..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts

October 13, 2013

Tahniah dari SHELL HELIX



"Tahniah sim kad anda telah meraih HADIAH PERCUMA RM19 000.00 dari SHELL HELIX NO PIN 552299 sila call ditalian 0178950060 www.win-shell.com"  
~From 0128612189~

Apa istimewanya sim kad saya sampai SHELL nak bagi RM 19 000.00 ? Mesti ramai yang pernah dapat sms macam ni kan...

September 16, 2013

Kicap punca luka hitam?

Salam,

"Jangan makan kicap, nanti luka buruk, jadi hitam". Saya selalu dengar orang tiua-tua cakap macam tu. So benda yang sama dah disetkan dalam minda saya. "Makan kicap, luka hitam". 


Betul ke kicap punca luka hitam? Info ni saya dapat dalam Harian Metro 15 September 2013.

Mitos : Makan kicap ketika ada luka pembedahan, kudis atau nanah boleh menyebabkan bekas luka berkenaan menjadi hitam.

Fakta: Tiada kaitan antara warna makanan dengan bekas luka dan makanan yang diambil kerana apa yang kita makan meresap ke dalam darah melalui perut dan usus. Ia tidak memberi kesan terhadap luka, misalnya kicap berwarna hitam akan menyebabkan luka hitam.

Otak kita belajar melalui 'neuro association condition' (keadaan perhubungan otak) iaitu cuba menghubungkan apa yang dilihat dengan apa yang dirasa, walaupun kadangkala tidak masuk akal. 

Sumber: (^,^) 

# salah sangkaan saya selama ni :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...