..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

January 29, 2013

Dah ringan, tak perlu 'diet'


Salam,

Alhamdulillah ..sekarang berada dalam kategori ringan kot. Tak payah susah - susah nak 'diet' lagi ha3. Kalau berat, terpaksa la singkirkan 'lemak - lemak' yang tak perlu. Hehe.



Jalan - jalan blog Mama Maszull jumpa tool untuk check speed loading blog kita. Nak try ? Klik kat SINI.

# 0.54 sec tu dah laju kan..ke berat lagi?

January 28, 2013

2013 AirAsia Exclusive Special Bonus


Salam,
Hari yang indah dan bertuah . Dapat email ni dari AirAsia. AirAsia nak bagi duit ni. Banyak tu..
$130,000,00 (One Hundred and Thirty Thousand United State Dollars). Bukan semua bertuah macam saya tau. Hehe..






Airasia Exclusive Program
Asia Pacific Regional Headquarters
Kota Kinabalu International Airport
Old Airport Road Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia


The 2013 AirAsia Exclusive Special Bonus program selection has been performed at our Asia Pacific Regional Headquarters here in Sabah, Malaysia. The 2013 AirAsia Exclusive Specail Bonus program is registered and organized in accordance with the Asian Gaming Board (A.G.B.) and the World Lottery Regulation Act (W.L.R.A.).

We are therefore pleased to officially notify you of the status of your Winnings. An official notification of AirAsia Exclusive Special Bonus is hereby issued to you as your email ticket number; AirAsia-09-0-96-10, with serial number; AirAsia /01/2013, and ref no; AirAsia /019/2010007 in batch A /6183 randomly drew for the lucky numbers 000-31-0584 which selected your email address as a winner of our Exclusive Special Bonus program selection. You have therefore consequently won the 2013 AirAsia Exclusive Special Bonus in its first batch.

As regards the above, we have officially approved a sum payout of $130,000,00(One Hundred and Thirty Thousand United State Dollars) only to you as our  Exclusive Special Bonus winner, The 2013 AirAsia Exclusive Special Bonus program's Organising Commitee (L.O.C.) will immediately commence the immediate dispatch of your cheque of $130,000,00 (One Hundred and Thirty Thousand United State Dollars)  as soon as you have contacted them. You are therefore adviced to contact the 2013 AirAsia Exclusive Special Bonus program's Organising Commitee (L.O.C.) immediately as stated below;
================================================================
Contact Person: JK Allen
Dispatch Officer in Charge
2013 AirAsia lottery program's Organising Commitee (L.O.C.)
================================================================

***********************************
1.Full Name:.......
2.Residential Address:.....
3.Country:......
4.Occupation:......
5.Telephone:...

Your's Sincerly,
Jimmy Chan
Chairman
(c)2013 AirAsia lottery program's Organising Commitee (L.O.C.)
For and on behalfk of AirAsia, Asia Pacific Regional.


# Macam - macam cara orang guna nak menipu kan. Dalam dunia ni mana ada duit yang boleh dapat dengan percuma. Kena usaha. Saya pun dah bertahun tak terbang ngan AirAsia. Boleh dikatakan setiap hari mesti dapat email macam ni. Dulu saya pernah dah bagitau kat post ni. 

January 27, 2013

Fakta atau Auta | Angkara K - Pop

Salam,
Ini kisah dalam newspaper semalam. Pelajar ni mendakwa ditendang beberapa kali orang seorang guru disiplin. Tapi bagi saya, cerita ni belum tentu sahih sebab hanya cerita sebelah pihak. Bukan saya nak sebelahkan cikgu tu, tapi sorry to say budak - budak sekarang memang pandai menipu. Saya tak cakap kosong, tapi saya bercakap berdasarkan pengalaman. Dah beberapa kali dah kena. Nantilah kalau ada masa, saya akan cerita (macam la busy sangat sekarang ha3). Tapi memang betul, cikgu pun bukan sentiasa betul kan..



# ..Sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..Siapa yang salah, biar polis yang buat kerja. :)

January 25, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Salam,

Jom ramai - ramai join segmen ni..kalau bertuah, boleh dapat top up free. Saya pernah dapat top up free sekali masa join Segmen Pendek by Izzah Ismail.

Ok, kalau nak join boleh klik banner kat bawah ni ye..


Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih



January 21, 2013

Hanzalah bin Abi Amir

Salam, 
Hari ni saya nak berkongsi mengenai salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Hanzalah bin Abi Amir. Sebenarnya bermula tahun 2013, sekolah saya telah menggunakan nama - nama sahabat / pejuang Islam sebagai nama kelas. Sebelum ini kami menggunakan nama kelas seperti Cemerlang, Bestari, Pintar, Bijak, Inovatif dan Dinamik. 

Tahun ini Hanzalah diguna pakai menggantikan nama Cemerlang. Agak mengambil masa juga untuk membiasakan diri menggunakan 'Hanzalah' tapi secara peribadi saya sukakan nama - nama kelas yang baru ni.




Hanzalah bin Abi Amir atau Abu Hanzalah bin Ar Rabie adalah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W. Beliau adalah antara sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang syahid dalam Peperangan Uhud. 
Ketika meletusnya Peperangan Uhud (Tahun 2H), Hanzalah Ibn Abi 'Amir baru sahaja diijabkabulkan. Oleh yang demikian maka Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan perang. 
Walaubagaimanapun, ketika terjaga dari tidurnya beliau mendengar gendang perang dibunyikan dengan begitu kuat. Melalui seorang sahabatnya, beliau mendapat berita bahawa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan terlalu genting. Tanpa membuang masa Hanzalah mendapatkan pakaian perangnya lalu menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.  
Setelah barisan kaum muslimin kucar kacir dan tidak teratur lagi, Hanzalah bertempur di tengah - tengah barisan kaum Musyrikin. Ketika inilah Hanzalah telah mendapatkan Abu Sufian bin Harb dan berjaya menjatuhkannya dari kuda. Namun begitu, Abu Sufian sempat menjerit meminta pertolongan dari kaum Quraisy. Mendengarkan jeritan itu, Syaddad bin Al Aswad dari tentera Musyrikin telah melemparkan lembingnya ke arah Hanzalah dari belakang. 
Akhirnya Hanzalah telah gugur syahid dalam keadaan beliau masih lagi berhadas besar. Hanzalah telah dimandikan oleh para malaikat di antara langit dan bumi. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya, "Sungguh Aku melihat Malaikat telah memandikan Hanzalah bin Amir di antara langit dan bumi dengan air embun di dalam bekas yang diperbuat daripada perak." 
Para sahabat pun bersegera pergi melihat Hanzalah. Mereka mendapati titisan air mengalir dicelah-celah rambut Hanzalah. Para sahabat ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku telah bertanya kepada Jamilah binti Ubaiy (isteri Hanzalah). Jamilah binti Ubaiy memberitahu bahawa Hanzalah telah keluar ke medan Uhud dalam keadaan berjunub sejurus sahaja mendengar seruan jihad. 
Alangkah hebatnya Hanzalah, pahlawan Islam yang baru diijabkabulkan sanggup meninggalkan kenikmatan dunia demi menyahut panggilan jihad. Dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana keberkesanan tarbiyah Rasulullah telah berjaya melahirkan seorang perwira seperti Hanzalah yang sanggup meninggalkan seorang isteri yang baru dinikahinya.   

Sumber : SKW

# nanti saya akan kongsikan nama-nama kelas yang lain.

January 16, 2013

Setia Hujung Nyawa

Salam,

Mood tengah happy ni. Sebab dah dapat buku yang dicari - cari. Sana sini orang bercakap pasal Setia Hujung Nyawa. Macam tak best pulak kalau buku ni tak ada dalam koleksi kan. Tapi sayangnya, masih tak sempat nak menelaah buku ni.

Awal tahun macam ni, kerja sekolah bertimbun. Kena dahulukan mana yang lebih penting dari yang agak penting hehehe.

Setia Hujung Nyawa - Kisah suka duka Zain Hakimi dan Ersalina.

# Drama bersiri adaptasi novel ni sedang ditayangkan di TV3. Masih menggunakan judul yang sama Setia Hujung Nyawa. Peringatan untuk diri sendiri & kawan - kawan, sempurnakan yang WAJIB dulu ye. Solatlah sebelum anda disolatkan :) ..



January 12, 2013

Recollection of My Life | Batu Seremban

Salam,

Pernah dengar tak 'batu seremban'? Bagi makcik - makcik dan pakcik - pakcik yang seangkatan dengan saya mesti tau pasal 'batu seremban'. Batu seremban setau saya bukanlah batu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Batu seremban ni adalah permainan yang menjadi kegilaan budak - budak perempuan masa zaman saya.

Minggu lepas masa Program Transisi Tahun 1 di sekolah, kami memperkenalkan permainan tradisional ni kepada murid - murid. Rata - rata memang tak pandai or lebih tepat lagi tak reti langsung nak main batu seremban. Masing - masing ternganga bila cikgu - cikgu tunjuk skill main batu seremban yang dah berkarat. :D



Jom saya terangkan sikit pasal permainan ni.

Dulu - dulu kami cuma kutip batu untuk permainan ni. Biasanya kami guna tujuh biji batu. Sebiji batu jadi ibu dan dilambung ke udara, kemudian batu lain diambil mengikut urutan satu, dua dan tiga. Kemudian batu - batu tu ditimbang. Bukan timbang guna penimbang ye anak - anak. Timbang atas tangan. Selalunya bila mata genap 100, kami akan melambung, mengutip dan menimbang buah menggunakan tangan kiri. Genap dua ratus, kembali menggunakan tangan kanan dan begitulah seterusnya.

Macam mana nak timbang? Batu tujuh tu diletak atas tapak tangan, dilambung ke udara dan ditangkap dengan cara mencangkuk (betul ke istilah ni.. :D). Setiap batu tu mewakili 2 mata. Proses menimbang ni juga digunakan untuk menentukan giliran pemain. Pemain yang dapat mata paling banyak mendapat giliran pertama.

Permainan dikira 'mati' bila pemain tak dapat menyambut dan mengutip buah dengan baik. Permainan turut dikira 'mati' sekiranya pemain tidak dapat menimbang dengan sempurna.



Memang rugi sebenarnya kalau kita tak meperkenalkan permainan ni kepada anak - anak. Takut makin lama permainan tradisional ni makin dilupakan.

Hehe tiba - tiba rasa nak main batu seremban la...


# budak - budak zaman sekarang memang tak tahu pasal permainan tradisional kita ni. Mereka cuma kenal Agry Birds, Mafia Wars. Hhhmmm...

January 9, 2013

Nombor cantik #151

Salam,

Nombor cantik? Mesti ada yang pelik bila saya kata nombor ni cantik. Nombor ni mungkin biasa pada orang lain, tapi nombor ni cantik bagi saya sebab nombor ni adalah tarikh lahir one of my bestfriends ~ 15 Januari (15/1)

~ Tahun 2013 ni genap 13 tahun kitorang jadi bestfriend. Semoga persahabatan kami berpanjangan :)

# Sempat captured kawan maya ke 151.



Sesiapa nak berkenalan boleh terjah blog kawan maya saya yang baru ni. Kitorang pun jumpa kat SINI.

January 7, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

Salam,

Hari ni saya join segmen http://www.fizgraphic.com/ . Seperti kata empunya segmen. Syarat - syarat nak join tak susah. Jom, apakata kita meriahkan segmen ni sambil berkenalan ngan blogger lain.

Nak join?..Klik je banner tu.


Ok, saya blogger dari negeri paling makmur kat Malaysia iaitu negeri Pahang. Apa yang best ye kat Pahang ni?. Bagi saya semuanya best, tak ada yang tak best melainkan best belaka :D.

Tapi kat Kuantan ni, saya paling suka Akok dan Calong Beserah. Kalau nak tau macam mana rupa dan rasa makanan ni, mai la datang Kuantan.

Tempat best kat Pahang ni banyak. Tapi kalau yang sukakan pantai, bolehla datang lepak kat Telok Cempedak.

Kalau saya tag readers yang terbaca blog ni boleh? :P.. Feel free  to join ye.

January 6, 2013

FAKTA SAINTIFIK TENTANG PEMAKAIAN KASUT TINGGI

Salam, 

Suka pakai kasut tumit tinggi tak? Tadi saya nampak post ni kat FB shamkamikaze . So saya nak kongsi dengan kawan - kawan. Maybe ada yang dah tau. Macam saya sendiri, kurang gemar pakai kasut tumit tinggi walaupun saya ni kurang tinggi. Tak selesa. Tapi kadang - kadang pakai juga :P .



Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. 

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. 

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya. Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. 

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. ''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Source : https://www.facebook.com/shamkamikaze

January 2, 2013

Kembali Ke Sekolah

Salam,

Hari ni first day sesi persekolahan 2013

* alas meja & sarung kerusi baru ;D..semangat baru ni. Awal tahun meja memang suci . Nanti confirm tak nampak rupa meja dah.. ;p

Selamat kembali ke sekolah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...