..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

September 30, 2011

Nak kena pakai Neutrogena ke?

"Teacher, muka teacher ada jerawat la.."


Kita ni bukan main lagi syok mengajar, jerawat jugak yang diorang berkenan...Eleh, bukan banyak sangat pun :P

Google

Sabar je la ngan budak-budak ni..sampai jerawat cikgu pun diorang telek...Dari hujung rambut sampai hujung kaki diorang perhati...Agaknya aku kena pakai Neutrogena kot (terpengaruh ngan iklan kat blog)...nak bagi muka licin ha3..

September 28, 2011

Jom tambah follower



Jom tambah follower @ kenalan (aku tak berapa berkenan ngan term follower, tak taula kenapa.. sorry Cik LuLu)...Ni kali ke 2 aku join segmen Cik Lulu...

Dari segmen yang  Pertama dulu aku dapat beberapa orang kenalan yang menjadi "kawan maya" sampai sekarang....Alhamdulillah...dan TQ pada tuan tanah yang menganjurkan segmen ni.. :)

...Berkawan biar Infiniti...

Segmen ditaja oleh Lulu Pages ...

September 27, 2011

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku

Credit : Google

Komputer kesayangan suatu ketika dahulu...Bukan yang ni, tapi lebih kurang macam ni la monitor komputer tu...Monitor jenama Compaq tapi CPU tak dapat dipastikan asal usulnya ha3..Sorry aku memang tak ingat pasal RAM and Hard Disk..Maklumla, dah lama kan...

Komputer ni aku beli ± 10 tahun lepas..Masa tu still bergelar siswi IPTA hehe...Aku beli yang 2nd hand je..Tak nak menyusahkan mak bapak la katakan :P..Masa tu harga dalam RM 700..Cash tau guna duit sendiri...

Komputer ni memang agak lembab..tapi aku tetap sayang sebab banyak assignment aku berjaya siapkan guna komputer ni tau...Komputer ni jugak la yang menenangkan jiwa kacau aku kalau tension buat assigmnent sebab kat dalam CPUnya tersimpan banyak games yang menarik ha3...

Kat mana simpan komputer ni ye???...Cuba teka...

Dah tak ada dah pun...Lama dah...

Hehe aku dah jual dah kat Apek yang lalu depan rumah aku sambil memekik, "TV lama, Komputer lama, basikal lama"...Nilai komputer aku tu, RM 3 ha3....Susut nilai..

Tapi kenangan bersama komputer tetap terpahat dalam ingatanku.. Miss u..sob....sob....

Segmen ini dibawakan oleh S.A.N.T.R.I

Update : Err, rasa macam lari topik je entri aku ni...SOri SANTRI...baru tersedar...

September 26, 2011

Dialog manusia, malaikat dan syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz....


Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....





Origin : Unknown
Source: "Wall" FB

September 25, 2011

Ini bukan cerita 'Dajal Suci'


Selalu sangat post macam ni terpampang kat "muka buku"...Ni aku dapat kat 'wall' kawan aku..Cuma aku tak berani nak 'copy and paste' kat wall aku sebab aku tak pasti dengan kesahihan 'berita' ni...Bukanlah aku menidakkan kewujudan Dajjal dan Hari Kiamat...cuma aku tak suka 'copy and paste' sesuka hati...Tapi aku memang tak layan kartun Pokemon tu...

p/s: Betul ke 'kejadian' kat atas tu dah berlaku..??...tapi aku memang menyampah dengan ayat-ayat yang seakan-akan 'memaksa' orang lain untuk 'copy and paste' macam-macam post atau entri..

September 24, 2011

Petua Untuk Hati


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Source : iluvislam.com



    September 21, 2011

    Hidup mesti happy....

    .... dalam apa jua situasi dan keadaan....eh,betul ke?

    September 19, 2011

    Jom baca buku


    Koleksi buku-buku terbaru..tapi bukan aku punya..mak aku yang punya...Mak aku memang suka membaca especially baca buku..Zaman muda-muda dulu, mak aku pun gila baca novel macam aku..tapi sekarang ni, mak aku dah tak layan novel..dia nak baca buku-buku agama & motivasi je...Aku tumpang sekaki..Tak kisahla...Semua jenis buku pun aku boleh baca..

    Tapi....novel tetap aku layan gak...mana boleh 'tinggalkan' novel..ha3..

    Cuma aku hairan betul ngan adik-adik aku..diorang tak suka baca buku..Aku dulu, masa sekolah rendah dah start baca novel tebal-tebal..Diorang ni jangankan novel, buku cerita rakyat pun tak pernah baca...Aku pernah nak upah RM50 kalau diorang boleh habiskan 1 buku cerita, tapi tu pun tak jalan..Sanggup lagi bersengkang mata depan laptop dari baca buku..Apa nak jadi laa....

    Jom kita baca buku....


    September 18, 2011

    Astro First : Hantu Bonceng


    1st time aku langgan Astro First sebab Hantu Bonceng...Ok la..RM15 untuk 48 hours..boleh la tengok sampai bosan...Adik aku duk ulang tengok je...sampai aku pun naik muak...

    Tapi lepas langgan 1 movie, rasa gatal je tangan ni nk beli movie lain ha3...

    September 16, 2011

    MMS dari Maxis

    MMS dari Maxis yang tak pernah lupa kat aku ;P. Puasa @ Raya @ Merdeka, Maxis tetap ingat kat aku hehe...


    Selamat Hari Malaysia aku ucapkan kepada semua warga negaraku Malaysia walau di bumi mana pun anda berpijak..Hopefully, keamanan yang kita kecapi sekarang akan berkekalan selamanya..Putih, kelabu atau coklat, kita tetap bangsa Malaysia..Peace No War!!


    Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
    Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
    Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


    Source :http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

    September 15, 2011

    Baby Make Over

    Baby sekarang pun dah pandai melawa..hehe..









    Origin : Unknown

    September 14, 2011

    Pondan

    "Teacher, kalau nak jadi pondan kena buat macam ni ke?" tanya Adam (bukan nama sebenar) sambil menarik bajunya sehingga nampak bahu..

    Source:Google
    Aku rasa dia nak buat macam ni..

    Aku apa lagi, sambil jegilkan biji mata aku ni terus bagi ceramah free versi nasihat kat dia...Takut gak kalau tesalah asuhan...


    Gambar pinjam

    September 13, 2011

    Connected

    Baru habis tengok movie Connected (2008) kat TV...Movie lama..Louis Koo jadi hero ..Cerita ni based on cerita Inggeris, Cellular...English Version ni pun aku dah tengok dulu-dulu..


    Aku cuma nak highlight 1 part dalam cerita ni..Part ibu (Barbie Hsu) ngan anaknya main teka teki..Aku rasa lawak la teka teki tu..tak pernah dengar....

    1) Macam mana orang boleh gosok gigi dan bersiul dalam masa yang sama?
    Sebab dia gosok gigi palsu


    2) Sungai apa paling berat?
    Sungai Besi


    p/s: Boleh la main teka-teki ngan anak murid aku pas ni..hehe

    September 11, 2011

    I'm 90% Malaysian! 10% lagi ke mana ye???

    How Malaysian are you??..Jom try jawab kuiz ni..Aku 90% Malaysian...Tak taula 10% lagi hilang ke mana..Tak cukup jati diri lagi kot aku ni ha3...


    Ada tak yang dapat 100% ?? ..Excited gak nak tau ni...

    September 10, 2011

    NEX Camera (E-mount) - NEX-C3

    Masa BW tadi nampak iklan ni...

    Why Choose an alpha_logo NEX Camera?

    Enjoy shooting with a performance powerhouse that offers full features in a stylish frame and fits in the palm of your hand. E-mount NEX cameras deliver professional DSLR quality images in a compact form, with interchangeable lenses available to suit your shooting situations.

    So small, light and easy to use, the cameras look good, feel good and perform well. Despite its small size, it never compromises on quality of build of features, power or capability. With E-mount NEX cameras, you can experience full-fledged DSLR quality imaging power wherever you go.

    Macam best je kamera ni...sebab saiz dia comel tak macam kamera DSLR lain kan .. teringin gak nak ada kamera macam ni..mesti cantik gambar..tapi masalahnya, aku memang tak minat jadi photographer....kalau aku beli pun, siapa nak snap gambar aku??.. :P..aku minat jadi 'model' je...almaklumla 'aku memang suka bergambar' ha3...

    p/s: Aku memang 'rabun' pasal kamera...

    September 7, 2011

    Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com

    Raya pertama 2011

    Masa ni ayah cik aku (yang pakai baju biru) berlakon jadi budak kecik nak minta duit raya...masa ni aku tengah bagi duit raya...tiba-tiba ayah cik aku beratur sekali ngan kanak-kanak ribena...

    ...yang tengah ketawa nampak gigi arnab tu, aku la...hehe tak sempat nak cover sebab nak tergelak sangat dah...budak kecik yang yang tengah kehairanan tu anak buah aku..heran agaknya tengok 'sketsa' spontan di pagi raya..

    Iklan penaja :
    1) Contest ini dibawakan oleh shakiddo.com
    2) Hadiah ditaja oleh shakiddo.com dan hazmanfadzil.com



    p/s: Gambar ni cousin aku yang snap..

    September 6, 2011

    Facebook vs Blogspot


    vs


    Mana lagi best??..Biru atau oren??...Buat masa dan ketika ini aku prefer yang oren tu lagi ha3...tapi belum sampai tahap addicted lagi hehe...In future , aku tak tau lagi....

    September 5, 2011

    Astro | Macam - macam hal ada...

    Setelah sekian lama buat hal, hari ni baru siaran Astro kat rumah aku OK...Kalau tak asyik tayang gambar macam CD rosak je..Pastu gelap terus..Naik fedup aku..Nyaris-nyaris nak potong je Astro ni..Tapi tadi ntah macam mana aku try cari kat Pakcik Google pasal problem ni, aku jumpa 1 forum yang discuss pasal problem macam ni..

    Katanya, maybe kuali Astro tu teralih..Aku pun terus suruh adik laki aku tolong betulkan mana-mana patut..

    Tup..tup..Alhamdulillah OK..Nasib baik tak call marah-marah Astro lagi, kalau tak malu beb..:P

    Kalau nasib tak baik macam kawan aku, duit terbang la sebab Astro rumah dia pun problem lebih kurang macam aku..Call Astro, diorang suruh tukar Astro Beyond..

    ..Buat masa sekarang aku malas lagi nak buang duit langgan Astro beyond ni...Maybe nanti la kot...


    September 4, 2011

    Barbecue di Kampung

    Selamat Hari Raya..Hari ni dah masuk 6 Syawal..Malam tadi aku sampai dari kampung pukul 2 pagi..Lenguh giler duk tercongok dalam kereta..Nasib baik bukan aku yang drive :P..dari Perlis ke Pahang makan masa lebih kurang 13 jam sebab jalan jammed..biasanya tak la lama cam tu..8 jam je dah sampai..dugaan betul..

    Balik kampung kali ni aku tak sempat nak g merempit macam sebelum ni..sebok sangat g beraya rumah tok ngah, tok lang, pak lang, wa, tok ndak, mak ngah, maksu, mak teh ... :) ...

    ...Tapi aku sempat berbarbecue di kampung..hehe..best woo panggang ayam cara tradisional..kat rumah aku panggang ayam atas dapur gas ha3..tak sedap sangat sebab tak ada rasa & bau arang ...





    Tangan siapakah ini???..

    p/s: Ramai betul putus jari sebab main mercun kan..kat kampung aku pun ada..kes buat mercun sendiri...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...