..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

August 17, 2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Baru ni aku ada cerita pasal Aku Menang Contest kan...Ha, kali ni aku nak tunjuk hadiah yang aku dapat dari contest tu (sila jangan jeles hehe)..aku baru je terima semalam..


Lepas dapat duit syiling edisi terhad ni, aku terus google pasal syiling ni....Kalau korang yang belum tau pasal syiling ni boleh baca kat SINI...

August 14, 2011

Aku menang Small Contest | Teka Pemilik Blog by Eyriqazz

Semalam sebelum melelapkan mata aku jengah-jengah la post-post terbaru "kawan-kawan maya" aku...tengok-tengok Eyriqazz buat Small Contest | Teka Pemilik Blog...hehe aku pun join je la..mata pun tak berapa nak ngantuk masa tu...aku pun selongkar la blog Eyriqazz.. ni jawapan aku :



Sebenarnya tak berharap sangat pun..yela, mesti ramai lagi yang lagi cepat & tepat dari aku...Tup...tup...tadi dapat tau aku menang...tak caya ek???...see... :P




hehe..tak sangka betul menang...1st time ni menang....TQ kepada tuan rumah...


p/s: Hadiah aku update kemudian ye....sebab aku baru nak bagi details aku kat Eyriqazz untuk urusan penghantaran hadiah hehe..best..best....

August 13, 2011

Kad raya..

Pagi ni dah siap tulis 5 kad raya...4 dah boleh pos, 1 lagi kena KIV dulu sebab alamat tak ada... ;P


Dah lama tak hantar kad raya cara 'lama'...hehe...sejak-sejak berkecimpung dalam teknologi ni, 'kad raya' pakai SMS je...tak pun pakai email...tahun ni saje la nak menghidupkan nostalgia dulu-dulu...hehe...

Kad raya yang aku guna ni unik sikit sebab kat luar nampak macam kad raya biasa tapi kat dalam ada kisah-kisah nabi...1 kad ada 1 kisah nabi...ada 8 siri semuanya...kreatif betul orang yang cipta kad raya ni...

p/s: Jom kita pos kad raya ... :)

August 7, 2011

Hadiah yang sukar ditafsir...

Baru ni aku dapat kad dan hadiah dari sorang student, Ameesha...Kad buatan sendiri (aku rasa la)...kat dalam kad tu ada hadiah untuk aku ( hadiah dalam kad?? )....

...kad dan hadiah...
Hadiahnya sebiji gula-gula..

Malangnya, aku tak dapat nak tafsir tulisan kat 'kad tu'...susah aku nak faham apa yang cuba disampaikan oleh budak umur 7 tahun ni...Tapi aku tetap berbesar hati menerima hadiah ni ..TQ Ameesha...

p/s: kad n hadiah ni aku dapat hari Jumaat..tapi apa kaitannya dengan 'Rabu'....

August 1, 2011

Tak nak la puasa....

Gambar :Google


Hari ni 1st day berpuasa...
Masa tengah berehat kat staff room tadi ada sorang budak year 1 datang mengadu,

"Teacher, saya tak laratlah..tak nak la puasa"

Waaa, statement yang nampak cam biasa tapi susah aku nak jawab sebab aku tak ada pengalaman handle anak-anak berpuasa...

Hehe tapi aku berjaya la memujuk & meyakinkan dia untuk berpuasa, kalau tak penuh sehari pun, dapat bertahan sampai balik sekolah pun kira baik la.. :P


p/s: macam mana ye ibu-ibu handle anak-anak supaya berpuasa ye?...yang aku tau, adik-adik aku dulu dapat 'upah'..ha3...sehari puasa, dapat seringgit...tak tau la adik-adik aku tu puasa kerana apa masa tu.. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...