..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label Friends Forever. Show all posts
Showing posts with label Friends Forever. Show all posts

March 26, 2013

212 | Aku bukan blogger

Salam,

Saya suka nombor 212. Abah saya pun suka nombor ni sebab nombor ni seiras tapi tak serupa dengan nama dia. Nombor plat kereta abah saya pun 212.. :)

Disebabkan abah saya minat nombor ni, jom kita berkenalan dengan kawan maya saya yang ke 212.

Kawan maya saya yang ke 212 : AkuBukanBlogger

Errrr, nak mula dari mana ye? Tak pandai nak mengulas. Sebab saya pun baru kenal hehe..Jom kalau nak kenal, boleh melawat kawan baru kita ni @ http://akubukanblog.blogspot.com/

February 14, 2013

Sehangat Asmara | Idea asal KAMI

Salam,

Lebih kurang 10 tahun dulu (tak berapa nak ingat sangat dah), saya dan my bestfriends dah baca novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea ni. My besfriends memang tangkap cintan ngan watak dalam novel ni (Kay dan Zainal). Masa tu cover buku ni bukan macam ni. Waktu tu cover warna putih.

Disebabkan terlalu tangkap cintan ngan novel ni, kami berenam (me and my BFF) pun terfikir, "Alangkah baiknya kalau cerita novel ni diadaptasi ke layar kaca." 10 tahun dulu, kami rasa novel ni tak mungkin ke layar kaca sebab masa tu bukan zaman cerita novel dibuat filem atau drama. So kami cuma berangan-angan, siap fikir hero and heroin yang sesuai untuk jadi watak utama (malangnya saya dah tak ingat siapa pelakon yang bertuah tu :D) .

So boleh tak kitorang claim idea nak bawak novel ni ke layar kaca tu idea asal kami berenam ..hahahaha




Sekarang, cerita ni dah ada kat Astro. Watak utamanya Rita Rudaini dan Adi Putra. 10 tahun dulu, saya memang nak sangat 'tengok' cerita ni kat TV, tapi sekarang walaupun dah ada kat TV, saya tak teringin pun nak tengok.  Zaman dah berubah.. ☻

# kadang - kadang benda yang mustahil , tak semestinya akan kekal macam tu kan.  Masa mmungkinkan segala - galanya....



January 9, 2013

Nombor cantik #151

Salam,

Nombor cantik? Mesti ada yang pelik bila saya kata nombor ni cantik. Nombor ni mungkin biasa pada orang lain, tapi nombor ni cantik bagi saya sebab nombor ni adalah tarikh lahir one of my bestfriends ~ 15 Januari (15/1)

~ Tahun 2013 ni genap 13 tahun kitorang jadi bestfriend. Semoga persahabatan kami berpanjangan :)

# Sempat captured kawan maya ke 151.



Sesiapa nak berkenalan boleh terjah blog kawan maya saya yang baru ni. Kitorang pun jumpa kat SINI.

August 13, 2011

Kad raya..

Pagi ni dah siap tulis 5 kad raya...4 dah boleh pos, 1 lagi kena KIV dulu sebab alamat tak ada... ;P


Dah lama tak hantar kad raya cara 'lama'...hehe...sejak-sejak berkecimpung dalam teknologi ni, 'kad raya' pakai SMS je...tak pun pakai email...tahun ni saje la nak menghidupkan nostalgia dulu-dulu...hehe...

Kad raya yang aku guna ni unik sikit sebab kat luar nampak macam kad raya biasa tapi kat dalam ada kisah-kisah nabi...1 kad ada 1 kisah nabi...ada 8 siri semuanya...kreatif betul orang yang cipta kad raya ni...

p/s: Jom kita pos kad raya ... :)

July 25, 2011

88 comments...

Macam hebat sangat kan 88 comments...hehe...Orang lain mungkin rasa biasa je, tapi bagi aku memang 'luar biasa' la jugak...

Ni sebenarnya komen kat group Facebook aku...Geng^6..Saja la create group untuk bergosip..heee..ahli-ahli terdiri dari my best friends masa kat 'U' dulu...Macam ramai je kan..members group ni tak sampai 10 orang pun :P..Komen-komen ni hasil diskusi kitorang untuk reunion akan datang..Tahun lepas kitorang gath kat Melaka...Tahun ni tak tau nak ke mana lagi..Maklumlah, banyak perkara nak kena consider especially ada 'ibu mengandung' untuk reunion kitorang kali ni....

Bukan main berdiskusi..hasilnya.....0.. ha3

Even dah 88kali post pendapat dan cadangan, kitorang still tak dapat decide ke mana kitorang nak makan angin...Jangan kata nak confirmkan tempat gath, date pun masih lagi samar-samar hehe..Mana taknya, kitorang ni asyik off topik je ha3....

p/s: Ada cadangan tak tempat-tempat best nak pergi?

July 14, 2011

Ronggeng @Secret Recipe

Tadi lepas sekolah, aku g beronggeng kat Secret Recipe ngan kawan-kawan aku...Saje je la sekali-sekala melepak sambil membuang masa bersama kawan-kawan..bukan selalu :P....Bukan buat apa pun, duk bersembang & bergosip je...kat sekolah tak sempat nak berborak lama-lama hehe....

Aku la ni..posing bersama spaghetti meatball
Kak Yas...Thai Style Fried Rice....
Tukang sponsor..Kak Ila gembira bersama  Macaroni..:P
Lain kali kita keluar lagi ye..Next time, biar "Kak Ngah" pulak yang belanja .. :)

p/s: ronggeng di atas bermaksud "bersukaria sambil membuang masa"...tapi aku rasa maksud dalam kamus dewan lain..hehe..

Oh ye, gambar-gambar di atas dipinjam dari Facebook "Kak Cik"...

April 10, 2010

My Trip to Melaka Bandaraya Bersejarah

Last week aku turun Melaka.  Best gilerrrr.  Aku ngan sahabat-sahabat sehidup (semati tak bolehla sebab ajal maut, DIA yang tentukan) aku buat gathering kat sana.  Kitorang stay kat Garden City (ni aku tolong promote Garden City, FREE je). Korang jangan tertipu dengan luaran bangunan ni tau.  Walaupun luarannye begitu, kat dalam selesa dan berbaloi-baloi bagi kami hehe. Serius, aku tak tipu.


 ~Luv u aLL~  Ni la ahli-ahli mesyuarat tingkap dari dulu, kini dan InsyaALLAH selamanya.


First Day :

Tanggal 3 April 2010, lebih kurang pukul 1.00 pagi, bermula perjalanan aku ke JB dengan menaiki bas ekspres ***** (bukan bas sebenar).  Cuak giler masa aku tunggu bas.  Maklum la, bila aku pandang kiri kanan, yang menunggu bas tu semuanya kaum ADAM.  Nyaris-nyaris aku nak balik.  Nasib baik la ada sorang minah ni turun bas sebab dia nak g 'bilik kecik', baru la aku tau yang I'm not alone hehe.  Sebenarnya ada ramai lagi awek-awek atas bas tu.  Diorang naik dari negeri jiran hehe.

Atas bas, aku tido sampai la ke Johor.  Masa aku terjaga tu, aku pandang jugak kiri kanan nak tengok tempat nostalgia aku jatuh longkang (kat Sri Putri), tapi aku tak boleh nak cam langsung.  Dah la dah lama tak turun JB, mamai baru bangun tido pulak tu.

Aku sampai Larkin dah pagi.  Duk la melangut kat Larkin kejap sambil ditemani oleh orang yang tak diundang.  Tension tul la.  Tapi, bila Ikin sampai dengan *tut* sambil ditemani oleh En.Tunang, hilang tension aku.  Hehe..rahsia tetap rahsia Kin.

On the way nak g umah Kak Long, kitorang singgah beli nasi lemak kat taman ape ntah.  Punye la berjanggut (w,pn aku takde janggut) nak tunggu nasi lemak 6 bungkus siap. Ish..ish ...ish....nasib baik sedap.

Aku tak ingat kul berapa aku bertolak dari JB ngan KL n family serta Ikin n En.Tunang.  Yang aku ingat, lebih kurang 2.30 petang kitorang sampai di Garden City dan disambut oleh Ct, Eqah, Wisy n tak lupa juga bibik.  Sal n hubby sampai tak lama kemudian setelah sesat bersama-sama google mapnya.  Maka bermulalah sesi yang telah lama ditinggalkan iaitu......



Sesi gosip.Ni sesi yang pertama.  Hehe tengah gelakkan Sal (yang nampak tangan je tu).  Ni 1st time ammar n wisy join gosip kitorang.



 Lunch, kitorang makan makaroni eqah, kek pisang Tesco Ct (sila lihat gambar di sebelah), kek coklat kaklong, n keropok yang digoreng oleh Ikin (masa ni aku jadi mandur je hehe).  Tapi aku kempunan nak makan pisang goreng yang nak dibeli oleh Sal.  




Disebabkan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan, kitorang terpaksa postpone pertandingan renang berirama kat kolam.

Dinner kat Umbai.  Otak-otak kat sini memang menggamit nostalgia aku kat otak-otak Restoren Noor.  Dua orang lagi tengah pilih lauk aku rasa.  Hehe aku tunggu makan je.

Sebelum sampai kat sini, aku ingatkan Umbai tu nama kedai makan, rupa-rupanya nama tempat.  Buta Geografi betulla aku ni.  Tapi xpe, ada lagi 'orang' yang senasib dengan aku.  Best makan kat sini.  Harga pun OK bagi aku.

Lepas makan, kitorang naik bot kat 'Venice' hehe....

Ni masa nak naik bot kat Melaka River Cruise.  Tambang RM 10 je.

Ni wajah-wajah ceria masa dalam bot. 

On the way balik, nampak fireworks show. Canteekkk.  Tapi kesian burung-burung kat atas pokok.  Aku rasa semua spesis burung terkejut beruk masa tu.

Sesi gosip kedua malam tu tak cukup korum.  Maklum la masing-masing dah penat.  1st day berakhir dengan jayanya.


Second Day (merangkap Last Day.  Hehe aku pegi sana 2 hari je):

Pagi-pagi lagi dah ada 'orang' yang bersemangat nak mandi kolam.  Alasannya, "anak suka air".  Ala, macam la orang tak tau, maknye yang teringin beno nak mandi kolam hehe. Kan, kan???

Ni la rombongan 'che kiah' nak mandi kolam. Siap bawak 'kapal biru' lagi.

Aksi-aksi di kolam.  Banyak lagi gambar-gambar yang kalau editor majalah *tut* nampak mesti nangis punye.  Aksi-aksi kitorang kat kolam ni lagi hebat dari majalah dia tau.
(Gambar diedit oleh Kak Long menggunakan Adobe Photoshop ;p)

Masa kat kolam ni la paling bes bagi aku.  Aksi-aksi kat slide tu kalo diingat memang aku boleh gelak guling-guling.  Mana tak lawak, ada part kitorang kena marah dengan 'budak sunlight' sebab menyemak kat slide tu.  Tak sedar diuntung betul budak tu.  Kalau kitorang tak slide dulu, konpem diorang tak tau apa kegunaan benda biru tu.  Tu tak termasuk aksi "kanak-kanak riang" lagi......

To Kak Long, Eqah, Sal, Ct n Ikin, TQ very2 much.
Even tentatif program gath6 ni tak segah mana, tapi aku tetap puas hati.  Bagi aku, kalau dapat jumpa insan-insan yang disebutkan di atas ni, duk bergosip seharian dalam bilik pun aku dah seronok. 


Dulu-dulu kitorang berENAM je.  Sekarang dah 6+ + +.  Reunion akan datang, memang kena sewa banglo kan Ct? Hehe...

Sebelum balik kitorang singgah lunch kat Restoren Asam Pedas (sori, full name aku tak ingat).  Makan kat sini best, tapi lagi best sebab KL belanja hehe...

Malamnye, aku bertolak ke Kuantan pukul ~ 8.45 mlm.  Thanx to Ikin n En.Tunang sebab hantar n tunggu aku sampai naik bas kat Sri Putri.  Bas gerak, aku pun tido.  Punye la penat bersuka ria sampaikan bas dah berhenti kat terminal Kuantan pun aku tido lagi.  Nasib baik, pakcik drebar bas kejut aku.

"Dik, bangun..kite dah sampai".  Dengan ayat tu, aku pun melangkah turun dari bas tanpa menoleh ke belakang lagi.  Hehe aku la insan terakhir turun dari bas (tak termasuk drebar bas la).


Moral of the story:  Reunion memang best.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...