Salam,
Hari ni sebagai seorang yang pernah mangsa banjir, saya nak kongsikan tips untuk menyelamatkan dokumen penting ketika banjir.
*Kepada pengumpul Tupperware :
Anda boleh menyelamatkan dokumen penting dengan menyimpannya di dalam Tupperware anda. InsyaAllah kalis air dan air pun tak dapat masuk ke dalam Tupperware. So dokumen anda tak basah.
Petua ni dikongsikan oleh sepupu saya dan sebagai seorang anak pengumpul Tupperware, saya percaya petua ni. Sebabnya semua Tupperware mak saya yang bertutup masa tenggelam dalam air memang tak masuk air. Setitik air pun tak masuk ke dalam Tupperware. Tapi pastikan Tupperware bukan TIPUware sebab TIPUware memang menakung air. Waaaa, seksa nak cuci air busuk dalam tu. Mana yang rasa teruk tu memang tak cuci dah. 'Kumpul' dalam tong sampah terus hehehe.
|
Ni baru sikit.Huhuhu |
# Boleh cuba tapi kalau tak berkesan jangan salahkan saya tau.
:::All About Our Handmade:::
::Abadikan kenangan::