..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label MovieDrama. Show all posts
Showing posts with label MovieDrama. Show all posts

March 29, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi | Baju saya la!!

Salam,

Ni kisah hari Isnin masa saya menonton Slot Akasia : Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Ala, drama yang ada Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Fauziah Gous, Shah Jazli eh Shah Jazle a.k.a Shahrizal tu. Makcik ni pakai baju sebijik cam baju saya yang dibeli di Padang Besar.. Hahaha..

Tengok..tengok..sama kan..kan..kan..


Baju tu bukanlah dipakai oleh pelakon utama.. hahaha..Tiba-tiba rasa cam lawak plak..hehehehe



# Episod last drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi akan ditayangkan hari Isnin nanti..



February 14, 2013

Sehangat Asmara | Idea asal KAMI

Salam,

Lebih kurang 10 tahun dulu (tak berapa nak ingat sangat dah), saya dan my bestfriends dah baca novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea ni. My besfriends memang tangkap cintan ngan watak dalam novel ni (Kay dan Zainal). Masa tu cover buku ni bukan macam ni. Waktu tu cover warna putih.

Disebabkan terlalu tangkap cintan ngan novel ni, kami berenam (me and my BFF) pun terfikir, "Alangkah baiknya kalau cerita novel ni diadaptasi ke layar kaca." 10 tahun dulu, kami rasa novel ni tak mungkin ke layar kaca sebab masa tu bukan zaman cerita novel dibuat filem atau drama. So kami cuma berangan-angan, siap fikir hero and heroin yang sesuai untuk jadi watak utama (malangnya saya dah tak ingat siapa pelakon yang bertuah tu :D) .

So boleh tak kitorang claim idea nak bawak novel ni ke layar kaca tu idea asal kami berenam ..hahahaha




Sekarang, cerita ni dah ada kat Astro. Watak utamanya Rita Rudaini dan Adi Putra. 10 tahun dulu, saya memang nak sangat 'tengok' cerita ni kat TV, tapi sekarang walaupun dah ada kat TV, saya tak teringin pun nak tengok.  Zaman dah berubah.. ☻

# kadang - kadang benda yang mustahil , tak semestinya akan kekal macam tu kan.  Masa mmungkinkan segala - galanya....



January 16, 2013

Setia Hujung Nyawa

Salam,

Mood tengah happy ni. Sebab dah dapat buku yang dicari - cari. Sana sini orang bercakap pasal Setia Hujung Nyawa. Macam tak best pulak kalau buku ni tak ada dalam koleksi kan. Tapi sayangnya, masih tak sempat nak menelaah buku ni.

Awal tahun macam ni, kerja sekolah bertimbun. Kena dahulukan mana yang lebih penting dari yang agak penting hehehe.

Setia Hujung Nyawa - Kisah suka duka Zain Hakimi dan Ersalina.

# Drama bersiri adaptasi novel ni sedang ditayangkan di TV3. Masih menggunakan judul yang sama Setia Hujung Nyawa. Peringatan untuk diri sendiri & kawan - kawan, sempurnakan yang WAJIB dulu ye. Solatlah sebelum anda disolatkan :) ..



December 13, 2012

Sepah The Movie

Salam,
Semalam saya terjebak dengan Sepah The Movie. Tak pernah terlintas di hati saya nak tengok. Tapi sebab saya bawa budak bawah umur, cerita macam ni je sesuai untuk diorang ;D..

Honestly, saya tak minat dengan kumpulan Sepah, so saya tak nak komen cerita ni dari hati saya ;p..

Tapi berdasarkan gelak ketawa orang lain dalam panggung masa tu, cerita ni lawak jugak kot.

Komen anak saudara saya (9 tahun) : "Best, ada yang sedih, ada yang lawak"..

Ok, kepada yang nak tau best ke tak, boleh pergi tengok sendiri ;p..

September 18, 2011

Astro First : Hantu Bonceng


1st time aku langgan Astro First sebab Hantu Bonceng...Ok la..RM15 untuk 48 hours..boleh la tengok sampai bosan...Adik aku duk ulang tengok je...sampai aku pun naik muak...

Tapi lepas langgan 1 movie, rasa gatal je tangan ni nk beli movie lain ha3...

September 13, 2011

Connected

Baru habis tengok movie Connected (2008) kat TV...Movie lama..Louis Koo jadi hero ..Cerita ni based on cerita Inggeris, Cellular...English Version ni pun aku dah tengok dulu-dulu..


Aku cuma nak highlight 1 part dalam cerita ni..Part ibu (Barbie Hsu) ngan anaknya main teka teki..Aku rasa lawak la teka teki tu..tak pernah dengar....

1) Macam mana orang boleh gosok gigi dan bersiul dalam masa yang sama?
Sebab dia gosok gigi palsu


2) Sungai apa paling berat?
Sungai Besi


p/s: Boleh la main teka-teki ngan anak murid aku pas ni..hehe

May 21, 2011

Laksamana Do Re Mi

Saat ni aku tengah melayan cerita Laksamana Do Re Mi...Walaupun dah berjuta kali diulang tayang aku tetap tengok...Bagi aku cerita-cetita P.Ramlee ni "tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas"...tapi tak semua la..ni pendapat aku..tak ada kaitan dengan yang hidup @ yang telah pergi...


Source grafik: http://www.sinemamalaysia.com.my/filemgambar.php?id=552

Kalau cerita-cerita P.Ramlee yang lawak, aku tak kisah kalau diulang tayang berapa kali pun..cuma aku tak suka / jarang tengok cerita P.Ramlee yang agak berat dan serius macam Ibu Mertuaku, 6 Jahanam, Antara 2 Darjat...tak syok la...tapi kalau cerita P.Ramlee yang lawak, aku tetap akan gelak walaupun skripnya aku dah hafal ha3...

Cuma kadang-kadang bahasa yang digunakan tak sesuai untuk kanak - kanak...contohnya macam, bodoh, celaka...agak kasar bagi aku...budak-budak pulak cepat terpengaruh dengan bahasa-bahasa yang agak kurang ajar macam ni..

Jom layan...


p/s: ada tak orang yang kreatif dan berbakat macam P.Ramlee ?


May 18, 2011

Kongsi

Lupa nak cerita..baru ni aku g tengok citer KONGSI...bagi aku cerita tu memang lawak especially part Shaheizy Sam ngan Azad...aku memang suka diorang berlakon dalam drama Adnan Sempit The Series..

Tiket wayang di atas tiada kaitan dengan Pizza Hut..hehe

"The action-comedy directed by Farid Kamil, focuses on the investigation done by ASP Shariff (Fizo Omar) towards the killing of triad members in Kuala Lumpur. Various triad members are in shambles when they discover the presence of a hired killer Tumulak (Shaheizy Sam), who committed the killings to settle his debt. Asps Shariff are unable to pinpoint who are to be blamed since the cunning Tumulak works alone. In truth, the crimes are masterminded by Kimpedu (Zul Handyblack), who hired Tumulak to stir the nest of the triads as Kimpedu plans to take control over Kuala Lumpur."


Eh, rasanya yang jadi Kimpedu tu Bront Palare bukan Zul Handyblack...aku salah tengok ke??

Cuma ntah la, aku tak berapa faham jalan cerita Kongsi ni...Maybe sebab aku terlelap kot masa tengok cerita ni, sebab tu aku tak berapa faham hehe..

Tapi tak rugi la aku buang duit tengok KONGSI ni..yang penting aku boleh gelak ha3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...