..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

March 31, 2011

Budak baru ke?

Tadi aku belek - belek kerja sekolah anak - anak murid aku tahun 1..Aku nak masukkan hasil kerja diorang ni dalam fail kat kelas esok (Kalau sempat la hehe)..Tiba - tiba aku terperasan satu nama yang aku tak pernah dengar pun..LURHAHS.M..Pelik gak aku, budak baru ke..Tapi setahu aku la, memang tak ada budak baru dalam kelas 1 Bijak ni...Angol palak mek... ;p


Dua tiga kali pandang baru la aku perasan...Budak ni tulis nama dia terbalik..tulis dari belakang..Patut la pelik je nama ni..hehe...Ni mesti kes tulis nama ikut name tag kat badan ni ..Name tag kan lekat kat baju, confirm la ejaan jadi terbalik..Ish..ish ..ish haru tul la...

March 18, 2011

Esok sekolah....hhmmmm

Gambar ni pinjam kat En.Google

Esok, aku kena g sekolah walaupun cuti sekolah....TIIIDAAAAKKKKKK....

Aku memang cukup malas nak pergi sekolah masa cuti sekolah..tapi nak buat macam mana...nak tak nak kena la pergi jugak...Aku kan, "Saya yang menurut perintah"...

Esok kitorang ada mesyuarat PIBG....ish..ish...ish..nape la buat mesyuarat masa cuti...kesian kat aku ;p ...

Eh, tulat dah mula sekolah???....Hehe kerja sekolah pun tak siap - siap lagi ni ;p ....

March 16, 2011

Gempa bumi kuat dikesan di pantai timur Honshu, Jepun

Source :Utusan Malaysia Online - Terkini


16/03/2011 2:07pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan di pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 11.52 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran itu berlaku kira-kira 4,037km dari timur laut Kudat, Sabah.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai. – Bernama

_________

Let's pray for ALL ....

March 14, 2011

Aku budak baru belajar...

Hari ni disebabkan kebosanan tahap gaban aku telah berjaya men'sign up'kn diri di Twitter hehe...Cam poyo je kan..Orang lain dah naik bosan ngan twitter, aku plak baru terhegeh - hegeh nak join ;P...

Kenapa aku bosan??..Ntah la..sebab sekolah cuti kot ;p...Eh, bukan aku tak suka sekolah cuti..SUKKAAAAA....Actually banyak benda yang aku nak buat cuti ni, tapi semua berlegar-legar secara teori je dalam otak ni...Praktikalnya belum lagi terlaksana hehe...

Aku pun tak reti sangat nak guna benda ni...Aku kan budak baru belajar (budak lagi ke aku ni??)... ;p
Memang confirm baru belajar sebab aku cuma follow sorang je iaitu Cik Yanie... Nanti la aku jejak kasih kawan - kawan kat twitter ni...



Agaknya , Dato' Lee Chong Wei ada twitter tak?..Nak gak aku follow dia sebab menang All England semalam...Aku tengok TV, Dato' sengih sampai ke telinga masa terima hadiah hehe....Tahniah Dato' ...



....Hmmm apa aku nak buat pas ni ye??.....

Rakyat Malaysia Paling Tinggi Bazir Air di Asia Tenggara

Source: Rakyat Malaysia Paling Tinggi Bazir Air di Asia Tenggara | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Source: iluvislam.com
Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. "Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yangmembawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang. "Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah besar pembaziran air yang dirawat," katanya.
Karnival sehari dengan tema '1Hijau 1Komuniti' yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.
- Kuala Lumpur, 13 Mac 2011

March 6, 2011

Kongsi Resepi

Siapa suka masak, angkat senduk..hehe...
Ni aku nak share something..bukan nak kongsi resepi, tapi nak kongsi tempat mencari resepi @ belajar masak...Aku pernah try 1 resepi kat sini, sedappppp.....Kalau korang memang gila memasak, haa ni la tempat yang sesuai untuk korang 'melepak' hehe....

Nak resepi baru?...Try la resepi kat myresipi.com

March 5, 2011

Cikgu-cikgu, Fauziah Nawi dan Azwan Ali

Baru-baru ni aku attend 1 workshop untuk cikgu-cikgu bertuah kat Balai Berita NSTP (2-4 Mac)..Kesian anak murid aku kena tinggal, tapi aku yakin dan percaya mesti diorang seronok giler aku tak ada kat sekolah...Confirm la kan, 3 hari tak belajar ;p ....


Workshop ni sebenarnya nak membuka mata dan minda cikgu-cikgu macam aku ni untuk guna New Straits Times dalam class...Banyak input, ilmu yang aku dapat dari workshop ni..I'm lucky to be there even aku cuma 'backup' (kata cikgu Mahadi) untuk kawan aku yang tak dapat pergi...Aku g sana ngan kereta..Kawan aku drive, so aku menumpang la ...;p


Kat sana kitorang cikgu-cikgu ni stay kat Hotel AnCasa...1st time aku dengar nama ni hehe..Maybe sebab aku memang kurang g 'melawat' hotel-hotel kat Malaysia ni..

Aku ingat hotel ni tak glamer, rupa-rupanya artis pun tidur kat hotel ni tau..haa, kat sini la ku jumpa Fauziah Nawi...Kenal tak Fauziah Nawi?..Meh sini aku tunjuk gambar dia...


Aku terpaksa la letak gambar ni sebab aku tak sempat nak amek gambar ngan dia..Mana taknya, aku ngan kawan-kawan aku jumpa dia ni dalam lift..hehe...tapi sempat la berborak ngan dia..bukan aku la yang berborak..aku kan pemalu..aku tukang dengar je..hehe Fauziah Nawi borak ngan kawan aku ;p ...

Masa breakfast semalam pulak kitorang terserempak ngan Azwan Ali..Kalau aku la, memang aku takkan tegur Azwan Ali ni..Aku kan pemalu hahaha...Kawan aku yang tegur, mintak nak bergambar...dia ok je...Diorang ni sebenarnya ada rakaman..Rancangan terbitan Azwan Ali la...Tapi aku dah lupa nama rancangan tu (Hehe Fauziah Nawi sendiri pun tak ingat)..

Ni gambar aku ,kawan aku ngan Azwan Ali...Agak-agak korang cam aku tak???....


Aku rasa kawan aku sengaja nak sabotaj gambar aku ngan Azwan Ali..saja je dia amek gambar tak cantek waaaaaaa........


Habis je course semalam, kitorang g pusing-pusing kat KL jap...Biasala...g melawat tempat-tempat shopping hehe..tapi aku takla memborong pun...tengok-tengok je..aku tak reti sangat bab-bab bershopping ni...hehe kena ada tukang ajar hehehehe.....

Kitorang keluar dari KL dah petang..dalam kul 6 lebih kot...Tengah malam baru sampai kuantan sebab singgah kat Bentong jap..jumpa adik angkat kawan aku...huhuhu penat masih terasa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...