..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label Collectibles. Show all posts
Showing posts with label Collectibles. Show all posts

March 30, 2013

What's on your mind?



March 21, 2013

TQ Remy | Passenger Plane Model

Salam,

Hari yang agak sibuk (atau buat-buat sibuk). Petang tadi sibuk siapkan Profil Akademik untuk murid tahun 4. Pukul 4:30 petang baru bergerak balik dari sekolah. Malam ni pun baru setel sikit. Esok la pulak kita fikir kan. Kalau dok buat kerja, sampai bila pun tak boleh berehat. Kerja memang takkan habis .

Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Saya nak cerita pasal hadiah segmen Remy. Saya antara yang bertuah. Alhamdulillah. Petang tadi, balik dari sekolah, nampak bungkusan hadiah. Waaaaa, syoknya. Hadiah ni dari Remy @ http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/ 


Apa ni? Kat luar kotak tu ada tulis Passenger Model Plane. Saya dapat pesawat MAS. Memang cantik. Tak pernah ada benda gini. Teruja betul..Cantik kan kalau buat koleksi..Yeaaaaa...TQ...TQ.. TQ Remy :) ..

#Ada sedikit nota ucapan tahniah dari Remy sebab menang segmen ni, "Tahniah kerana menjadi salah seorang pemenang bertuah dalam segmen ..

August 17, 2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Baru ni aku ada cerita pasal Aku Menang Contest kan...Ha, kali ni aku nak tunjuk hadiah yang aku dapat dari contest tu (sila jangan jeles hehe)..aku baru je terima semalam..


Lepas dapat duit syiling edisi terhad ni, aku terus google pasal syiling ni....Kalau korang yang belum tau pasal syiling ni boleh baca kat SINI...

May 15, 2011

'Muzium' handphone

Ada ke 'muzium handphone'...? Hehe..adaaa...tapi bukan sekarang la....1 fine day...ha3...ni 'cita-cita' mak aku....Mesti korang rasa pelik kan..kenapa mak aku nak bukak 'Muzium Handphone' untuk family kitorang..

Cuba tengok koleksi handphone family kitorang...ni pun bukan semua...ada lagi tau...ada yang adik-adik aku simpan...Semua handphone ni kitorang dah tak guna, tapi bukan semuanya rosak..ada yang still lagi boleh pakai, cuma bateri 'kong' je...Mak aku tak bagi buang..dia suruh simpan buat koleksi...dia cakap,

"simpan...nanti kita boleh bukak muzium"...

Semua adik - beradik Nokia...Kecuali 1 tu adik tiri (Motorola)...

Yang paling kiri tu aku paling ingat sejarah dia...1st handphone yang ayah aku guna......pastu diwarisi turun temurun..aku pun sempat gak pkai handphone tu...tahun 2001 rasanya...masa tu aku kat 'U'..coverage pun tak berapa clear masa tu...mak aku cakap, handphone tu kalau baling kat anjing pun boleh mati ha3..tengok la saiz dia...punyala besar..tapi back in 2001 rasanya bangga gila dapat pakai handphone tu ;p..aku pakai tak lama, pastu tukar ngan Nokia 3310...

4 dari kiri tu 1st handphone yang mak aku beli guna duit dia sendiri

4 dari kanan tu handphone yang pakcik aku bagi kat aku...

Yang lain - lain tu aku tak berapa sure la asal-usul dia...

Aku pun tak ingat dah berapa kali aku tukar handphone..apa yang pasti, aku tetap setia ngan Nokia...hehe..boleh dapat award untuk loyal customer ni ha3...

Sekarang ni dah macam- macam spesis handphone dah ada kat kedai...blackberry la...iphone la...ntah la...aku pun tak berapa tau...aku agak ketinggalan dalam bab-bab ni ;D ....

p/s: aku kenal Nokia 3310 je...yang lain-lain tu aku cuma ingat 'NOKIA' je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...