..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

December 28, 2012

Felt Craft | Pencil Case

Salam,
Pencil case dari kain felt yang cantik ni kepunyaan Farhana. Sebagai tanda terima kasih tolong saya packing buku :P . Sebahagian besar buku - buku tersebut telah pun dijual.  Termasuk hari ni, dah 3 hari kami adakan jualan buku di sekolah. Esok hari yang terakhir.

Pencil case tu bukan saya yang buat. Saya tempah dari kawan saya di sekolah. Cantik dan kreatif kan?. Saya cuma request nama di pencil case tersebut. Yang lainnya semua hasil kreativiti tukang buat pencil case ni. Saya pilih warna agak gelap. Maklumlah untuk budak - budak kan. Lambat sikit nampak kotor :P .

..Siap untuk digunakan..



# Kalau ada yang nak order boleh berhubung terus ngan Salmies-CraftHolic

December 26, 2012

Sedia menyambut orang baru

Salam, 
Esok adalah hari orientasi pelajar tahun 1 di sekolah saya. Saya ditugaskan untuk menghias pentas. Pagi tadi kami menyiapkan pentas seadanya. Jenuh juga nak meniup belon - belon tu. Dah lama betul saya tak tiup belon :D. Nasib baik ada kawan-kawan yang tolong :) .Tapi rasanya, esok belon tu mesti dah kempis, kena tiup balik la jawabnya.

Tadaaaa.. Dah siap..Dewan dan pentas dah sedia menunggu anak-anak tahun 1. :)







December 24, 2012

Selamat Bertunang Nanie

Salam,

Sabtu lepas, cousin saya Nanie telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya dari Negeri Sembilan. Boleh dikatakan sebahagian besar persiapan pertunangan dilakukan sendiri kelurga besar kami. Kenduri, pelamin, hantaran semuanya kami buat sendiri.




Pelamin ni hasil idea Kak Long dan adiknya (CantekManis). Cantik tak?. Saya memang bukan orang berseni, so cuma boleh tolong tengok je la :P .


Sirih junjung ni boleh dikatakan 0.01%  hasil kerja tangan saya :D. Saya tolong gulung 3 helai sirih kot :P


Hantaran ni pun Kak Long buat sendiri. Cantik kan?


Selamat bertunang Nanie. Insya Allah , berkekalan ke jinjang pelamin hendaknya.





# saya cuma tolong belakang tabir je. :P


December 23, 2012

Tenggelam dalam lautan buku

Salam,

Kurang dari 2 minggu lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula. Seperti tahun - tahun lepas, AJK Kedai Buku Sekolah akan sibuk membungkus buku untuk kegunaan murid - murid pada tahun hadapan. Dua hari membungkus dan mengangkut buku, urat badan pun rasa berselirat :P .


Saya dan Kak Isma ditugaskan untuk membungkus buku Tahun 5 untuk 169 orang pelajar.  Penat woooo. Alhamdulillah, kami ada pembantu.  Anak Kak Isma, Iddin dan anak sepupu saya, Farhana. Walaupun masih kecil, mereka tetap membantu :) . TQ Iddin, TQ Kakak.





#Balik dari sekolah, 2 - 2 budak ni tergolek atas sofa.  :D

December 18, 2012

Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.x.z.h.a ™

Wish me luck !!! :)


Jom pakat ramai - ramai join.  Klik SINI

Tarikh tutup : 31 December 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Wish me luck :) ..

Nak join ? Klik SINI

December 17, 2012

Sesi baru 2013

Salam,
Masih lagi dalam mood cuti tapi...
bermula hari ini dan hari - hari seterusnya saya dan rakan-rakan akan mula "memeriahkan" sekolah yang dah sebulan sunyi sepi :D . Pagi tadi kami menghadiri mesyuarat guru yang pertama bagi sesi 2013. Kalender tahun 2012 belum lagi expired, tapi tugas dan amanah bagi melancarkan sesi persekolahan 2013 dah pun diterima :) .



Insya Allah, minggu depan kami akan menerima 'anak-anak' yang baru (Pra Sekolah, Tahun 1 dan Pendidikan Khas). Agak berdebar juga sebab setiap anak adalah unik. Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk menangani 'keunikan' dan kenakalan mereka. :P

#Semoga setiap tugas dan amanah mampu kami galas sebaiknya demi anak-anak bangsa. Amin.

December 13, 2012

Sepah The Movie

Salam,
Semalam saya terjebak dengan Sepah The Movie. Tak pernah terlintas di hati saya nak tengok. Tapi sebab saya bawa budak bawah umur, cerita macam ni je sesuai untuk diorang ;D..

Honestly, saya tak minat dengan kumpulan Sepah, so saya tak nak komen cerita ni dari hati saya ;p..

Tapi berdasarkan gelak ketawa orang lain dalam panggung masa tu, cerita ni lawak jugak kot.

Komen anak saudara saya (9 tahun) : "Best, ada yang sedih, ada yang lawak"..

Ok, kepada yang nak tau best ke tak, boleh pergi tengok sendiri ;p..

December 12, 2012

TopUp CELCOM Free

Salam,
Baru - baru ni saya ada join SEGMEN PENDEK by Izzah Ismail. Tak sangka pulak saya ni adalah yang bertuah sebab terpilih untuk dapat topup FREE dari Izzah. Memang best la. Mana tak best, dapat topup FREE.

~TQ Izzah~

December 10, 2012

Pisang kaki di Cameron Highland

Salam,

Pisang Kaki

Dah berpuluh tahun saya hidup, baru pertama kali saya tau rupa pisang kaki ni :D.  Tak pernah terbayang ada "pisang" bentuk macam ni. "Pisang" ni saya jumpa di Cameron Highland.  Menurut penjual, rasanya seperti ciku.

Kalau nak tau lanjut pasal pisang kaki ni, boleh klik kat SINI.

Segmen Pendek : Tambah rakan bloglist dan follower

Salam,

Dah lama tak join segmen macam ni .. :)

Klik banner kalau nak join .. :)

Follower sekarang : 133

November 27, 2012

Telok Cempedak , Kuantan

Assalamualaikum..

Siapa pernah jalan - jalan kat Telok Cempedak (TC) ?. Telok Cempedak ni famous kat Kuantan ni.  Malam - malam selalunya sesak ngan orang.  Ada yang berdating & jalan - jalan ngan family pun ramai.  Pernah sekali kitorang plan nak ambil angin malam kat sini, tapi tak jadi.  Terpaksa mengalah, jalan nak masuk TC jammed.  So malas la kitorang nak redah.  Baik balik rumah , tidur.. :D

Petang tadi kami jalan - jalan kat TC.  Saja nak meraikan budak yang baru habis SPM ni .

Muka bangga dah 'habis sekolah'.. 

TC ni tak jauh pun dari pusat bandar.  Rasanya tak sampai pun 15 minit (kalau jalan tak jammed & tak tersekat kat traffic light )


Selamat Datang ke KUANTAN



Ha tengok, dekat je kan.



Kalau nak parking kereta di kawasan yang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sediakan, kena bayar RM 2.00 per entry.  Nak parking kawasan luar pun boleh. Tak ada masalah.

Merenung keindahan ciptaanNYA.
 Walaupun keadaan cuaca sekarang tak menentu, tapi ada gak yang mandi manda kat sini.  Tapi diorang cuma mandi kat tepi je.  Tak ada la yang buat - buat berani ke tengah laut.

Kalau lapar, jangan risau..banyak gerai / kedai makan kat sini.  KFC, McD pun ada.  Kami makan kat Selera Warisan.  Budak habis SPM lapar :P .

Macam - macam ada.

Nasi goreng & Kuew teow tom yam

Jom layan gambar .  Sayang gambar tak ada bau. Kalau tak, boleh bau air laut.






Ramai juga orang datang sini untuk main layang - layang.  Maaflah, gambar tak clear.  Sebab guna handset je.
Layang - layang terbang tinggi.


Sebelum balik, jangan lupa beli souvenier.  Tapi saya tak beli pun sebab hari - hari pun boleh datang sini hehe.  Selain tu, ada juga perkhidmatan melukis potret.  Boleh buat potret kenangan di TC .

K, kalau mai Kuantan, jangan lupa singgah di Telok Cempedak tau.

November 25, 2012

Muffin Coklat Kukus

Salam ..

Pada petang yang mendung di saya just nak share 1 resepi mudah untuk minum petang.  Resepi ni saya dapat dari Kak Isma .  Resepinya agak mudah.  Bahan - bahan pun senang nak cari (saya memang suka buat benda yang senang :D )



Muffin Coklat Kukus
Sumber : Kak Isma

Bahan - bahan :

3 biji telur 
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh bikarbonat *
1 sudu teh baking powder *
1 cawan air panas

Bahan bertanda * diayak bersama


Cara - cara :

1)  Telur + serbuk koko + gula + susu pekat dikacau sehingga sebati.
2) Masukkan minyak dan kacau lagi sehingga sebati.
3) Campurkan bahan yang telah diayak. Kacau lagi.
4) Setelah sebati masukkan air panas dan kacau lagi.
5) Masukkan dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

Untuk muffin kali ni saya guna acuan saiz 9, so boleh dapat dalam 30 ++ muffin.  Tapi jangan masukkan sampai penuh acuan, cukuplah 3/4 je sebab muffin coklat ni nanti kembang setaman hehe.

Selamat mencuba... =)

October 8, 2012

Selamat bersara Bonda

..Salam 1 Malaysia..



..Setelah lebih 30 tahun menabur bakti mendidik anak bangsa, pada Jumaat ( 5 Oktober 2012) bonda telah menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam secara rasmi..Selamat bersara diucapkan kepada bonda tercinta..Jasamu dikenang :) .. & pada hari ni genap usia bonda 56 tahun..maintain cun lagi..Selamat menyambut ulangtahun ke 56 tahun..Semoga mak dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yang baik.  Amin..



Sayang mak sangat - sangat .. 

October 7, 2012

Pizza yang GEBU

Malam tadi kami dinner dengan piza buatan sendiri.  Senang je cara nak buat.  Tapi bukan resepi aku, aku pinjam resepi orang lain :P ..

Untuk resepi doh piza yang lembut lagi gebu, aku tengok kat blog Mat Gebu .. Aku memang suka terjah blog ni, sebab banyak menu best lagi sedap.

Resepi Doh Piza
Sumber : Mat Gebu

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) - yang ni diabaikan
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur


Cara buat doh :
Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 

 Aku tak ada BREAD MAKER.  So uli manual je la.

Untuk topping aku buat simple je.  Resepi topping pun aku tengok kat blog Mat Gebu . Cuma aku buat simple je.

Sosej - dihiris serong
Mayonis
Keju Mozarella yang HALAL - susah betul nak cari keju yang bertanda HALAL kat sini
Sos Tomato

Doh yang kembang semangkuk tu bahagi dua bahagian.  Canaikan dalam pan piza.  Guna loyang pun boleh.  Pastu susun je bahan topping tu..
Mula - mula sapu mayonis, lapisan ke dua sapu sos tomato secukupnya.  Baru la susun sosej n last sekali tabur keju mozarella..aku beli yang dah siap parut untuk menyenangkan kerja aku..hehe. Last skali Mat Gebu cakap, kena bakar dalam oven suhu 190 C selama 20 - 25 minit.

Tadaaa....

Pizza
Pizza yang dah sedia untk di ngap...hehe

Resepi ni sebagai rujukan untuk aku di masa akan datang.  Sebenarnya dah banyak kali buat dah.  Rasanya menurut family aku SEDAP..Sedap dimakan masa panas. Tak rugi kalau nak try. Bukan susah pun.  Nak lagi senang, terjah je blog Mat Gebu .


October 3, 2012

AinMaisarah | Cinderellah vs Rapunzellah

Salam petang Rabu..Dah lama tak mengupdatekan blog..Sejak 2 -3 menjak ni mood untuk menaip tersangatla kureng.. :P ..

Sempat bergambar lagi tu..hehe

Semalam, novelis AinMaisarah datang ke sekolah untuk promo novel.  Aku tau pasal dia pun sebab aku pernah baca karya dia Jutawan Gedik kat Berita Harian.  Novel AinMaisarah ni kalau tak silap aku banyak berkisar pada life teenagers.  Macam aku ni dah tak sesuaiiii..Ha3..Tapi disebabkan gatal nak buku yang diautograf oleh AinMaisarah, aku beli jugak la buku Cinderellah vs Rapunzellah ni..Bukan apa, sebagai tanda sokongan untuk novelis kita :P ..

Lagipun , best jugak sesekali berada di alam dongengan ni..AinMaisarah cakap, buku ni memang macam cerita di alam fantasi..Alaa, macam cerita Cinderella , Rapunzel tu la..Bagi ibu - ibu yang ada anak yang remaja dan sedang meningkat remaja, boleh la beli novel - novel AinMaisarah.. :).. Tak rugi didik anak - anak supaya rajin membaca kan..


p/s: Masih cuba sedaya upaya untuk merajinkan diri :P..

June 10, 2012

Garfield yang pemalas

Hari ni rasa macam garfield yang malas..hehe..satu kebiasaan yang terjadi pada bila cuti sekolah sampai ke penghujung..biasala cuti lama mana pun tak pernah rasa cukup..manusia..manusia..ish..ish..ish.. Selalunya semangat nak mengajar tu datang bila dah jejak kaki kat sekolah..hmmm pukul 7 pagi esoklah sebab selalunya time tu aku sampai kat sekolah..eh, lupa plak esok ada pelancaran untuk program alam sekitar..kena sampai sekolah awal sikit dari biasa hikhik.. So, semangat itu akan kuseru sebelum pukul 7 pagi esok supaya esok aku tak jadi macam Garfield malas..hikhik

June 9, 2012

Antara tong sampah dan jalan raya

Tong sampah dan jalan raya adalah dua benda yang berbeza.  Langsung tak sama dan tak serupa.  Cuba perhatikan gambar kat bawah ni, memang tak ada iras langsung kan.

Source: Google

Tong sampah digunakan untuk 'menyimpan' sampah sarap sebelum dilupuskan


Source :  http://www.photomalaysia.com   

Jalan raya ialah laluan yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain


Kalau nak bercerita pasal fungsi , rasanya tak ada persamaan langsung.  Tapi yang peliknya kenapa ada lagi manusia (dah besar panjang) yang masih tak boleh bezakan antara tong sampah dan jalan raya.  Musykil betul.

Kejadian pelik tapi benar ni berlaku baru - baru ni.  Masa tu aku tengah drive nak pergi rumah nenek aku.  Kat depan kereta aku ada kereta Proton Wira.  Sebagai seorang pemandu yang berhemah, aku follow je Wira tu.  Dari jauh aku nampak traffic light dah bertukar merah, so aku pun perlahankan kereta.  Mamat Wira depan aku pun sama.  Tiba - tiba mamat tu buka pintu Wira tu dan letak seplastik sampah atas jalan. Terkedu dan ternganga aku.  Mana taknya, belum pernah aku tengok orang buang sampah cara 'berhemah'.  Biasanya orang main campak - campak je.  Campak tisu ke, botol ke, takla aku heran sangat. Ni letak cara baik, seplastik sampah betul - betul atas jalan dengan penuh sopan.  Ish..ish..ish..  Ada berani???..

So post ni saya tujukan khas buat mamat tersebut.  Semoga anda membaca post ni dan besarlah harapan saya semoga di masa akan datang anda dapat membezakan antara tong sampah dan jalan raya.  Semoga kesilapan yang anda lakukan tidak lagi berulang di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

April 23, 2012

Minum MILO anda jadi SIHAT dan KUAT

Salam..

"Minum MILO anda jadi SIHAT dan KUAT"..

Hari ni kat sekolah, Van MILO datang..bukan budak - budak je excited, cikgu - cikgu pun tumpang sekaki..macam la tak pernah minum MILO kan..Padahal, tiap - tiap pagi minum MILO sebelum ke sekolah..

Cikgu Zainon & peminat MILO..hehe

PEACEEEE yo..

 Walaupun hari - hari buat air MILO, tetap tak sama ngan MILO van ni...sedappp..ha3..Lupa plak nak mintak resepi dari tokey MILO ni tadi hikhik...

Sempat lagi posing masa beratur nak minum MILO..


Tapi, dulu ustaz pernah pesan.."berhati - hati dengan apa yang keluar dari mulut kita"..sebab dulu - dulu kan, iklan MILO mesti bunyi macam ni "Minum MILO anda jadi SIHAT dan KUAT"..bunyinya macam bila kita minum MILO confirm jadi sihat dan kuat..macam MILO la yang sihatkan tubuh badan kita..Padahal, kalau tak dengan izin ALLAH, kita minum bergelen - gelen MILO pun takkan jadi sihat..hehe macam tu la lebih kurang maksud kata - kata ustaz aku dulu ......

March 20, 2012

Guru Penyayang

Hari ni ada pelancaran Program Guru Penyayang kat sekolah.  Sekolah lain rasanya dah buat sebelum cuti.  Kitorang je yang agak terlambat sebab sebelum cuti budak - budak sibuk nak exam.

Pagi - pagi cikgu - cikgu dah beratur tunggu kat pintu pagar sekolah, nak sambut murid sampai budak - budak pun pelik.  Ya lah, cikgu - cikgu siap beratur nak sambut diorang.  Dulu -dulu ada gak cikgu tunggu kat pagar, tapi cikgu bertugas mingguan je.  1 atau 2 orang je untuk 'Salam Kasih'.  Kali ni, semua cikgu turun padang, maunya tak pelik ha3...

Masa ni warga sekolah tengah test suara nyanyi lagu SENYUM..



Hari ni juga kitorang buat perjumpaan mentor mentee..Aku ada 13 orang mentee..
Macam biasala , sesi bergambar mesti tak boleh tinggal..hehe..


Mentee bergambar bersama Mentor.. :P

March 16, 2012

Bonuslink | Morgan 4.5L Multi-Cooker MMC-NB145L

Pernah tengok Kad ni?? hehe


Setelah sekian lama mengumpul point, akhirnya dapat juga aku redeem Multi Cooker ni..hehe..


Lama juga nak kumpul point ni sebab selalunya kad ni aku cuma guna kat SHELL..Parkson pun ada tapi kadang - kadang je..


Seronok dapat barang FREE ni ha3..ni first time aku redeem point BonusLink..


CrediT : Gambar dipinjam dari Bonuslink

March 15, 2012

Pilihanraya Umum ke 13

Semalam 14 Mac, ada taklimat untuk petugas PilihanRaya Umum (PRU) ke 13 bagi Parlimen Pekan.  En. Johari bin Abdul Rahman (Pengarah SPR Kedah) yang bagi taklimat.  

Tapi jangan tanya aku, bila PRU nak diadakan sebab aku pun tak tau.  


Ni first time aku bakal jadi petugas masa pilihanraya..Biasalah kan, selalunya memang ramai cikgu - cikgu yang jadi petugas sebab kebanyakan saluran mengundi di buka di sekolah.  Aku jadi petugas untuk PRU 13 ni pun sebab nak kutip pengalaman.  Kawan aku cakap, PENAT..sebab kena bertugas dari subuh sampai senja atau malam even orang ramai start keluar mengundi pukul 8:00 a.m.  Tak apalah, bila lagi kan nak merasa jadi orang agak penting masa PilihanRaya..HEHEHE...

March 13, 2012

Happy Birthday , Abah

Hari ni birthday abah yang ke 57 tahun..Birthday hari ni , tapi kami dah celebrate malam tadi..Hehe

Mak yang setia menemani abah sambut birthday selama  33 tahun  :)

Semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..Sayang Abah..

March 11, 2012

Pesta Buku @ Hotel Zenith

~ Jom pergi cuci - cuci mata kat Pesta Buku ~










February 11, 2012

SIY Sew Along | Charm Square Jewel Bag

Ni hasil kerja tangan untuk SIY Sew Along Kak Mila..tetiba je rasa nak merajinkan diri untuk menjahit..beg ni dijahit menggunakan scrap masa jahit beg Queen of Nature.. Tapi aku terpaksa reduce saiz..instead of 5" x 5" inches squares, aku guna 4.5" x 4.5" inches square je..so beg ni saiznya kecil sikit dari original.

Siapa yang berminat masih boleh join SIY Sew Along Kak Mila ni..Tutorial boleh tengok kat sini..Actually beg ni tak la susah sangat nak buat, tapi bagi yang amatur macam aku ni, terpaksa la study lebih sikit masa nak jahit lining :D ..


....Rasanya tali beg ni macam halus sangat (errr, salah ukur kot ha3..), lain kali kena buat lebar sikit, baru selesa .....


..hehe 2 , 3 hari ni tangan asyik gatal je nak menjahit...

February 5, 2012

Tissue Holder


Tissue holder ni telah berjaya kusiapkan setelah lama 'bercuti' dari menjahit hehe...Tiba-tiba je rasa gian nak menjahit ;P ..

Senang je nak buat Tissue Holder ni..Kalau nak try buat sendiri, try terjah kat blog Kak Mila ni..Kak Mila ada buat tutorial cam mana nak buat Tissue Holder..Thanx Kak Mila..


P/s: Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...