..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

May 15, 2011

'Muzium' handphone

Ada ke 'muzium handphone'...? Hehe..adaaa...tapi bukan sekarang la....1 fine day...ha3...ni 'cita-cita' mak aku....Mesti korang rasa pelik kan..kenapa mak aku nak bukak 'Muzium Handphone' untuk family kitorang..

Cuba tengok koleksi handphone family kitorang...ni pun bukan semua...ada lagi tau...ada yang adik-adik aku simpan...Semua handphone ni kitorang dah tak guna, tapi bukan semuanya rosak..ada yang still lagi boleh pakai, cuma bateri 'kong' je...Mak aku tak bagi buang..dia suruh simpan buat koleksi...dia cakap,

"simpan...nanti kita boleh bukak muzium"...

Semua adik - beradik Nokia...Kecuali 1 tu adik tiri (Motorola)...

Yang paling kiri tu aku paling ingat sejarah dia...1st handphone yang ayah aku guna......pastu diwarisi turun temurun..aku pun sempat gak pkai handphone tu...tahun 2001 rasanya...masa tu aku kat 'U'..coverage pun tak berapa clear masa tu...mak aku cakap, handphone tu kalau baling kat anjing pun boleh mati ha3..tengok la saiz dia...punyala besar..tapi back in 2001 rasanya bangga gila dapat pakai handphone tu ;p..aku pakai tak lama, pastu tukar ngan Nokia 3310...

4 dari kiri tu 1st handphone yang mak aku beli guna duit dia sendiri

4 dari kanan tu handphone yang pakcik aku bagi kat aku...

Yang lain - lain tu aku tak berapa sure la asal-usul dia...

Aku pun tak ingat dah berapa kali aku tukar handphone..apa yang pasti, aku tetap setia ngan Nokia...hehe..boleh dapat award untuk loyal customer ni ha3...

Sekarang ni dah macam- macam spesis handphone dah ada kat kedai...blackberry la...iphone la...ntah la...aku pun tak berapa tau...aku agak ketinggalan dalam bab-bab ni ;D ....

p/s: aku kenal Nokia 3310 je...yang lain-lain tu aku cuma ingat 'NOKIA' je...

6 comments:

  1. wah banyaknya phone dia..sejak guna handphone ni, br 2 phone(thn 2001 klo xsilap start pakai phone-masa kt matric)..1st nokia 2100 and second sony z550i

    ReplyDelete
  2. bukan handphone sy sorang ni... ;p..koleksi 1family...

    ReplyDelete
  3. Wah... banyaknya koleksi handphone cikgu. Yang motorola tu, Yati pun merasa pakai. Jatuh 2-3 kali juga ke lantai, tapi masih berfungsi, memang bagus jenama motorola ni. Cikgu cuba la samsung pula. Orait juga. :)

    ReplyDelete
  4. Izzuddin Fauzi :
    mne blh bg ...dh namanye antik...kne simpn..lgpn, kitorg kn nk bukak muzium..nnt sn2 dtg la mlwt muzium tu ha3...

    Yati:
    bes ye pkai samsung...yg sy tau samsung ni kalau amek gambo, cantekk...

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...