..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

October 28, 2011

Hikayat Hazel

Dah dekat 2 minggu aku gila baca e-novel kat http://www.penulisan2u.my/ .. macam - macam cerita ada..Aku baca sampai naik 'pening' biji mata aku ni..hhhmmm, kalau disuruh pilih antara e-novel atau novel versi kertas, aku prefer novel versi kertas lagi.. :D.. tak la pedih mata kalau tenung tulisan lama-lama kan...

Hari ni aku dah 'berehat' dari baca e-novel sebab aku penat baca e-novel yang sama tapi tak serupa (tapi bukan stop sampai bila-bila hehe)..Mana taknya, jalan cerita hampir sama je..so sedikit bosan la :P.

Tapi ni aku nak share 1 cerita yang tak sama dan tak serupa ngan e-novel yang lain..Tajuknya 'Hazel'..Kalau korang nak baca klik je link kat bawah ni..Cerita ni memang best bagi aku..aku bagi berbintang-bintang... :P

"aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu tapi jika hilang agama itu maka hilanglah cintaku...."



.....baca tau, jangan tak baca hehehe....

October 18, 2011

The Creator

Credit : http://firdausdin.blogspot.com

October 17, 2011

I Know but.....

Credit : 1031jackfm


October 14, 2011

Pengganti maskot DIGI


Ni la rupa pengganti maskot DIGI..hehe..tapi yang ni pemalu sikit..tu yang snap gambar dari belakang je.. :D..

Sebenarnya ni adik aku yang bongsu, suka sangat pakai baju tidur kuning ni..tinggal tak pakai topi kuning je lagi..naik menyampah aku tengok..costume ni sebenarnya dia guna untuk Persembahan formasi 'Human Graphic' sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Peringkat Negeri Pahang di Kuantan..16 Sept baru ni..Nak tengok?? Klik je link ni http://youtu.be/SqBjlPzeDQM

Agak-agak untung DIGI bertambah tak kalau guna maskot ni hehehe....

October 13, 2011

Terima kasih mak....

...sebab memahami... :D .


Hari Selasa baru ni , balik je dari rumah kawan, mak aku hulur buku-buku ni kat aku...

"Nah, ni mak pinjam dari kawan"

Hehe..mak aku memang dah 'masak' ngan perangai aku yang suka baca novel..Kalau dah start baca novel, memang tak ingat dunia dah.  Kalau dulu sampai tak tidur malam..Sehari suntuk aku boleh menghadap buku-bku ni..Tapi sekarang tak bolehlah, aku takut nanti jadi macam 'Cikgu Shaari' dalam Masam-masam Manis..hehe..Kerjaya mesti diutamakan ..Nak g sekolah mesti cukup tidur dan bersemangat..Kalau letih dan lesu memang tak larat la nak melayan kerenah 'anak-anak' kat sekolah ni...Mau pengsan kat sekolah nanti..hehe...Budak-budak sekarang pun hebat-hebat..So , kita pun kena la lebih 'hebat' dari diorang hahaha....


p/s: aku sayang sangat-sangat mak aku..mmuaaahh...



October 11, 2011

Menang saguhati : GA Full House

Hari tu aku ada join GA Full House.. Semalam result dah keluar ..hehe..aku menang hadiah saguhati..Hadiahnya, diskaun 20% kalau beli seluar tidur yang cantik kat Full House (macam drama korea la)...Hadiah saguhati pn ok la..bukan senang nk menang hehe....

Ni kali ke 2 aku menang..first time aku menang masa aku join small contest Eyriqazz..

Permisi dulu..nak tengok drama korea sat... bye...SALAM..

October 10, 2011

ALASAN....

ALASAN YANG PALING POPULAR BAGI WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok'.
Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa.
Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam mana seru tu.
Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam mana lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIB buat.

BY: Nur-Mujahidah

....Sekadar peringatan dan renungan kita bersama..sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaiki kekurangan diri..

October 9, 2011

Reason why I like Mathematics

October 7, 2011

Tokoh MBMMBI 2011

Kalau la ada anugerah kepada pelajar yang Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI), aku rasa boleh bagi kat budak ni..(Sila abaikan kesalahan ejaan sebab budak ni baru darjah 1)..

Boleh kena darah tinggi kalau cam ni :P...

p/s: Fatah cakap aku ada kembar la :P

October 5, 2011

Agar hari ini lebih indah..

‎1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A


Google

Jadi agar hari ini lebih INDAH..
Sebarkanlah KASIH SAYANG kpd sesama,
Bersahabat dgn MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA..
dan selalu berDO'A kpd yg Maha Kuasa!
Amin.


Source : Wall FB
Origin  : Unknown

October 4, 2011

..Nanti jin jilat...

"Teacher, tolong ikat plastik ni, nanti masuk angin", kata Arif (bukan nama sebenar) sambil menunjukkan plastik kuih berisi donat.

"Arif, kuih donat ni takkan masuk angin walaupun plastiknya terbuka..lain la keropok baru masuk angin",balas cikgu sambil mengikat plastik kuih tersebut.

"Tapi teacher, nanti jin jilat kalau makanan terdedah", terang Arif.

"Haa, jin jilat???", cikgu diam tak terkata.



Jin macam ni ke??? :P
Grafik: arthursclipart.org/

October 3, 2011

The Versatile Blogger Award

(akan ku gantung di dinding blog :P)

There are rules to this award....  


1- Thank and link back to the person who gave you the award.

Terima kasih daun keladi kepada Kak Mila and Nani sebab bagi Award ni...

2 - Share seven things about yourself on the post.

Kalau letak gambar je aci tak??..Hehe tak berapa rajin nak menaip hari ni.. :P

 Nama manja :

Pekerjaan :

Suka....



Suka...



Suka



Suka tengok sukan ni...



Artis Korea pertama yang aku suka....



3- Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.



4- Lastly, contact all of the bloggers that you've picked for the award

Ok..aku akan cuba sedaya upaya..

October 2, 2011

GiveAway by anis athia

Giveaway Full House : Seluar tidur



Cute kan seluar tidur ni...Kalau tidur pakai seluar ni mesti lena kan..hehe..tak terjaga dah sampai pagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...