..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

October 8, 2012

Selamat bersara Bonda

..Salam 1 Malaysia..



..Setelah lebih 30 tahun menabur bakti mendidik anak bangsa, pada Jumaat ( 5 Oktober 2012) bonda telah menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam secara rasmi..Selamat bersara diucapkan kepada bonda tercinta..Jasamu dikenang :) .. & pada hari ni genap usia bonda 56 tahun..maintain cun lagi..Selamat menyambut ulangtahun ke 56 tahun..Semoga mak dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yang baik.  Amin..



Sayang mak sangat - sangat .. 

October 7, 2012

Pizza yang GEBU

Malam tadi kami dinner dengan piza buatan sendiri.  Senang je cara nak buat.  Tapi bukan resepi aku, aku pinjam resepi orang lain :P ..

Untuk resepi doh piza yang lembut lagi gebu, aku tengok kat blog Mat Gebu .. Aku memang suka terjah blog ni, sebab banyak menu best lagi sedap.

Resepi Doh Piza
Sumber : Mat Gebu

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) - yang ni diabaikan
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur


Cara buat doh :
Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 

 Aku tak ada BREAD MAKER.  So uli manual je la.

Untuk topping aku buat simple je.  Resepi topping pun aku tengok kat blog Mat Gebu . Cuma aku buat simple je.

Sosej - dihiris serong
Mayonis
Keju Mozarella yang HALAL - susah betul nak cari keju yang bertanda HALAL kat sini
Sos Tomato

Doh yang kembang semangkuk tu bahagi dua bahagian.  Canaikan dalam pan piza.  Guna loyang pun boleh.  Pastu susun je bahan topping tu..
Mula - mula sapu mayonis, lapisan ke dua sapu sos tomato secukupnya.  Baru la susun sosej n last sekali tabur keju mozarella..aku beli yang dah siap parut untuk menyenangkan kerja aku..hehe. Last skali Mat Gebu cakap, kena bakar dalam oven suhu 190 C selama 20 - 25 minit.

Tadaaa....

Pizza
Pizza yang dah sedia untk di ngap...hehe

Resepi ni sebagai rujukan untuk aku di masa akan datang.  Sebenarnya dah banyak kali buat dah.  Rasanya menurut family aku SEDAP..Sedap dimakan masa panas. Tak rugi kalau nak try. Bukan susah pun.  Nak lagi senang, terjah je blog Mat Gebu .


October 3, 2012

AinMaisarah | Cinderellah vs Rapunzellah

Salam petang Rabu..Dah lama tak mengupdatekan blog..Sejak 2 -3 menjak ni mood untuk menaip tersangatla kureng.. :P ..

Sempat bergambar lagi tu..hehe

Semalam, novelis AinMaisarah datang ke sekolah untuk promo novel.  Aku tau pasal dia pun sebab aku pernah baca karya dia Jutawan Gedik kat Berita Harian.  Novel AinMaisarah ni kalau tak silap aku banyak berkisar pada life teenagers.  Macam aku ni dah tak sesuaiiii..Ha3..Tapi disebabkan gatal nak buku yang diautograf oleh AinMaisarah, aku beli jugak la buku Cinderellah vs Rapunzellah ni..Bukan apa, sebagai tanda sokongan untuk novelis kita :P ..

Lagipun , best jugak sesekali berada di alam dongengan ni..AinMaisarah cakap, buku ni memang macam cerita di alam fantasi..Alaa, macam cerita Cinderella , Rapunzel tu la..Bagi ibu - ibu yang ada anak yang remaja dan sedang meningkat remaja, boleh la beli novel - novel AinMaisarah.. :).. Tak rugi didik anak - anak supaya rajin membaca kan..


p/s: Masih cuba sedaya upaya untuk merajinkan diri :P..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...