..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

December 12, 2014

Set tilam kekabu baby

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam saya berjaya menyiapkan satu set tilam kekabu bersama bantal. Sebelum ni , set bantal je siap. Semalam gigih siapkan tilam.


Ni set tilam saya. Kebas jari nak jahit bagi tilam tu jadi timbul - timbul macam tu.

Lepas ni misi menjahit sarung bantal dan tilam pulak. Nak kena seru mood rajin dulu hehe.




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 3, 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Salam,
Jom kita join giveaway ni...senang je nak join ..


Klik SINI untuk join..



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 1, 2014

Set bantal kekabu baby | TQ Geng Jahit

Salam,

Hari tu saya ada cerita pasal saya jahit sarung kekabu kan. Hari ni saya nak tunjuk hasilnya setelah saya masukkan kekabu. Taraaaa.....


2 bantal baby, 1 bantal sederhana dan 2 bolster. Tilam tak siap lagi..hehe..Kekabu tu saya beli RM 18 untuk 3kg.
Terima kasih kat Geng Jahit ( group yang saya join kat fb) sebab banyak kongsi ilmu menjahit. Bila tengok kawan - kawan Geng Jahit post hasil jahit, hati pun teruja nak hasilkan 'sesuatu' even diri ni tak sehebat diorang. Terima kasih Geng Jahit.

# set bantal tu bukan untuk dijual..;p



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 30, 2014

Crochet | For baby girls

Salam,

Jom hari ni saya belanja tengok gambar hasil kerja tangan mak saya. Dah lama saya tak kongsi kat sini.


Semua ni tempahan dari kawan - kawan. Mak saya suka mengait sejak pencen ni. Kalau ade yang teringin nak cuci mata, boleh la search page Happy Crochet kat facebook.


# rajin betul update blog sejak cuti sekolah ni .. ;p


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 29, 2014

..Kisah baru bermula..

Salam,

Hari ni secara rasminya menjadi surirumah separuh masa. Hehe sebelum ni tinggal asing- asing walaupun ada rumah sendiri. Suami kat lain, isteri kat lain. Alhamdulillah, permohonan bertukar tempat kerja diterima. Disebabkan sekarang musim cuti sekolah, si isteri yang bercuti pun melangut tak tau nak mulakan 'kerja rumah' dari mana. Almaklumlah, sebelum ni dok ngan mak abah :p..

Ok la, nak sambung termenung lagi..hehehe


Sumber dari facebook.





::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 26, 2014

Sarung kekabu

Salam,
Lama dah tak bersiaran kat sini. Hari ni nak tunjuk sarung kekabu untuk set tilam baby. Kiranya ni adalah projek pertama untuk cuti sekolah 2014 ni hehe.

Saya tak pernah buat set tilam kekabu ni. Baru nak cuba- cuba. Saya guna kain belacu yang saya beli kat Jakel. 


Saya beli kain belacu 3 meter. Dapatla jahit 1 sarung kekabu untuk tilam, 2 bantal baby, 1 bantal sederhana dan 2 bantal peluk. Tapi kain ni ada lebih lagi. Kalau rajin , boleh la tambal bantal lagi ;p..


# misi sumbat kekabu pulak...hehe


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

October 12, 2014

Nak duit dari Pixajoy tak?

Salam,

Hari ni nak bercerita pasal kelebihan join affiliates Pixajoy. Saya dah berjaya cashout untuk kali yang pertama. Boleh refer kat SINI. Kalau orang yang jenis rajin promote mesti lagi masyukkk. Tapi malangnya saya bukan spesis tu hehe. Nak cashout kali ke 2 tak lepas lagi ni ;P ..


Features & Benefits
Why should you become a Joy Affiliate?

Free To JoinFree To Join
No joining fee and takes only a minute to sign up.
Sign-Up BonusSign-Up Bonus 
RM10 sign-up bonus. Join now and receive yours right away.
Low Payout RateLow Payout Rate
Enjoy a low minimum payout threshold of RM50. Once you have earned RM50 you can claim your earnings.
We'll bank it into the Bank Account of your choice.
Honest and Reliable PayoutHonest and Reliable Payout
Your claimed earnings will be banked into your Bank Account within 10 working days.
Personal Joy Affiliate AccountPersonal Joy Affiliate Account
You will have real-time statistic reports on traffic, clicks, sales and also make your earnings claims.
Ready-Made Banners & Text LinksReady-Made Banners & Text Links
We provide an up-to-date selection of banners and text links of all our latest promotions.
Banner Placements Almost AnywhereBanner Placements Almost Anywhere
All types of websites are welcome to join! (No adult and illegal sites though, please).
You can use banners and/or text links anywhere on your website(s), blog(s), personal page and even in emails.
1 Year Cookie Period1 Year Cookie Period For Sign Up
Extended cookie session period to track sign-ups of customers referred by you.
Lifetime Purchase TrackingLifetime Purchase Tracking
After your referred customer signs up, even if he/she only makes his/her first order after 5 years, you will still be entitled to the referral earnings.


Berminat tak?.. Kalau berminat boleh sign up FREE je kat banner ni:

August 24, 2014

Dah lama rupanya...

Assalamualaikum...

Wahhh, dah 7 bulan tak update blog ni rupanya. Last melawat sini bulan Januari hari tu. Macam - macam hal yang berlaku sepanjang 7 bulan ni. Dulu single, sekarang berdua, insyaAllah nanti bertiga pulak. ;p 




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

January 14, 2014

Tips Banjir | Selamatkan dokumen dengan Tupperware

Salam,
Hari ni sebagai seorang yang pernah mangsa banjir, saya nak kongsikan tips untuk menyelamatkan dokumen penting ketika banjir.
 
*Kepada pengumpul Tupperware :
Anda boleh menyelamatkan dokumen penting dengan menyimpannya di dalam Tupperware anda. InsyaAllah kalis air dan air pun tak dapat masuk ke dalam Tupperware. So dokumen anda tak basah.

Petua ni dikongsikan oleh sepupu saya dan sebagai seorang anak pengumpul Tupperware, saya percaya petua ni. Sebabnya semua Tupperware mak saya yang bertutup masa tenggelam dalam air memang tak masuk air. Setitik air pun tak masuk ke dalam Tupperware. Tapi pastikan Tupperware bukan TIPUware sebab TIPUware memang menakung air. Waaaa, seksa nak cuci air busuk dalam tu. Mana yang rasa teruk tu memang tak cuci dah. 'Kumpul' dalam tong sampah terus hehehe.

Ni baru sikit.Huhuhu

# Boleh cuba tapi kalau tak berkesan jangan salahkan saya tau. 


:::All About Our Handmade:::


::Abadikan kenangan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...