..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

September 11, 2013

Merawat sengatan tebuan yang comel tapi jahat

Salam,
Hari ni hari ke 2 UPSR. Esok hari yang ke tiga dan yang terakhir untuk calon - calon UPSR 'mencurahkan ' ilmu yang telah dipelajari.
Kelmarin, seorang pengawas UPSR di sekolah saya bertugas disengat tebuan. Alhamdulillah syukur keadaannya tidak begitu teruk walaupun mukanya bengkak. Maklumlah, bukan seekor tebuan yang 'cium' tapi berekor-ekor hehe. Kagumnya, 'mangsa' tebuan tu masih mampu lagi bertugas dalam keadaan mukanya bengkak.
Nampak cam comel je..tapi sengatannya berbisa..ish..ish..ish


Tadi selepas habis kertas UPSR kami berborak. Kata 'mangsa', Alhamdulillah nasib baik yang kena sengat tu bukan anak-anaknya. Bahaya kan kalau budak-budak yang kena sengat. Katanya lagi, penting untuk kita tahu dan belajar cara orang dulu-dulu merawat sengat tebuan ni. Kita boleh jadikan sebagai rawatan awal sebelum kita ke hospital.

Menurut 'mangsa', kalau kena sengat tebuan. Perkara pertama yang kita kena buat ialah cari cuka makan. Diulang sekali lagi, cuka makan. Bukan cuka getah ye anak-anak hehe. Cuka makan tu kita sapu kat tempat tebuan sengat tu. Kemudian makan sesudu. Katanya, boleh legakan sengatan tebuan. Lepas tu boleh la , ambil kunci kereta dan check in di klinik or hospital.

Saya tak tau sejauh mana kebenaran dan kemujaraban petua ni sebab saya tak pernah try. Cuma berkongsi saja. Mungkin berguna untuk orang yang memerlukan.


# Siapa nak try, boleh try. Tapi risiko bukan di bawah tanggungan saya hehe. 

10 comments:

  1. Rasanyer btuil dh tu psal cuka makan.
    Tp tang nk tlan satu sudu yg ssah sket.
    Apa rasa dia ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..ntah la..susah nak ckp sbb xpnh try..hehe..nnt nk kena tanya 'mangsa' semula :P

      Delete
  2. ok ok..sy ingt..cuka makan..takleh silap..nnti kang p sapu cuka makan kt muka..nayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..btl la..blh sapu..maksud akk, jgn guna cuka getah..guna cuka yg blh d makan..ingt tu..

      Delete
  3. sy pon tau petua tu je.mmgcuka.lain2 tu xtaula

    ReplyDelete
  4. mungkin nak menaturalkan gigitan tebuan yg beralkali tuh kut.. eh ye ke beralkali hihi.. rasa pernah terbaca tp tak ingat kat mana hihi

    ReplyDelete
  5. pernah dgr juga petu ni, tp ingat2 lupa, tq kongsikan sama yer

    ReplyDelete
  6. saya pernah dengar petuan lain sikit. cikgu kimia bagtau dulu, kalau kena sengat tebuan, sapu kapur, sebab sengatan tebuan berasid. so, kena letak bnda alkali supaya sengatan tu di-neutralise-kan..
    tapi dah igt2 lupa, x sure betol or tak.. heheh

    ReplyDelete
  7. erk..kalau sapu tu ok lagi kut..
    kalau telan tu, xmampu nak buat...

    ReplyDelete
  8. baru tahu petua ini.. terima kasih atas perkongsian.. :D

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...