..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

November 29, 2016

Day 3 | Chia Seed dan Daun Rerama

Assalamualaikum.

Hari ni hari ke 3 saya dan myHubby amalkan pengambilan chia seed. Tapi untuk myHubby saya tambah daun rerama. Sebab mak saya bagitau, daun ni bagus untuk orang yang ada resdung (dengan izin Allah). MyHubby memang kuat resdung.

Kawan - kawan saya ramai yang amalkan chia seed untuk kurus. Tapi saya makan chia seed untuk sihat bukan untuk kurus. Sebab kawan - kawan saya cakap, saya memang dah kurus hihi..

Chia seed dan daun rerama berenang -renang dalam botol air myHubby

Mesti ada yang tertanya - tanya kan kebaikan mengamalkan chia seed ni. Dari apa yang saya baca, memang banyak faedah mengamalkan chia seed ni. Antaranya: 

ni saya CnP

5x ganda lebih Kalsium daripada susu
7x ganda lebih Vitamin C daripada buah Oren
 2x ganda lebih Antioksida berbanding buah Blueberry
3x ganda lebih Zat Besi daripada Bayam
8x Ganda lebih Omega 3 daripada Ikan Salmon
Sumber : ChiaSeed
(saya tiada kaitan dengan kedai ni tau, saya tak jual chia seed..saya pun beli dari kawan)


Boleh google untuk info lanjut. hihihi malas nak menaip.

September 16, 2016

Perap Daging Korban

Assalamualaikum..

Malas nak taip panjang - panjang..Kali ni jenguk blog sebab nak tempek benda ni ..untuk rujukan di masa hadapan hihi..

Esok MyHubby nak makan daging bakar..so sebab saya tak pandai nak marinate daging, saya minta bantuan Mr. Google..

Ni bukan resepi yang saya dapat.. sebab saya tak ikut 100%..saya ikut suka je hihi..ni resepi yang saya buat.

Bahan Perapan

5 ulas bawang putih + 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
1 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar olive oil

Gaul sebati semua di atas..pastu perap la daging korban tadi..

Sedap ke tak? Ntah, nanti esok saya update..sebab esok baru boleh makan..saya perap semalaman..tapi Mr.Google bagitau tadi lepas sejam dua dah boleh bakar..



Sekian..

::: Photo Book:::



March 21, 2016

Kangkung Goreng MIL | Menu Istimewa Anniversary

Assalamualaikum..

Hari ni nak tempek menu istimewa sempena anniversary hihi..

Kangkung goreng versi mak mertua.

Resepi nanti saya update hihi..anakanda memanggil dah tu..

::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

March 18, 2016

Happy Birthday Aki & Una | Beg Crochet Tokma

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni ter'rajin' nak update blog. Aki ngan MyBaby Husna berkongsi bulan kelahiran..bulan Mac. Tahun ni aki celebrate birthday dengan Husna. Tiap- tiap tahun kami tak buat sambutan birthday besar-besaran. Biasanya beli kek dan keluar makan 1 family. Tahun ni pun macam tu jugak.

Kek dari Secret Recipe..kek favourite sepanjang zaman ni hihi..


Malamnya kami dinner di Ana Ikan Bakar Petai.


Beg crochet ni hadiah dari Tokma..Tq Tokma..

Selamat ulangtahun yang ke 61 untuk aki dan yang pertama untuk husna..Sayang Selalu.







::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

August 16, 2015

Terung hasil berbudi pada Tanah

Salam,

Hari ni nak tunjuk hasil berbudi pada tanah. Haa, dapat makan terung fresh dr pokok. 


Untung kan kalau rajin bercucuk tanam. Jimat pun jimat hehe. Malangnya tangan saya 'panas', tak sesuai nak tanam pokok nanti mati (alasan orang malas sebenarnya).

Terung ni bukan saya yang tanam tapi mak mertua ;p. Untung sayaaaaa hehehe.


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

August 2, 2015

Mungkinkah susu rasa DURIAN?

Salam,

Pernah dengar tak orang dulu-dulu cakap kalau baby menyusu badan, "baby makan apa yang mak makan?". Saya tak tau sejauh mana kebenarannya, tapi semalam saya telan 7 ulas durian err maybe sembilan ulas kot. Memang tak sedar diri. My Baby memang menyusu badan. Malam tu dia tak boleh nak tidur. Badan My Baby panas. Badan ummi tak plak panas. Saya terpikir, mungkin sebab durian tu kot. Kesian dia tak lena tidur. Alhamdulillah, pagi esok tu panas badan dia beransur- ansur kurang. 


Conclusionnya, saya rasa cakap-cakap orang tua tu ada betulnya.My Baby, Ummi minta maaf ye. Lepas ni ummi tak buat lagiii..




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

July 27, 2015

Merawat Selsema My Baby

Salam,

Semalam my baby start bersin - bersin. Dalam usianya 4 bulan lebih ni, first time my baby macam tak sihat. Ummi risau, so whatsapp la kawan- kawan tips nak kurang kan selsema. 

Pukul 3 pagi ummi bangun buat minyak bawang putih ni. Senang je. Campur baby oil dengan bawang putih. Lepas tu, lumur kat tapak kaki, then pakai socks.



Yang ke 2, kawan ummi cakap, lumur baby oil kat ubun-ubun. Ummi lumur sampai berleming hikhik. Sampai Mama ( babysitter my baby) tanya, baby mandi ke pagi-pagi hehe.

Kita tengok cam mana progress petua ni. Kita cuma berusaha kan, yang menyembuhkan hanya DIA.



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

June 11, 2015

Bawang Putih vs Bawang Merah

Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. 

Salam hari Khamis.





::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 25, 2015

"Sorry sebab buat abang marah.."

Suami saya marah bila saya clearkan meja ni dari segala macam khazanah dia yang bertaburan kat atas meja ni.

Suami saya cakap, susah dia nak cari barang. Letak atas meja senang nak jumpa..

Hmmm, walaupun saya ni memang tak berapa rajin mengemas tapi semak mata la tengok barang bersepah - sepah atas tu..

"Sorry sebab buat abang marah.."




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 29, 2014

..Kisah baru bermula..

Salam,

Hari ni secara rasminya menjadi surirumah separuh masa. Hehe sebelum ni tinggal asing- asing walaupun ada rumah sendiri. Suami kat lain, isteri kat lain. Alhamdulillah, permohonan bertukar tempat kerja diterima. Disebabkan sekarang musim cuti sekolah, si isteri yang bercuti pun melangut tak tau nak mulakan 'kerja rumah' dari mana. Almaklumlah, sebelum ni dok ngan mak abah :p..

Ok la, nak sambung termenung lagi..hehehe


Sumber dari facebook.





::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 14, 2013

..dah rosak..

Assalamualaikum,

Salah satu kerosakan yang berlaku akibat banjir. Waaa sedihnyaaaa. Habis rosak photobook saya.
 

# ......



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 10, 2013

Sungai Isap | Rumah dalam sungai..

Salam,
Kembali bersiaran selepas ditenggelami air.. 

Macam ni la keadaan rumah kami pada 4 Disember 2013, lebih kurang pada 10:00 a.m. Banjir kali ni lebih teruk dari banjir yang kami alami pada 2001. 
Sekali tengok macam rumah kami ni dibina dalam sungai daaaa...kereta pun tenggelam. Nampak bumbung je. Motor toksah cakap la. Tak nampak bayang terus. 




Nenek saya cakap, orang tua - tua percaya kejadian macam ni berlaku dalam kitaran 12 tahun. Sebelum ni banjir ni berlaku tahun 2001. Selepas 12 tahun, 2013. Akan datang , mungkin 2025, Wallahualam. Rahsia ALLAH kita tak tau. Itu cuma cakap - cakap orang tua - tua.

Source : FB


Source : FB

# penat wehhh.. dah beberapa hari dok mencuci dan membersihkan tinggalan banjir..huhuhu..



:::All About Our Handmade:::

July 12, 2013

Crochet Brooch untuk Raya

Salam Ramadhan al Mubarak kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa,

Hari ni hari ke 3 kita berpuasa. Tapi saya bukan nak bercerita pasal puasa sebenarnya. Ni saya nak tunjuk crochet brooch hasil kerja tangan mak saya :). Saya memang tak pandai mengait. Dah berapa kali belajar pun tak pass lagi hehe. Saya cuma berjaya menghasilkan 'tali air' je.




Ni semua untuk tempahan. Sesiapa yang nak order boleh la bagitau saya. :)



June 17, 2013

Pixajoy | Photobook Murah - murah

Salam,

Hari ni teruja lagi tengok promosi photobook dari Pixajoy ni. :P



Pixajoy kerap juga buat promosi macam ni. Setakat saya berurusan dengan Pixajoy ni, saya puas hati dengan kualiti my photobook. Ni tengok promosi ni, macam teruja pulak nak order lagi..hahaha..

Sejak dua tiga menjak ni, saya malas betul nak g cuci gambar kat kedai. Agaknya dah beribu keping gambar dah tersimpan dalam laptop ni. Risau juga kalau tiba-tiba 'hilang' ditelan virus. Sebab tu saya suka order photobook. :)

Kalau nak tau lebih lanjut, klik kat bannner ni.



# tengah berkira-kira nak letak gambar mana dalam photobook ni ..

May 29, 2013

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adinda saya yang melangsungkan pernikahan pada 25 Mei 2013. Selamat Datang kepada "adik askar" yang baru menjadi ahli keluarga kami. Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke akhirnya. Amin.


March 29, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi | Baju saya la!!

Salam,

Ni kisah hari Isnin masa saya menonton Slot Akasia : Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Ala, drama yang ada Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Fauziah Gous, Shah Jazli eh Shah Jazle a.k.a Shahrizal tu. Makcik ni pakai baju sebijik cam baju saya yang dibeli di Padang Besar.. Hahaha..

Tengok..tengok..sama kan..kan..kan..


Baju tu bukanlah dipakai oleh pelakon utama.. hahaha..Tiba-tiba rasa cam lawak plak..hehehehe



# Episod last drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi akan ditayangkan hari Isnin nanti..



March 25, 2013

Jom ke Padang Besar, Perlis

Salam,

Jom, hari ni saya bawa 'berjalan-jalan' di Padang Besar (Padang Besaq ikut loghat utara hehe) .


Apa yang ada di Padang Besar?


Macam biasala, kalau nak dapatkan harga murah kenalah bermulut manis a.k.a pandai tawar menawar dalam loghat utara. Lagi bagus kalau pandai kecek Siam. Kalau tak salah saya, majoriti peniaga sini asal dari seberang sana.


Gambar-gambar ni cuma menggambarkan kurang 10 peratus daripada barang-barang yang dijual di sini. Cheq malas nak snap gambar cam tourist :P .


Setiap kali saya balik kampung, Padang Besar adalah salah satu destinasi wajib untuk diziarah. Tapi walaupun selalu pergi, saya bukanlah kaki shopping cadar, periuk belanga, baju-baju mahupun brooch. Barang wajib saya beli cuma bepang, asam dan kacang tumbuk.. Hahaha..Sila google sendiri untuk maklumat lanjut :P

March 21, 2013

SPM | Tahniah Abang ...

Salam,

Post ni untuk semua pelajar yang dapat result SPM hari ni especially adik saya yang kami panggil 'Abang' .

Firstly, tahniah untuk semua. Banyak A atau tiada A, bersyukurlah. Tahniah kerana anda dah berusaha sebaik mungkin. Bilangan A hari ini tak menentukan siapa kita hari esok. Yang penting, usaha + doa + tawakal kita tak berhenti di sini. Esok masih ada

Kepada 'Abang' , tahniah sebab dapat banyak A walaupun kurang 1A. Nanti angah belanja 'Abang' cendol kat pasar malam..hikhik..Cuaca panas ni sedap makan cendol :P.

Semoga usaha 'Abang' bukan hanya untuk SPM. Semoga esok menjanjikan masa depan yang lebih besinar-sinar untuk 'Abang'. Semoga hidupmu sentiasa dipermudahkan. Amin.

Mmuaahh..Adik saya yang baik hati hikhik..

February 25, 2013

Pokok mengeluarkan 'BURUNG'

Salam,

Pokok ni mengeluarkan burung yang comel.


Macam burung kan. Siapa tau nama pokok ni? Boleh bagitau saya. Dah lama nak tau, tapi tak juga tau :D ..


Pokok ni mak saya yang tanam. Tapi dia pun tak tau nama sebenar pokok ni. Kami cuma panggil POKOK BURUNG je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...