Last week aku turun Melaka. Best gilerrrr. Aku ngan sahabat-sahabat sehidup (
semati tak bolehla sebab ajal maut, DIA yang tentukan) aku buat gathering kat sana. Kitorang stay kat Garden City (
ni aku tolong promote Garden City, FREE je). Korang jangan tertipu dengan luaran bangunan ni tau. Walaupun luarannye begitu, kat dalam selesa dan berbaloi-baloi bagi kami hehe. Serius, aku tak tipu.
~Luv u aLL~ Ni la ahli-ahli mesyuarat tingkap dari dulu, kini dan InsyaALLAH selamanya.
First Day :
Tanggal 3 April 2010, lebih kurang pukul 1.00 pagi, bermula perjalanan aku ke JB dengan menaiki bas ekspres ***** (
bukan bas sebenar). Cuak giler masa aku tunggu bas. Maklum la, bila aku pandang kiri kanan, yang menunggu bas tu semuanya kaum ADAM. Nyaris-nyaris aku nak balik. Nasib baik la ada sorang minah ni turun bas sebab dia nak g 'bilik kecik', baru la aku tau yang I'm not alone hehe. Sebenarnya ada ramai lagi awek-awek atas bas tu. Diorang naik dari negeri jiran hehe.
Atas bas, aku tido sampai la ke Johor. Masa aku terjaga tu, aku pandang jugak kiri kanan nak tengok tempat nostalgia aku jatuh longkang (kat Sri Putri), tapi aku tak boleh nak cam langsung. Dah la dah lama tak turun JB, mamai baru bangun tido pulak tu.
Aku sampai Larkin dah pagi. Duk la melangut kat Larkin kejap sambil ditemani oleh orang yang tak diundang. Tension tul la. Tapi, bila Ikin sampai dengan *tut* sambil ditemani oleh En.Tunang, hilang tension aku. Hehe..rahsia tetap rahsia Kin.
On the way nak g umah Kak Long, kitorang singgah beli nasi lemak kat taman ape ntah. Punye la berjanggut (
w,pn aku takde janggut) nak tunggu nasi lemak 6 bungkus siap. Ish..ish ...ish....nasib baik sedap.
Aku tak ingat kul berapa aku bertolak dari JB ngan KL n family serta Ikin n En.Tunang. Yang aku ingat, lebih kurang 2.30 petang kitorang sampai di Garden City dan disambut oleh Ct, Eqah, Wisy n tak lupa juga bibik. Sal n hubby sampai tak lama kemudian setelah sesat bersama-sama
google mapnya. Maka bermulalah sesi yang telah lama ditinggalkan iaitu......
Sesi gosip.Ni sesi yang pertama. Hehe tengah gelakkan Sal (yang nampak tangan je tu). Ni 1st time ammar n wisy join gosip kitorang.
Lunch, kitorang makan makaroni eqah, kek pisang Tesco Ct (sila lihat gambar di sebelah), kek coklat kaklong, n keropok yang digoreng oleh Ikin (masa ni aku jadi mandur je hehe). Tapi aku kempunan nak makan pisang goreng yang nak dibeli oleh Sal.
Disebabkan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan, kitorang terpaksa postpone pertandingan renang berirama kat kolam.
Dinner kat Umbai. Otak-otak kat sini memang menggamit nostalgia aku kat otak-otak Restoren Noor. Dua orang lagi tengah pilih lauk aku rasa. Hehe aku tunggu makan je.
Sebelum sampai kat sini, aku ingatkan Umbai tu nama kedai makan, rupa-rupanya nama tempat. Buta Geografi betulla aku ni. Tapi xpe, ada lagi 'orang' yang senasib dengan aku. Best makan kat sini. Harga pun OK bagi aku.
Lepas makan, kitorang naik bot kat 'Venice' hehe....
Ni masa nak naik bot kat Melaka River Cruise. Tambang RM 10 je.
Ni wajah-wajah ceria masa dalam bot.
On the way balik, nampak fireworks show. Canteekkk. Tapi kesian burung-burung kat atas pokok. Aku rasa semua spesis burung terkejut beruk masa tu.
Sesi gosip kedua malam tu tak cukup korum. Maklum la masing-masing dah penat. 1st day berakhir dengan jayanya.
Second Day (merangkap
Last Day. Hehe aku pegi sana 2 hari je):
Pagi-pagi lagi dah ada 'orang' yang bersemangat nak mandi kolam. Alasannya, "anak suka air". Ala, macam la orang tak tau, maknye yang teringin beno nak mandi kolam hehe. Kan, kan???
Ni la rombongan 'che kiah' nak mandi kolam. Siap bawak 'kapal biru' lagi.
Aksi-aksi di kolam. Banyak lagi gambar-gambar yang kalau editor majalah *tut* nampak mesti nangis punye. Aksi-aksi kitorang kat kolam ni lagi hebat dari majalah dia tau.
(Gambar diedit oleh Kak Long menggunakan Adobe Photoshop ;p)
Masa kat kolam ni la paling bes bagi aku. Aksi-aksi kat slide tu kalo diingat memang aku boleh gelak guling-guling. Mana tak lawak, ada part kitorang kena marah dengan 'budak sunlight' sebab menyemak kat slide tu. Tak sedar diuntung betul budak tu. Kalau kitorang tak slide dulu, konpem diorang tak tau apa kegunaan benda biru tu. Tu tak termasuk aksi "kanak-kanak riang" lagi......
To Kak Long, Eqah, Sal, Ct n Ikin, TQ very2 much.
Even tentatif program gath6 ni tak segah mana, tapi aku tetap puas hati. Bagi aku, kalau dapat jumpa insan-insan yang disebutkan di atas ni, duk bergosip seharian dalam bilik pun aku dah seronok.
Dulu-dulu kitorang berENAM je. Sekarang dah 6+ + +. Reunion akan datang, memang kena sewa banglo kan Ct? Hehe...
Sebelum balik kitorang singgah lunch kat Restoren Asam Pedas (
sori, full name aku tak ingat). Makan kat sini best, tapi lagi best sebab KL belanja hehe...
Malamnye, aku bertolak ke Kuantan pukul ~ 8.45 mlm. Thanx to Ikin n En.Tunang sebab hantar n tunggu aku sampai naik bas kat Sri Putri. Bas gerak, aku pun tido. Punye la penat bersuka ria sampaikan bas dah berhenti kat terminal Kuantan pun aku tido lagi. Nasib baik, pakcik drebar bas kejut aku.
"Dik, bangun..kite dah sampai". Dengan ayat tu, aku pun melangkah turun dari bas tanpa menoleh ke belakang lagi. Hehe aku la insan terakhir turun dari bas (
tak termasuk drebar bas la).
Moral of the story:
Reunion memang best.