..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

November 28, 2013

Brake pad 'tak cukup air'..

Assalamualaikum..

Salam pagi Khamis. 

Semalam, lebih 2 jam saya 'melepak' di Perodua Servis Center. MyV saya dah sampai masa untuk servis 40 000 km..major servis. Tapi saya cuma nak kongsi satu masalah MyV saya ni, manalah tau ada yang masalahnya sama dengan saya. Bukan pakar pun, sekadar nak berkongsi.



Masalah:
MyV saya akan mengeluarkan satu bunyi yang nyaring bila saya tekan brek. Bunyi macam benda bergesel. Memang menyampah saya dengar walaupun bunyinya tak la ketara mana. 

Penyelesaian:
Saya pun mengadu la pada Servis Advisor Perodua. Setelah diperiksa, katanya Brake Pad MyV dah HAUS (rasanya dia sebut brake pad hehehe). Dia ada tunjukkan, memang nampak macam dah HAUS. So, apa lagi. ganti baru la. Kalau makin parah, boleh effect part lain pulak. Kosnya dalam RM 166 untuk satu set.

Semalam dah test drive, dah tak dengar dah bunyi bila tekan brek. Kalau bunyi gak, memang nak kena masuk 'wad' balik la MyV tu. 

# kereta dah servis. Bolehlah jalan-jalan balik kampung hehehe



:::All About Our Handmade:::

16 comments:

  1. Bila sebut pasal brake pad ni teringat satu kisah lawak masa tu zaman bujang. Malam tu kawan sebilik duk sembang dengan bf dia..dia ingat saya tidor…sekali dia sebut “ala pelakon tu nama apa tu brad pitt (tapi sebutan brake pad) “ saya punya gelak menyembur..sebab x tahan..kawan saya pon terkejut pastu dia pon gelak kuat sebab salah sebut..saya sebut heeeyy brad pitttt okkkkk

    ReplyDelete
  2. bila drive sendiri ni kena peka kan.. ada skit bunyi2 tuh kena tanya pakar terus.
    satulah... saya perasan service perodua ni mahal benor kan... hubby selalu bandingkan dengan kos service rush dia, major service pun tak sampai 500, tapi viva kenit saya tuh, major servis dekat nak 1k tuh.. fuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..mahal gak major servis viva..kalau ikutkan MyV ni tak sampai 350 pn utk major servis..tp sbb tuko brake pad pastu wiper tu yg cecah 500 ++ ..huhuhu..kopak den..

      Delete
  3. takpe zira, mahal takpe janji selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..tu la, janji semuanya selamat. InsyaAllah..

      Delete
  4. macam2 kerenah bila dah berkereta ni yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..tu le..bln 12 ni nak renew insuran dan roadtax pulak..waaaaa kopak lg la..

      Delete
  5. Err, sebenarnya saya tak berapa faham sangat bab2 kereta nih. Hehe

    ReplyDelete
  6. saya paling lemah bab kereta.... nnt ada kereta tahu pakai je kot.. lols. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..dlu akk x tau jgk..tp bila pkai kete, kne gak amek tau cket2.. :)

      Delete
  7. mmm...brake pada ni jarang masalah sebenarnya, mungkin dah 40,000 memamng kena tukar kot..

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...