


Sirih junjung ni boleh dikatakan 0.01%  hasil kerja tangan saya :D. Saya tolong gulung 3 helai sirih kot :P


Hantaran ni pun Kak Long buat sendiri. Cantik kan?


Selamat bertunang Nanie. Insya Allah , berkekalan ke jinjang pelamin hendaknya.





# saya cuma tolong belakang tabir je. :P


December 23, 2012

Tenggelam dalam lautan buku

Salam,

Kurang dari 2 minggu lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula. Seperti tahun - tahun lepas, AJK Kedai Buku Sekolah akan sibuk membungkus buku untuk kegunaan murid - murid pada tahun hadapan. Dua hari membungkus dan mengangkut buku, urat badan pun rasa berselirat :P .


Saya dan Kak Isma ditugaskan untuk membungkus buku Tahun 5 untuk 169 orang pelajar.  Penat woooo. Alhamdulillah, kami ada pembantu.  Anak Kak Isma, Iddin dan anak sepupu saya, Farhana. Walaupun masih kecil, mereka tetap membantu :) . TQ Iddin, TQ Kakak.





#Balik dari sekolah, 2 - 2 budak ni tergolek atas sofa.  :D

December 18, 2012

Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.x.z.h.a ™

Wish me luck !!! :)


Jom pakat ramai - ramai join.  Klik SINI

Tarikh tutup : 31 December 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Wish me luck :) ..

Nak join ? Klik SINI

December 17, 2012

Sesi baru 2013

Salam,
Masih lagi dalam mood cuti tapi...
bermula hari ini dan hari - hari seterusnya saya dan rakan-rakan akan mula "memeriahkan" sekolah yang dah sebulan sunyi sepi :D . Pagi tadi kami menghadiri mesyuarat guru yang pertama bagi sesi 2013. Kalender tahun 2012 belum lagi expired, tapi tugas dan amanah bagi melancarkan sesi persekolahan 2013 dah pun diterima :) .



Insya Allah, minggu depan kami akan menerima 'anak-anak' yang baru (Pra Sekolah, Tahun 1 dan Pendidikan Khas). Agak berdebar juga sebab setiap anak adalah unik. Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk menangani 'keunikan' dan kenakalan mereka. :P

#Semoga setiap tugas dan amanah mampu kami galas sebaiknya demi anak-anak bangsa. Amin.

December 13, 2012

Sepah The Movie

Salam,
Semalam saya terjebak dengan Sepah The Movie. Tak pernah terlintas di hati saya nak tengok. Tapi sebab saya bawa budak bawah umur, cerita macam ni je sesuai untuk diorang ;D..

Honestly, saya tak minat dengan kumpulan Sepah, so saya tak nak komen cerita ni dari hati saya ;p..

Tapi berdasarkan gelak ketawa orang lain dalam panggung masa tu, cerita ni lawak jugak kot.

Komen anak saudara saya (9 tahun) : "Best, ada yang sedih, ada yang lawak"..

Ok, kepada yang nak tau best ke tak, boleh pergi tengok sendiri ;p..

December 12, 2012

TopUp CELCOM Free

Salam,
Baru - baru ni saya ada join SEGMEN PENDEK by Izzah Ismail. Tak sangka pulak saya ni adalah yang bertuah sebab terpilih untuk dapat topup FREE dari Izzah. Memang best la. Mana tak best, dapat topup FREE.

~TQ Izzah~

December 10, 2012

Pisang kaki di Cameron Highland

Salam,

Pisang Kaki

Dah berpuluh tahun saya hidup, baru pertama kali saya tau rupa pisang kaki ni :D.  Tak pernah terbayang ada "pisang" bentuk macam ni. "Pisang" ni saya jumpa di Cameron Highland.  Menurut penjual, rasanya seperti ciku.

Kalau nak tau lanjut pasal pisang kaki ni, boleh klik kat SINI.

Segmen Pendek : Tambah rakan bloglist dan follower

Salam,

Dah lama tak join segmen macam ni .. :)

Klik banner kalau nak join .. :)

Follower sekarang : 133
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...