..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

August 30, 2013

Deno Short Giveaway



Segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Salam,


~Pahang Darul Makmur~



August 28, 2013

Nuffnang | CPUV #3 Escape Teaser

..Senyum Lagi..


Saaaayaaangg Nuffnang..hikhik

August 27, 2013

Nak menang Iphone5 ?

Salam,

Ternampak iklan ni kat Maybank2u 



Pengguna Hotlink yang rasa dirinya bertuah bolehla try. Saya tak guna Hotlink. 
Info lanjut boleh cek kat SINI.

# saya tak ada share dalam Maybank heehhee. Just nak tolong menyampaikan iklan ni je. 

August 26, 2013

MERDEKA 2013 | Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Salam,

Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Hari Kemerdekaan kan. 31 Ogos 2013 ni genap 56 tahun kita merdeka.




Tema MERDEKA tahun ni Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya.


Bagi yang nak mendapatkan lagu tema, boleh download di :


# terpanggil untuk buat catatan tentang Hari Kemerdekaan 2013 ni sebab rasa sedikit bersalah. Bersalah sebab kurang aura nak sambut Merdeka tahun ni sebab aura Syawal tu lebih dominan .. :P


..Ya ALLAH, kekalkanlah keamanan Malaysiaku, Tanah Tumpahnya Darahku..

August 24, 2013

DIY Felt Tools Set

Salam,

Ni hasil kerja tangan masa saya agak rajin hehe..First time buat tools ni. Felt tools set ni ada saw, screwdriver, wedge and torch. Actually pattern ni saya beli dari Umecraft . Set ni diperbuat dari kain felt. Dalam pattern asal ada hammer, tapi saya malas nak buat hehe.

Spanar tu pattern saya sendiri. Sebab tu spanar tu macam "adik tiri" dalam set ni, lain sikit kan :P

Gergaji tu saiznya comel je..dalam 6 inci je

Tools set ni sesuai untuk budak-budak kecik yang nak tolong ibu repair barang hehe. InsyaAllah tak mendatangkan kemudaratan.

# saya pun tak tau nak buat apa dengan tool set ni. Nak bagi anak main pun, saya cuma ada anak tekak je hikhik..Agak-agak kalau saya buat GiveAway Tools Set ni ada yang nak join tak?.. 



August 23, 2013

Photobook Murah Lagi RM 17 (69% OFF)

Salam,

Ni nak kongsi berita baik dengan kawan-kawan yang nak try photobook. Pixajoy ada buat promosi lagi. Sekarang ni boleh beli photobook Pixajoy dengan harga RM 17 je..


Cepat!!! Promosi ni sampai 3 September je. Sesiapa yang berminat boleh terus ke Pixajoy ni :





August 22, 2013

CPUV #2 | The Mortal Instrumen

Salam,

Alhamdulillah CPUV ke 2 untuk bulan ni. :)

Nuffnang sangat pemurah bulan ni. Thank You.


# The Mortal Instrument ? Apa tu ? . Nak kena 'google' ni..


August 20, 2013

Bonus Hari Raya Samsung | Alangkah ..

Bonus Hari Raya Samsung. Alangkah indah kalau betul. Baik hati sangat la nak bagi RM 300 000 . Saya pun bukanlah pengguna Samsung.



# Kepada yang di luar sana. Hati - hati , jangan terpedaya ngan email macam ni. Jahat betul Hazline Mahmood (bukan nama sebenar hehe) ni.



SAMSUNG MOBILE PROMOSI
23, 25 & 27, Jalan PJU 1A/10,

46050, Petaling Jaya,
Selangor, 47810
Malaysia.



Tahniah,



Ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa alamat e-mel telah muncul sebagai salah satu akaun e-mel menang dalam Bergerak Bonus Hari Raya Samsung. ID E-mel anda telah ditandakan dengan bilangan cabutan pemenang kami: CN-632-671-2.Prize dilampirkan ialah RM 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit Malaysia) Ini adalah untuk menggalakkan penggunaan SAMSUNG ASIA PRODUK seperti penggunaan global di seluruh dunia..



Tuntutan, sila hubungi ejen fidusiari kami dengan butir-butir peribadi anda untuk tuntutan dan pengesahan. Isi di bawah butir-butir berikut kepada beliau:



Fudiciary Ejen: Michael Aziz



TUNTUTAN KEPERLUAN:



(1) Nama penuh anda:
(2) alamat Contact:
(3) Nombor telefon anda:
(4) Pekerjaan anda:
(5) Umur anda
(6) Seks:



Sekali lagi, tahniah.



Yang benar,
Hazline Mahmood.


August 19, 2013

Teacher, perempuan tak tutup aurat tu...

Salam,



Kisah ni berlaku sebelum cuti raya baru ni.

Situasi : Di dalam kelas 1 Talhah. Saya sedang kusyuk memerhatikan seorang pelajar menyiapkan latihan.

Tiba-tiba seorang pelajar menghampiri saya...

Syafiq Aiman : Teacher, perempuan tak tutup aurat tu tak buat kerja sekolah.

Teacher         : Ha??? 
                       (Terkejut sebab dengar bahasa yang digunakan. Tinggi tu ..hahaha)

Syafiq Aiman : Tu perempuan tak tutup aurat tu tak buat kerja sekolah.
                        (Sambil menunjukkan ke arah seorang budak perempuan yang tak pakai tudung. Satu-                                 satunya budak perempuan yg free hair hari tu)

Teacher         : OOooo...
                       


Hmm ..budak umur tujuh tahun pun dah tau pasal aurat. KITA yang dewasa ni macam mana pulak..

# Ingatan untuk diri sendiri.





August 18, 2013

Poslaju yang memang laju

Salam,

Pos ni ditujukan kepada PosLaju Nationa Courier dengan ucapan TERIMA KASIH. hehe

Semalam barang yang saya beli selamat sampai dengan jayanya. Seller tu pos hari Jumaat, tengahari Sabtu dah sampai.

Memang terbaik la POSLAJU.


# bukan apa sebab pernah terkena Poslaju yang tak berapa nak laju hehe...

August 17, 2013

Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih

Salam, hari ni merajinkan diri untuk join segmen .. :P

Manala tau dapat Hadiah Misteriiiii...


17 Ogos jam 12.00 PM - 23:59PM (12 jam sahaja)



August 16, 2013

Nuffnang | CPUV Q3 Prepaid Roaming

Salam,

Tetiba nampak ni kat account nuffnang..dah lama tak jenguk kat nuffnang tu hehe. First CPUV dari Nuffnang. TQ Nuffnang. Bukan Pixajoy je nak bagi duit raya, Nuffnang pun bermurah hati hehehe..Alhamdulillah


August 15, 2013

Pixajoy nak bagi duit raya!!!

Salam,

Masih dalam mood raya kan..

Ada dapat duit raya tak?. Saya dapat duit raya lagi..tapi dari mok su sorang je :D . Umur macam saya dah tak layak nak dapat duit raya..hikhik..

Tapi Pixajoy bermurah hati nak bagi duit raya ni. Cuma tak cukup lagi RM 8.25 untuk layak dapat duit raya..


Jom, sesiapa nak dapat duit raya boleh join saya ..

Boleh klik banner ni :) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...