Salam,
Kembali bersiaran selepas ditenggelami air..
Macam ni la keadaan rumah kami pada 4 Disember 2013, lebih kurang pada 10:00 a.m. Banjir kali ni lebih teruk dari banjir yang kami alami pada 2001.
Sekali tengok macam rumah kami ni dibina dalam sungai daaaa...kereta pun tenggelam. Nampak bumbung je. Motor toksah cakap la. Tak nampak bayang terus.
Nenek saya cakap, orang tua - tua percaya kejadian macam ni berlaku dalam kitaran 12 tahun. Sebelum ni banjir ni berlaku tahun 2001. Selepas 12 tahun, 2013. Akan datang , mungkin 2025, Wallahualam. Rahsia ALLAH kita tak tau. Itu cuma cakap - cakap orang tua - tua.
Source : FB
Source : FB
# penat wehhh.. dah beberapa hari dok mencuci dan membersihkan tinggalan banjir..huhuhu..
:::All About Our Handmade:::