..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

April 22, 2013

Pensel Jahat

Salam,

Situasi : Di dalam kelas 1 Miqdad.

Tengahari tadi masa saya sedang kusyuk memerhati Mazuan menyiapkan latihan, tiba-tiba terdengar satu suara,

"Cikgu, pensel saya ambik Najwan".

Haaa?..Adeh, sambil tepuk dahi, "Rosak..rosak"..budak ni nak kena tingkatkan usaha lagi untuk belajar bahasa Melayu :P ..Jahat sangat pensel tu, sampai Najwan pun dia nak bawa lari hahaha..

Google


Lama tak menconteng kat sini.  Big M dah datang melawat hehe. Sana sini sekarang sebok pasal PRU13.  Saya sekadar memerhati je la. Tapi tak sabar juga nak rasa pengalaman pertama sebagai petugas PRU (Kerani Mengundi) .

#pensel ni nak kena masuk pusat pemulihan akhlak ni...

April 6, 2013

My First Doodle

Salam,

Nak tayang jugak doodle saya ni..hahaha..First time buat doodle ni. Tapi tak boleh nak claim 100 percent hasil kerja tangan saya sebab mata, mulut dan hidung saya guna brush photoshop. Google kat internet :P . Selain dari tu je saya lukis sendiri hehe.


Doodle ni saya lukis guna Adobe Photoshop. Saya bukanlah mahir sangat dengan photoshop ni. 


# tengok orang ber'doodle', tangan ni pun gatal nak lukis 'doodle'..hahahaha..tak ada rupa pun..

April 2, 2013

Cuaca Panas | Nasihat kepada orang ramai

Salam,

Cuaca sekarang memang sangat-sangat panas. Even malam-malam macam ni pun tak rasa sejuk. Tapi bukan niat saya nak mempersoalkan cuaca panas ni. Tak baik kan. Walau kadang-kadang hati ni ada jugak terdetik, "hish, panas betul la" ..(mohon Allah ampunkan sikap saya) .

Saya just nak share tips yang saya dapat dari http://www.infosihat.gov.my/ . Semoga dapat dijadikan panduan terutamanya kepada yang alah kepada cuaca panas macam saya.


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah :
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :
      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar 
      4.2 Elakkan:
      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas
  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...