..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

May 29, 2013

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adinda saya yang melangsungkan pernikahan pada 25 Mei 2013. Selamat Datang kepada "adik askar" yang baru menjadi ahli keluarga kami. Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke akhirnya. Amin.


May 23, 2013

Jom Melawat Petrosains PlaySmart Kuantan

Salam,

Hari ni hari terakhir sekolah sebelum sekolah bercuti selama dua minggu.  Sempena meraikan hari terakhir sekolah di bulan Mei ni, kami, guru - guru Tahun 1 membawa murid - murid Tahun 1 melawat sekitar bandar Kuantan.

Salah satu destinasi yang kami tuju ialah Petrosains PlaySmart Kuantan.


" Petrosains PlaySmart Kuantan ialah pusat sains mini yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai dunia sains yang hebat melalui pembelajaran yang menyeronokkan.  Pameran interaktif dan aktiviti menarik di sini membantu pengunjung menimba pengetahuan baru tentang sains di sebalik rutin seharian."



Jom layan gambar budak - budak bersukaria kat sini.  Sesuai dengan namanya, semua permainan kat sini adalah berkaitan dengan dunia sains.


Sebenarnya, saya pun baru 1st time jejak kaki ke sini ..hehe.. nama je orang Kuantan :P ..


Seriously, bawa kanak - kanak riang seramai 86 orang bersiar - siar memang memenatkan.. :P



25 - 26 Mei 2013 akan diadakan Karnival Matematik kat sini. Sempena cuti sekolah ni bolehla bawa anak-anak ke sini dari 9:00 a.m. hingga 5:00 p.m. .. Percuma je.



Sesiapa yang teringin nak melawat bolehlah berkunjung ke sini :

Petrosains PlaySmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Tel: (09) 534 2290 
Emel : psmartkuantan@gmail.com


Selamat Bercuti kepada sesiapa yang bercuti..  :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...