..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

August 26, 2013

MERDEKA 2013 | Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Salam,

Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Hari Kemerdekaan kan. 31 Ogos 2013 ni genap 56 tahun kita merdeka.




Tema MERDEKA tahun ni Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya.


Bagi yang nak mendapatkan lagu tema, boleh download di :


# terpanggil untuk buat catatan tentang Hari Kemerdekaan 2013 ni sebab rasa sedikit bersalah. Bersalah sebab kurang aura nak sambut Merdeka tahun ni sebab aura Syawal tu lebih dominan .. :P


..Ya ALLAH, kekalkanlah keamanan Malaysiaku, Tanah Tumpahnya Darahku..

2 comments:

  1. selamat menyambut hari kemerdekaan dear...moga kita sama2 menghargai keamanan serta kemerdekaan kita ni sama2...

    ReplyDelete
  2. Salam zira…Selamat hari raya zira..:)) Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang..:))

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...