Showing posts with label Cikgu Zira. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Zira. Show all posts
January 1, 2018
November 5, 2016
Softcopy buku " Pandainya Adik" untuk anak - anak belajar menulis
Assalamualaikum..
Ingat lagi tak sebelum ni saya ada bagitau yang saya belajar melukis menggunakan Power Point. Hari tu saya ada tunjuk gambar paus yang saya lukis hihi. Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang lebih menarik iaitu buku Pandainya Adik. Buku ni adalah Projek Amal hasil tangan Mama Chekgu bersama pelajar-pelajar yang belajar ngan MamaChekgu (cikgu clipart kami).
Buku ni sesuai untuk anak-anak belajar menulis alphabet. Ada gambar-gambar cantik hasil tangan kami. Mesti anak-anak suka. Saya pun ada lukis satu hihi..tapi tak cantik sangat sebab masih dalam proses belajar kan.
Nak beli?? ehhh kami tak jual..Free je.. boleh dowload kat link bawah ni..FOC je..sebar-sebarkan ye..jangan jual pulak hihi..tak baik tau..
Fail jpeg
https://drive.google.com/drive/folders/0ByHeYdqUoirCYm1hZmZLV2xMR00
atau kat sini
Fail pdf
https://drive.google.com/file/d/0ByHeYdqUoirCRW14eTVWTUd3WUk/view

September 10, 2015
BananaNA...
August 15, 2015
Sudut Linus - In Progress
Saya tolong warna sikit - sikit je..tak berapa nak kreatif tangan ni hihi..
August 24, 2014
Dah lama rupanya...
November 14, 2013
23..23..23..
Keputusan UPSR sekolah saya :
23 orang 5A
23 orang 4A 1B
23 orang 3A 2B
Tahniah kepada semua... :)
November 2, 2013
Hanya untuk yang memahami...
# gambar ni saya dapat dari facebook. Sumber asalnya saya, xtau..mohon share ye..
October 20, 2013
Pukul 2:00 pagi
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 2:00 pagi berjaya menyiapkan SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) 2013 ni. Nasib baik laju nak loading page ni. Kalau tak, mau 'bertanduk' pas ni... (^^)
# Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa pelanjutan tarikh. (KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013).
October 18, 2013
Pentingnya Takwim Persekolahan 2014 kepada saya
Salam,
Dah lama cari takwim cuti 2014. Semalam baru jumpa. Sebelum ni saya tak pernah kisah pun pasal takwim sekolah. Tapi untuk tahun depan memang penting hehehe. Boleh la merancang untuk tahun depan.. :P
# (^ ^)
September 24, 2013
Berjaya panjat pokok jering dengan Prusik
Salam,
Prusik bukanlah sejenis makanan seperti kuih talam, lompat tikam mahupun tepung pelita. Prusik juga bukanlah sejenis permainan tradisional yang boleh dimainkan pada waktu lapang seperti galah panjang ataupun congkak hehe. Prusik adalah prusik, bukan sejenis asid bernama prussic.
Prusik sebenarnya adalah sejenis ikatan yang diambil sempena nama orang yang mula - mula memperkenalkan ikatan ini iaitu Karl Prusik.
Apa kaitannya dengan pokok jering?.. hehe.. Actually baru-baru ni sekolah saya telah mengadakan satu perkhemahan unit beruniform di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (Pusat Ko). Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah 'Prusik' iaitu memanjat tali menggunakan Prusik. Orang yang suka mendaki gunung mesti tau pasal prusik kan.
Saya bukanlah pakar memanjat pokok. Tapi 'berkat' ikatan Prusik ni saya berjaya memanjat pokok jering di Pusat Ko :P .
Jangan tiru aksi ni. Aksi ni diselia oleh pakar ye hehe.

September 13, 2013
September 12, 2013
Jumpa lagi UPSR 2014
Salam,
Hari ni hari terakhir UPSR 2013. Alhamdulillah, peperiksaan berlangsung dengan lancar.
Hari ni hari terakhir UPSR 2013. Alhamdulillah, peperiksaan berlangsung dengan lancar.
Jumpa lagi tahun depan..InsyaALLAH..
September 11, 2013
Merawat sengatan tebuan yang comel tapi jahat
![]() |
| Nampak cam comel je..tapi sengatannya berbisa..ish..ish..ish |
Menurut 'mangsa', kalau kena sengat tebuan. Perkara pertama yang kita kena buat ialah cari cuka makan. Diulang sekali lagi, cuka makan. Bukan cuka getah ye anak-anak hehe. Cuka makan tu kita sapu kat tempat tebuan sengat tu. Kemudian makan sesudu. Katanya, boleh legakan sengatan tebuan. Lepas tu boleh la , ambil kunci kereta dan check in di klinik or hospital.
Saya tak tau sejauh mana kebenaran dan kemujaraban petua ni sebab saya tak pernah try. Cuma berkongsi saja. Mungkin berguna untuk orang yang memerlukan.
# Siapa nak try, boleh try. Tapi risiko bukan di bawah tanggungan saya hehe.
August 26, 2013
MERDEKA 2013 | Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Salam,
Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Hari Kemerdekaan kan. 31 Ogos 2013 ni genap 56 tahun kita merdeka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130803/dn_17/Tema-dan-logo-Hari-Kemerdekaan-ke-56-diperkenalkan#ixzz2cznBSSNb
© Utusan Melayu (M) Bhd
..Ya ALLAH, kekalkanlah keamanan Malaysiaku, Tanah Tumpahnya Darahku..
Tema MERDEKA tahun ni Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.
"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara," kata kenyataan itu.
Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130803/dn_17/Tema-dan-logo-Hari-Kemerdekaan-ke-56-diperkenalkan#ixzz2cznBSSNb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bagi yang nak mendapatkan lagu tema, boleh download di :
# terpanggil untuk buat catatan tentang Hari Kemerdekaan 2013 ni sebab rasa sedikit bersalah. Bersalah sebab kurang aura nak sambut Merdeka tahun ni sebab aura Syawal tu lebih dominan .. :P
..Ya ALLAH, kekalkanlah keamanan Malaysiaku, Tanah Tumpahnya Darahku..
August 19, 2013
Teacher, perempuan tak tutup aurat tu...
Salam,
Kisah ni berlaku sebelum cuti raya baru ni.
Situasi : Di dalam kelas 1 Talhah. Saya sedang kusyuk memerhatikan seorang pelajar menyiapkan latihan.
Tiba-tiba seorang pelajar menghampiri saya...
Syafiq Aiman : Teacher, perempuan tak tutup aurat tu tak buat kerja sekolah.
Teacher : Ha???
(Terkejut sebab dengar bahasa yang digunakan. Tinggi tu ..hahaha)
Syafiq Aiman : Tu perempuan tak tutup aurat tu tak buat kerja sekolah.
(Sambil menunjukkan ke arah seorang budak perempuan yang tak pakai tudung. Satu- satunya budak perempuan yg free hair hari tu)
Teacher : OOooo...
Hmm ..budak umur tujuh tahun pun dah tau pasal aurat. KITA yang dewasa ni macam mana pulak..
# Ingatan untuk diri sendiri.

May 23, 2013
Jom Melawat Petrosains PlaySmart Kuantan
Salam,
Hari ni hari terakhir sekolah sebelum sekolah bercuti selama dua minggu. Sempena meraikan hari terakhir sekolah di bulan Mei ni, kami, guru - guru Tahun 1 membawa murid - murid Tahun 1 melawat sekitar bandar Kuantan.
Salah satu destinasi yang kami tuju ialah Petrosains PlaySmart Kuantan.
Sesiapa yang teringin nak melawat bolehlah berkunjung ke sini :
Petrosains PlaySmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Tel: (09) 534 2290
Emel : psmartkuantan@gmail.com
Selamat Bercuti kepada sesiapa yang bercuti.. :)

" Petrosains PlaySmart Kuantan ialah pusat sains mini yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai dunia sains yang hebat melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Pameran interaktif dan aktiviti menarik di sini membantu pengunjung menimba pengetahuan baru tentang sains di sebalik rutin seharian."
Jom layan gambar budak - budak bersukaria kat sini. Sesuai dengan namanya, semua permainan kat sini adalah berkaitan dengan dunia sains.
Sebenarnya, saya pun baru 1st time jejak kaki ke sini ..hehe.. nama je orang Kuantan :P ..
Seriously, bawa kanak - kanak riang seramai 86 orang bersiar - siar memang memenatkan.. :P
25 - 26 Mei 2013 akan diadakan Karnival Matematik kat sini. Sempena cuti sekolah ni bolehla bawa anak-anak ke sini dari 9:00 a.m. hingga 5:00 p.m. .. Percuma je.
Sesiapa yang teringin nak melawat bolehlah berkunjung ke sini :
Petrosains PlaySmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Tel: (09) 534 2290
Emel : psmartkuantan@gmail.com
Selamat Bercuti kepada sesiapa yang bercuti.. :)
April 22, 2013
Pensel Jahat
Salam,
Situasi : Di dalam kelas 1 Miqdad.
Tengahari tadi masa saya sedang kusyuk memerhati Mazuan menyiapkan latihan, tiba-tiba terdengar satu suara,
"Cikgu, pensel saya ambik Najwan".
Haaa?..Adeh, sambil tepuk dahi, "Rosak..rosak"..budak ni nak kena tingkatkan usaha lagi untuk belajar bahasa Melayu :P ..Jahat sangat pensel tu, sampai Najwan pun dia nak bawa lari hahaha..
Lama tak menconteng kat sini. Big M dah datang melawat hehe. Sana sini sekarang sebok pasal PRU13. Saya sekadar memerhati je la. Tapi tak sabar juga nak rasa pengalaman pertama sebagai petugas PRU (Kerani Mengundi) .
#pensel ni nak kena masuk pusat pemulihan akhlak ni...

Labels:
Cikgu Zira,
Jokes
March 13, 2013
SAPS | Dah siap..boleh bersukaria...
Salam,
Baru siap key-in markah ujian dalam SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Hehe minggu depan bolehla bercuti dengan aman . Zaman sekarang zaman IT, semuanya kena online..saps, splg, sppbs, apdm dan macam - macam 'S' dan 'A' ..nak kena log in, nak kena ingat password..kadang - kadang sampai password pn tertukar hahaha..pastu dok heran 'awat asik error je'... ;P
Tapi tak dinafikan sistem online ni bagus juga, especially macam SAPS ni parent boleh tengok markah anak-anak dengan cepat dan TEPAT :P .
Ok la, nak p makan sat. Laparla pulak dok mengadap benda ni...
# Sistem online memang bagus kalau servernya bagus....
March 2, 2013
MUGANDAS | 1 dalam 25
Salam,
Dah lama tak bercerita tentang 'kecomelan' anak - anak murid saya di sekolah. Hari ni nak cerita pasal anak murid saya berketurunan India yang sangat bersopan dan berbahasa. Sopan ..sebabnya..Mugandas sorang je yang selalu ucapkan "Thank You Teacher" atau "Terima Kasih Cikgu" setiap kali saya bagi worksheet atau tolong dia siapkan kerja sekolah.
24 orang murid - murid lain memang berat mulut walaupun dah berkali-kali saya pesan. Tak apalah, diorang pun baru 7 tahun.

| ::Google:: |
24 orang murid - murid lain memang berat mulut walaupun dah berkali-kali saya pesan. Tak apalah, diorang pun baru 7 tahun.
Tapi yang lawaknya Mugandas ni, bila dia tolong saya angkat buku pun dia ucap "Thank You , Teacher"..
Hikhik..Budak ni faham ke tidak konsep berterima kasih tu...Patutnya saya yang ucap Terima Kasih. Ni tak, saya tak sempat bukak mulut lagi dia dah cakap "Thank You Teacher"..hahaha..Ni pun nak kena 'didik' lagi ni.. :P
February 20, 2013
Tunnel Book | Galaxy
Salam,
Baru - baru ni kemas barang - barang lama, jumpa tunnel book (pop up book) ni. Tunnel book ni saya buat masa zaman belajar dulu (masa belajar nak jadi cikgu). Kiranya boleh digunakan sebagai ABM/BBM untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.

| No kad pengenalan adalah RAHSIA hikhik |
Jom tengok kat dalam ada apa...
Seriously, bila dah jadi cikgu tak sempat nak buat tunnel book cam ni. Hmmmmm...
![]() |
| Tunnel book paling simple....tapi berhari-hari gak nak siap... |
# tak sangka boleh buat tunnel book ni sebab saya bukan orang yang kreatif hahaha...
Labels:
Art4Fun,
Cikgu Zira,
MyWorld
Subscribe to:
Posts (Atom)