..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

January 31, 2011

dari KuanTan ke PerLis....

Baru teringat nak update aktiviti masa cuti sekolah baru ni...Lama dah tuuuu..Dah 'setahun' hehe..Layan je gambar-gambar ni....

......warna tema aku masa cuti: pink hahahaha

@MeGaMALL,Kuantan,Pahang
~macam-macam aktiviti aku & adik-adik aku masa ni..kejap berangan jadi Datok Siti Nurhaliza, kejap berangan jadi Shalin Zulkifli....jadi minah rempit pun adaaa....ish..ish..ish..

@PaDang BeSar,Perlis
~jalan-jalan cari pasal kat Padang Besar..syurga shopping bagi orang-orang yang jarang jejak kaki kat sini..hehe...Sempatlah aku grab 2 helai baju .. ;p

@Gua KELam, Perlis
~masa ni aku adik-adik aku cuma dapat berkeliaran kat luar Gua Kelam je..Maklum la, masa ni baru lepas banjir..so diorang tutup kawasan dalam gua tu untuk kerja-kerja pembersihan..sayang betul tak dapat masuk dalam gua..huhu...tak apa, lain kali aku datang lagi..Gua Kelam , wait for meee.....

@ Kg. PadanG maLau..kampungku tercinta...
~ni la kampung aku.. tempat asal mak aku...rindunya aku kat kampung....kenangan paling best masa ni...merempit ngan basikal...best sebab adik aku tukang kayuh basikal..aku syok menghirup angin sepoi-sepoi bahasa hehehehe....

p/s: asyik-asyik muka aku je dalam gambar kan ..hehe ..aku memang gila bergambar...

January 24, 2011

Bila budak pergi sekolah....

Hari ni masuk minggu ke 4 sesi persekolahan 2011.  Tapi baru minggu ke 3 aku mengajar sesi pagi.  Aku sempat mengajar sesi petang 1 minggu je, pastu terus aku kena ngajar year 4... dan juga year 1 yang sangat-sangat menguji kesabaran aku huhuhu.....

Sepanjang 3 minggu lebih ni, macam perangai budak-budak yang aku jumpa especially year 1.  Ada beberapa 'kes' kisah budak-budak ni yang aku nak kongsikan...

KES 1
Ni kes masa mula-mula aku ngajar tahun ni, masa tu sesi petang lagi...Adalah sorang budak year 2 terkial-kial pegang seluar.  Rupa-rupanya tak reti kancing seluar....
Hmmm.....

KES 2
Kes ke 2 pulak masa minggu transisi. ZR (bukan nama sebenar) tiba-tiba je menangis masa kat dewan.  Ni memang nangis meraung-raung, bukan teresak-esak tau.  Terkejut badak aku masa tu.  Terus jalan laju-laju (jalan je la, walau dalam keadaan apa sekalipun, kena control ayu hahahaha) pergi kat budak tu.  Hidup-hidup aku ingat dia luka.  Aku pun tanyala kat dia:

   Cikgu : Kenapa ZR?  Awak sakit ke?


Tau apa kawan-kawan dia jawab?..
  "Dia nak g tandas, cikgu..."


Adoiiila....sakit jantung aku dibuatnya.  Sepanjang 1 jam masa aku tu, 2 kali dia meraung nak pegi tandas...tp yang aku heran bin ajaib tu, lepas pegi tandas, elok ada je dia bersukaria, menyanyi ngan kawan-kawan...Ceh....


KES 3
Masih lagi pasal ZR tadi.. Satu hari tu aku suruh dia mewarna..tapi agaknya dia malas hari tu..Habis semua gambar jadi hijau sebab dia guna 1 kaler je.  Aku pun apa lagi, sambil menguatkan suara;

"Ya ALLAH, abang ni apasal la malas sangat ni?"...
 (Aku memang suka panggil students aku kakak & abang hehe...)

Aku pun teruskan perjalanan aku me'round' kelas nak cek kerja budak-budak lain plak..
Tiba-tiba aku dengar suara orang meraung...Apahal pulak ni..
Rupa-rupanya ZR nangis sebab dia ingat aku marah dia...Laaa hai, manja betul anak mak sorang ni...

KES 4
Ni kes siang tadi...Tiba-tiba ada sorang budak laki year 1 datang kat aku...

"Teacher, tolong ikat tali kasut saya"... 

Ish..ish..ish....haru tul la budak-budak ni....
Tu baru nak masuk 4 minggu kat sekolah...Nak tunggu setahun, confirm macam-macam ada.  Agaknya cikgu-cikgu yang dah lama mengajar boleh buat berjilid-jilid buku pasal budak-budak ni..

Tapi.....walaupun kerenah diorang ni kadang-kadang memeningkan kepala...aku tetap suka jadi cikgu..Harap-harap aku mampu jadi cikgu yang bertaraf PENDIDIK..insyaALLAH... ;)

January 23, 2011

Hasil Kerjatangan...

Ni la 3 jenis pasu yang aku buat sepanjang tahun lepas..ada 1 lagi jenis bakul leper, tapi pasu tu tak sempat 'berposing'..hehe mak aku dah jual kat orang..tahun ni 1 bakul pun aku tak buat lagi..nak buat macam mana, penyakit MALAS aku ni tak dapat di bendung...

Sebenarnya pasu aku tu biasa je..Tapi 'bunga-bungaan' tu yang buat pasu tu cantik (cantik pada mata aku la ;p)

Aku suka bunga-bunga kat pasu ni.  Pandai kak long gubah. Kalau aku la yang gubah, mesti dah jadi benda lain hehe..


Pasu kecik ni paling senang dan cepat aku siapkan.


Bakul ni aku buat guna acuan tong sampah.  Tu pun aku rembat tong sampah adik aku (Hehe bising dia sebab aku selalu curi tong sampah dia). 


Buat pengetahuan korang, gubahan bakul-bakul ni bukan aku yang buat.  Cousin aku (kak long) yang gubah.  Aku tak kreatif dalam bab gubah -menggubah ni.. Aku cuma pandai buat bakul je.  Itu pun tak berapa pandai betul hehe...

....Bilalah aku nak jadi rajin ni????.....



January 3, 2011

Jom p sekolah....

Hari ni hari 1st sesi sekolah 2011...Macam tahun lepas, tahun ni aku ajar sesi petang jugak..So pagi-pagi macam ni bolehlah aku bergolek-golek kat rumah hehe..

Tahun baru, azam baru, kena ajar subjek baru hehe...Rasa macam excited je nak masuk kelas (harap-harap semangat ni kekal sepanjang zaman ;p)..Tahun ni aku pegang kelas lagi...Tapi naik '1 tingkat', year 3 pulak..tahun lepas, year 2..Tapi budak-budak ni ramai yang aku dah kenal..anak murid aku tahun lepas..adalah berapa kerat yang aku tak berapa kenal..

Tahun baru, azam baru..Apa azam baru aku ye..hehe jawapan klise, "nak buat/jadi lebih baik dari tahun lepas"(ceh,dah bertahun-tahun azam macam ni)...tapi betul la kan..mana ada orang nak jadi lebih teruk...Biarlah hari ni lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ni...

Kepada cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar kat Malaysia ni, aku ucapkan "Selamat balik ke sekolah!!!!" hehe...

Jom p sekolah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...