..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

May 23, 2013

Jom Melawat Petrosains PlaySmart Kuantan

Salam,

Hari ni hari terakhir sekolah sebelum sekolah bercuti selama dua minggu.  Sempena meraikan hari terakhir sekolah di bulan Mei ni, kami, guru - guru Tahun 1 membawa murid - murid Tahun 1 melawat sekitar bandar Kuantan.

Salah satu destinasi yang kami tuju ialah Petrosains PlaySmart Kuantan.


" Petrosains PlaySmart Kuantan ialah pusat sains mini yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai dunia sains yang hebat melalui pembelajaran yang menyeronokkan.  Pameran interaktif dan aktiviti menarik di sini membantu pengunjung menimba pengetahuan baru tentang sains di sebalik rutin seharian."



Jom layan gambar budak - budak bersukaria kat sini.  Sesuai dengan namanya, semua permainan kat sini adalah berkaitan dengan dunia sains.


Sebenarnya, saya pun baru 1st time jejak kaki ke sini ..hehe.. nama je orang Kuantan :P ..


Seriously, bawa kanak - kanak riang seramai 86 orang bersiar - siar memang memenatkan.. :P



25 - 26 Mei 2013 akan diadakan Karnival Matematik kat sini. Sempena cuti sekolah ni bolehla bawa anak-anak ke sini dari 9:00 a.m. hingga 5:00 p.m. .. Percuma je.



Sesiapa yang teringin nak melawat bolehlah berkunjung ke sini :

Petrosains PlaySmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Tel: (09) 534 2290 
Emel : psmartkuantan@gmail.com


Selamat Bercuti kepada sesiapa yang bercuti..  :)

7 comments:

  1. assalamualaikum zira...cuti2 sekolah ni eloklah bawa anak2 pi ke sana...;)

    ReplyDelete
  2. wahh..syoknyaa..
    kalau p tempat2 mcm nih jadik budak2 pon best..hehe..bebas nak main..=P

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pun kewujudan petrosains kat kuantan ni..nnti boleh le bawak alya g sana

    ReplyDelete
  4. menarik ni... maaf lambat terjah busy sgt2 lately ni

    ReplyDelete
  5. Tmpt ni bukak hari2 ka? Sabtu ahad pun ?

    ReplyDelete
  6. Jika anda ke Kuantan.. ..Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 ) menawarkan penginapan bermalam untuk sebuah rumah cuma RM 150 semalam... manakala malam kedua RM 100 (Diskaun )....malam keempat dan seterusnya anda cuma bayar RM 50 semalam.....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete

♥ Thank you for dropping by..will be 'visiting' you soon ♥

☺ Salam Ukhuwah ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...