..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

July 28, 2013

Raya 2013 | Biskut Mazola

Salam,

Sekarang ni saya dah mula buat biskut raya. Buat sikit - sikit je untuk jamu tetamu masa hari raya nanti. Saya suka buat biskut yang senang dan cepat. Bukannya apa, saya spesis tak boleh ( tak sanggup sebenarnya) nak tunggu lama-lama kat dapur hehe.


So ni biskut raya saya yang pertama untuk tahun ni. Saya buat semalam. Biskut mazola favourite abah saya. Hehe. Biskut ni tak guna banyak bahan pun. Saya kongsikan resepi biskut yang saya buat ni. 

Bahan - bahan :

400 g kacang tanah yang telah dikisar (saya kisar dulu baru timbang)
( kacang tanah ni kena goreng tanpa minyak, buang kulit sebelum dikisar)

400 g tepung gandum
200 g gula pasir ( kisar )
Minyak mazola ( saya guna minyak jagung sebab tak jumpa cari minyak mazola)

Cara-cara:

Kacang tanah + gula + tepung dimasukkan dalam bekas. Ramas - ramas bagi sebati. Kemudian barulah dimasukkan minyak mazola/jagung.

Untuk sukatan kat atas tu, saya guna lebih kurang separuh botol kecil minyak jagung. Uli sampai jadi doh, tapi jangan sampai terlalu berminyak. Sebab rasanya saya pernah terbaca, kalau berminyak sangat, nanti biskut jadi keras. 

Bila dah jadi doh, bolehla diterap ikut acuan sesedap rasa hehe. Kalau nak cantik lagi, boleh sapu kuning telur + pewarna kuning telur kat atas biskut tu.

Saya bakar dalam suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.


Secara matematiknya, sukatan tepung sama banyak dengan sukatan kacang kisar.
Sukatan gula adalah separuh dari sukatan tepung/kacang tanah.


# biskut saya ni patut kena tukar nama Biskut Jagung..sebab bukan guna minyak mazola hikhik. 

8 comments:

  1. lama xmkn kuih raya tu.tingat kat mak selalu buat kuih ni time2 raya :)

    ReplyDelete
  2. wah dah start buat kuih raya..saya? memang tak la...tunggu kuih raya company bagi...itupun kalau ada rezeki tahun ni...hihi

    ReplyDelete
  3. Belum buat. Baju blm habis jahit. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. zaman saya sekolah , kakak saya rajin wat kuih ni bila raya . bila ada minyak mazola , tau lah saya yang kakak nak buat biskut ...

    ReplyDelete
  5. Saya panggil biskut kacang hahaha.. terasa mcm nak try buat plak huhu..

    ReplyDelete
  6. salam zira..wahhh ada resipi..huhu…sedap nih…nyum nyum..nak makan je rasa

    ReplyDelete
  7. biskut wajib makan setiap hari raya,sedappppp

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...