..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

November 30, 2013

..kononnya nak kulit licin dan gebu..

Alkisahnya terjebak dengan iklan kulit sihat. Kulit sihat memang saya impikan..
 Tapi saya tak pernah terdetik hati nak putih walaupun saya memang tak cerah sangat. In fact, saya memang menyampah dengan iklan untuk memutih dan mencerahkan kulit. Bagi saya la, iklan macam ni secara tersiratnya membawa maksud yang lawa tu 'putih' dan yang buruk tu si 'hitam' ni la. Tak tau la kalau saya je yang rasa macam tu.

Kalau diperhatikan, memang hampir semua iklan kosmetik macam tu kan. Tapi saya memang nak kulit sihat untuk kepuasan diri bila tengok cermin hahaha. Bukan sebab orang lain. 

Iklan ni buat saya terjebak. Lagipun saya memang ada masalah rambut gugur. Tu yang teruja nak try. Apa-apa pun kita hanya berusaha, semuanya dengan keizinan dariNYA. 

Gambar pinjam kat google.


# saya bukanlah pengedar SHAKLEE and tak dibayar pun untuk promosikan SHAKLEE 



:::All About Our Handmade:::

November 28, 2013

Brake pad 'tak cukup air'..

Assalamualaikum..

Salam pagi Khamis. 

Semalam, lebih 2 jam saya 'melepak' di Perodua Servis Center. MyV saya dah sampai masa untuk servis 40 000 km..major servis. Tapi saya cuma nak kongsi satu masalah MyV saya ni, manalah tau ada yang masalahnya sama dengan saya. Bukan pakar pun, sekadar nak berkongsi.



Masalah:
MyV saya akan mengeluarkan satu bunyi yang nyaring bila saya tekan brek. Bunyi macam benda bergesel. Memang menyampah saya dengar walaupun bunyinya tak la ketara mana. 

Penyelesaian:
Saya pun mengadu la pada Servis Advisor Perodua. Setelah diperiksa, katanya Brake Pad MyV dah HAUS (rasanya dia sebut brake pad hehehe). Dia ada tunjukkan, memang nampak macam dah HAUS. So, apa lagi. ganti baru la. Kalau makin parah, boleh effect part lain pulak. Kosnya dalam RM 166 untuk satu set.

Semalam dah test drive, dah tak dengar dah bunyi bila tekan brek. Kalau bunyi gak, memang nak kena masuk 'wad' balik la MyV tu. 

# kereta dah servis. Bolehlah jalan-jalan balik kampung hehehe



:::All About Our Handmade:::

November 25, 2013

Saya di sini...

..saya di sini..di blog sofinahlamudin.com .. Hehe rasa teruja pulak ada yang bermurah hati tulis pasal akak blog akak ni. TQ dik.


 Sesiapa nak berkenalan bolehla terjah blog ni..tapi jangan lebih - lebih, sebab Cik Sofinah ni dah ada yang empunya ya. :)

Salam kenal dan salam ukhuwah ..berkawan biar infiniti kan..bersahabat biarla yang sejati..


:::All About Our Handmade:::

November 21, 2013

Crochet bag a.k.a beg kait jarum satu

Salam dan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti :) ..Selamat bekerja kepada yang sedang bertugas..hehe
Hari ni nak tunjuk beg kait..tadaaa..

Cantik tak..Alangkah indahnya kalau beg ni saya yang kait.. hehehe..Crochet bag ni kepunyaan saya, tapi bukan saya yang kait. Bonda kesayangan yang kait..Saya cuma pandai kait tali air je hahaha. Dah bertahun belajar, tak juga pass nak mengait :P ..

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah





Segmen : Aku Follow Blog Kau by Mizz Wenn




# Sedang cuba memanfaatkan masa cuti sekolah dengan baik :P

November 16, 2013

Cadar cantik ni bukan saya punya...

Salam, 

Jom cuci - cuci mata tengok cadar - cadar yang cantik.. Cadar ni bukan kepunyaan saya , dan saya pun bukanla penjual cadar hehe. Cadar cantik ni kawan saya yang jual. Kalau ada yang berkenan, boleh la terus berhubung dengan beliau hehehe < tolong promote je> ..

Saya suka cadar jenis ni , sebabnya cadar ni cantik terletak. Pagi - pagi masa bangun tidur tak yah susah - susah nak betulkan cadar sebab cadar ni dah sentiasa betul :P . Tak bergerak pun hehe. Jimat masa kan..kan..



Boleh 'LIKE' page CADAR ni kalau nak cuci mata .. :)

Segmen Blogwalking November Disember By Kinah




Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei

Join segmen sempena hari pertama cuti sekolah.... :P



<JOIN>

November 14, 2013

23..23..23..

Alhamdulillah, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dah pun diketahui pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR 2013. Tahniah kerana telah berusaha. Walau apapun keputusan, itu yang terbaik kan. Even tak seperti yang diharapkan, ingatlah perancangan Allah adalah yang terbaik.

Perjalanan hidup 'anak - anak' masih jauh. Teruskan perjalanan dan jangan berhenti di sini.


Keputusan UPSR sekolah saya :

23 orang 5A
23 orang 4A 1B
23 orang 3A 2B

Tahniah kepada semua...  :)

November 2, 2013

Hanya untuk yang memahami...

Ada dah ke yang jadi macam ni? V(^,^)V

Gambar ni ditujukan khas untuk yang memahami sahaja dengan ucapan, JAnGaN StResS dan SenyuMMMMM..

# gambar ni saya dapat dari facebook.  Sumber asalnya saya, xtau..mohon share ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...