..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

January 6, 2013

FAKTA SAINTIFIK TENTANG PEMAKAIAN KASUT TINGGI

Salam, 

Suka pakai kasut tumit tinggi tak? Tadi saya nampak post ni kat FB shamkamikaze . So saya nak kongsi dengan kawan - kawan. Maybe ada yang dah tau. Macam saya sendiri, kurang gemar pakai kasut tumit tinggi walaupun saya ni kurang tinggi. Tak selesa. Tapi kadang - kadang pakai juga :P .



Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. 

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. 

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya. Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. 

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. ''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Source : https://www.facebook.com/shamkamikaze

7 comments:

  1. hee...mmg xelok...tp hakikatnye rmai suka ksut tinggi including me...huhuhu..
    walaupun sket n a bit x selesa, tp still pkai demi bergaya n nmpk tinggi gitu...~~

    ReplyDelete
  2. hehe...kita mmg xsuka pakai kasut tinggi...penah beli tapi ad la kot 2-3 kali pakai
    semua sandle/seliper/kasut kita flat jer...bila dh beranak ni, lg la selesa dgn flat shoe w/pun diri ini rendah jo..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala..sy pn mmg x suka..tp pnh bli gak..pakai g sek, tp dlm bilik guru terus tukar pkai selipar :D.. nk msk kls, pkai kasut balik :P ..

      Delete
  3. masa muda muda dulu (ewahhh mcm dah tua sgt kan) suka jugak kasut bertumit, tp bukan tinggi sgtlah, takat 1 inci tuh bolehlah... now memang dah tak layan kasut tinggi, semuanya flat jer. senang nak jalan kesana kemari, kaki pun x sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg kak mila muda lg :)..a ah..lg selesa pkai yg flat je..sng..nk berlari pn sng hehe..kaki x sakit..

      Delete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...