..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

January 12, 2013

Recollection of My Life | Batu Seremban

Salam,

Pernah dengar tak 'batu seremban'? Bagi makcik - makcik dan pakcik - pakcik yang seangkatan dengan saya mesti tau pasal 'batu seremban'. Batu seremban setau saya bukanlah batu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Batu seremban ni adalah permainan yang menjadi kegilaan budak - budak perempuan masa zaman saya.

Minggu lepas masa Program Transisi Tahun 1 di sekolah, kami memperkenalkan permainan tradisional ni kepada murid - murid. Rata - rata memang tak pandai or lebih tepat lagi tak reti langsung nak main batu seremban. Masing - masing ternganga bila cikgu - cikgu tunjuk skill main batu seremban yang dah berkarat. :D



Jom saya terangkan sikit pasal permainan ni.

Dulu - dulu kami cuma kutip batu untuk permainan ni. Biasanya kami guna tujuh biji batu. Sebiji batu jadi ibu dan dilambung ke udara, kemudian batu lain diambil mengikut urutan satu, dua dan tiga. Kemudian batu - batu tu ditimbang. Bukan timbang guna penimbang ye anak - anak. Timbang atas tangan. Selalunya bila mata genap 100, kami akan melambung, mengutip dan menimbang buah menggunakan tangan kiri. Genap dua ratus, kembali menggunakan tangan kanan dan begitulah seterusnya.

Macam mana nak timbang? Batu tujuh tu diletak atas tapak tangan, dilambung ke udara dan ditangkap dengan cara mencangkuk (betul ke istilah ni.. :D). Setiap batu tu mewakili 2 mata. Proses menimbang ni juga digunakan untuk menentukan giliran pemain. Pemain yang dapat mata paling banyak mendapat giliran pertama.

Permainan dikira 'mati' bila pemain tak dapat menyambut dan mengutip buah dengan baik. Permainan turut dikira 'mati' sekiranya pemain tidak dapat menimbang dengan sempurna.



Memang rugi sebenarnya kalau kita tak meperkenalkan permainan ni kepada anak - anak. Takut makin lama permainan tradisional ni makin dilupakan.

Hehe tiba - tiba rasa nak main batu seremban la...


# budak - budak zaman sekarang memang tak tahu pasal permainan tradisional kita ni. Mereka cuma kenal Agry Birds, Mafia Wars. Hhhmmm...

6 comments:

  1. Betul tu cikgu, budak-budak sekarang tahu main game tab je.
    Kak Yati dulu panggil ni main batu 7. Terer dulu, sampai batu pun jadi licin cantik bulat. Dok main tu je petang-petang bila habis kerja sekolah. :)

    ReplyDelete
  2. lama dh x main ni...nnti alya besar sket boleh la main ngan dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama alya kena ajar alya main..jgn sampai permainan ni dipinggirkan :)

      Delete
  3. rindunya permainan ni.. bagus Zira dan cikgu2 sekolah ni.. teruskan usaha murni memperkenalkan permainan2 tradisional mcm ni.. semoga tak hilang ditelan dek zaman.. well done!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la sue..kalau kita sbg org yg dh 'senior' tak kenalkn permainan tradisi ni, mmg 1 ms nnt x mustahil 'batu seremban' ni cuma blh tgk kat muzium je.. :p

      Delete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...