..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

January 21, 2013

Hanzalah bin Abi Amir

Salam, 
Hari ni saya nak berkongsi mengenai salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Hanzalah bin Abi Amir. Sebenarnya bermula tahun 2013, sekolah saya telah menggunakan nama - nama sahabat / pejuang Islam sebagai nama kelas. Sebelum ini kami menggunakan nama kelas seperti Cemerlang, Bestari, Pintar, Bijak, Inovatif dan Dinamik. 

Tahun ini Hanzalah diguna pakai menggantikan nama Cemerlang. Agak mengambil masa juga untuk membiasakan diri menggunakan 'Hanzalah' tapi secara peribadi saya sukakan nama - nama kelas yang baru ni.




Hanzalah bin Abi Amir atau Abu Hanzalah bin Ar Rabie adalah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W. Beliau adalah antara sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang syahid dalam Peperangan Uhud. 
Ketika meletusnya Peperangan Uhud (Tahun 2H), Hanzalah Ibn Abi 'Amir baru sahaja diijabkabulkan. Oleh yang demikian maka Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan perang. 
Walaubagaimanapun, ketika terjaga dari tidurnya beliau mendengar gendang perang dibunyikan dengan begitu kuat. Melalui seorang sahabatnya, beliau mendapat berita bahawa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan terlalu genting. Tanpa membuang masa Hanzalah mendapatkan pakaian perangnya lalu menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.  
Setelah barisan kaum muslimin kucar kacir dan tidak teratur lagi, Hanzalah bertempur di tengah - tengah barisan kaum Musyrikin. Ketika inilah Hanzalah telah mendapatkan Abu Sufian bin Harb dan berjaya menjatuhkannya dari kuda. Namun begitu, Abu Sufian sempat menjerit meminta pertolongan dari kaum Quraisy. Mendengarkan jeritan itu, Syaddad bin Al Aswad dari tentera Musyrikin telah melemparkan lembingnya ke arah Hanzalah dari belakang. 
Akhirnya Hanzalah telah gugur syahid dalam keadaan beliau masih lagi berhadas besar. Hanzalah telah dimandikan oleh para malaikat di antara langit dan bumi. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya, "Sungguh Aku melihat Malaikat telah memandikan Hanzalah bin Amir di antara langit dan bumi dengan air embun di dalam bekas yang diperbuat daripada perak." 
Para sahabat pun bersegera pergi melihat Hanzalah. Mereka mendapati titisan air mengalir dicelah-celah rambut Hanzalah. Para sahabat ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku telah bertanya kepada Jamilah binti Ubaiy (isteri Hanzalah). Jamilah binti Ubaiy memberitahu bahawa Hanzalah telah keluar ke medan Uhud dalam keadaan berjunub sejurus sahaja mendengar seruan jihad. 
Alangkah hebatnya Hanzalah, pahlawan Islam yang baru diijabkabulkan sanggup meninggalkan kenikmatan dunia demi menyahut panggilan jihad. Dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana keberkesanan tarbiyah Rasulullah telah berjaya melahirkan seorang perwira seperti Hanzalah yang sanggup meninggalkan seorang isteri yang baru dinikahinya.   

Sumber : SKW

# nanti saya akan kongsikan nama-nama kelas yang lain.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, bagus tu.. perkara jihad seperti ini memang patut diterapkan pada pelajar-pelajar.

    ReplyDelete
  2. Suka dengar cerita ni ......TQ

    ReplyDelete
  3. Wafat dalam keadaan junub bagaimana hukumnya?

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...