..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

September 16, 2011

MMS dari Maxis

MMS dari Maxis yang tak pernah lupa kat aku ;P. Puasa @ Raya @ Merdeka, Maxis tetap ingat kat aku hehe...


Selamat Hari Malaysia aku ucapkan kepada semua warga negaraku Malaysia walau di bumi mana pun anda berpijak..Hopefully, keamanan yang kita kecapi sekarang akan berkekalan selamanya..Putih, kelabu atau coklat, kita tetap bangsa Malaysia..Peace No War!!


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Source :http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

13 comments:

  1. Slamat hari malaysia kak.. haha..smoga ceria2 slalu bersama keluarga.

    ReplyDelete
  2. nape nombor2 dlm artikel kat atas jadi gitu? perasan x?

    ReplyDelete
  3. selamat hari Malaysia korang.. best ye cuti.. sy baru habis meeting :(

    ReplyDelete
  4. @Zul Fattah

    TQ fatah..akak sntiasa ceria walau d mana saja ha3...

    ReplyDelete
  5. @SureenA

    xpe2..sue sedang berusaha mengharumkan nama Malaysia di sana :)...itu pn pengorbanan...

    ReplyDelete
  6. slmt hari malaysia cikgu zira =)

    ReplyDelete
  7. @Santri T.P.I.N.I

    suka baca n blaja sej..tp x suka exam sej hehe...MERDEKA!!!!

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...