..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

August 19, 2011

Mati sebab tengok TV

Betul ke tengok TV boleh cepat mati??...Mungkin betul la kot..kalau asyik tgk TV je, macam-macam penyakit boleh 'singgah' kan...ye la, asyik duduk tercongok je tak buat apa-apa...kalau dah banyak penyakit tu, faham-faham je la.... :P


Sumber grafik: Google



LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.
Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.


Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Sumber : Harian Metro

10 comments:

  1. tuw kalau gian tengok tv.. kalau ketagih depan komputer??? risau nieh pendek umur ke kalau gila blog

    ReplyDelete
  2. @aimaniman

    a,ah kn...tv n komp lbh krg je..

    err..kne kurangkn ms bersama ngn blog la pas ni :P ...

    ReplyDelete
  3. klo dh kejenya mmg mengadap komputer 8jam sehari camno tu???

    ReplyDelete
  4. @NoEn

    err aaa.. no komen la....ha3...2 ari berturut2 dlm metro ckp psl ni . :P

    ReplyDelete
  5. erk! rasa2nya sy pon mcm tu jugak la kot..sepanjang hari duk ngadap komputer je...mcm dh tak reti nk buat keje2 lain.

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail

    2 la psl..gatal je tngn ni kalo x ngadap laptop hehe...

    ReplyDelete
  7. kita pun sama nih asyik duduk depan laptop je kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. tu menonton tv..kalau online selama 6 jam lak mcm mana?

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...