..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

Showing posts with label I Sew. Show all posts
Showing posts with label I Sew. Show all posts

May 26, 2017

Jahit PEPLUM RAYA untuk myBaby

Assalamualaikum..

Selamat menyambut RAMADHAN buat semua ....

Puasa belum mula tapi ummi (Tailor Amatur) dah siap jahit peplum untuk myBaby hihi..

Tahun lepas try jahit baju baby doll tapi sendat..tahun ni Alhamdulillah baju peplum ni cantik terletak je hahaha..





::: Photo Book:::

March 17, 2016

Busymat Husna

Assalamualaikum..
Dah lama blog ni tak berupdate. Macamlah tuannya ni busy sangat hihi. Jom hari ni saya nak tayang busymat myBaby hasil keras tangan ummi hihi. Busymat ni nampak cam senang, tapi leceh. Saya buat simple je, Counting Mat.

Busymat ni saya guna felt, button kiut. Actually myBaby tak pandai pun mengira lagi. Dia suka cabut nombor- nombor tu pastu gigit.

Kalau ikutkan hati, malas dah nak buat busymat ni. Tapi ada kawan minta buatkan untuk baby dia huhuhu. InsyaAllah, cuma tak tau la bila boleh siap. MyBaby punya busymat pun 2 bulan baru siap hahaha..

Saya ada buat tutorial yang tak seberapa untuk buat busymat ni. Boleh tengok kat fb: My Mahabbah. Bolehlah sesiapa yang nak try buat sendiri. Otai2 tak yah la tengok hihi. Ummi amatur je ; p..

MyBaby tengah teruja tengok busymat dia.



::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

October 4, 2015

DIY Bib Baby

Assalamualaikum dan Salam Jerebu 1 Malaysia..

Hari ni cuaca still berjerebu. Sekolah - sekolah kat Malaysia pun kebanyakannya diarahkan tutup esok dan lusa. Jerebu macam ni nak keluar berjalan - jalan pun tak de mood. Berkurung je dalam rumah.

Jom hari ni nak tunjuk hasil berkurung dalam rumah hehe. Tadaaa..bib baby. Teruja nak buat bib ni sebab mybaby dah start makan solid food. Gigih umi buat bib ni. Bib ni guna kain cotton je. Rasanya umi kena letak batting bagi lebih efisien untuk serap air. Lagi satu saiz pun nak kena buat besar sikit. Mybaby pakai bib ni macam nak tercekik je. Hehe saiz comel sangat. Untuk newborn boleh la kot. Takpe, nanti kita try lagi.



::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

September 23, 2015

DIY Mask Jerebu

Assalamualaikum..

Musim jerebu dah datang. Tiap - tiap tahun rasanya, selain dari musim hujan, musim jerebu pun macam dah jadi musim yang wajib singgah kat Malaysia. Tapi Alhamdulillah, rasanya tempat tinggal saya hanya terkena tempias jerebu. 

Bila musim jerebu, tokey MAsk pun tersenyum. ALHAMDULILLAH rezeki hihi. Kat FB pun rata - rata saya nampak orang dok post face mask yang dijahit sendiri. Saya pun terjebak sama hihi. Terus google cara jahit mask. Tak rumit sangat. Kejap je dah siap. Tadaaaaa..

Model tak berbayar sedang menggayakan mask hihihi

Saya jahit untuk suka-suka je. Tak bercadang pun nak pakai face mask ni kat luar. Actually saya pun tak tau sejauh mana keberkesanan face mask saya ni nak tapis partikel jerebu tu hihihi. Malas nak buat research sebab macam saya bagitau tadi, saya jahit face mask ni untuk suka-suka je.

 


::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

May 23, 2015

Selepas 5 bulan...

Salam,

Tadaaaa...


Selepas 5 bulan set tilam ni siap barulah saya berjaya menyiapkan sarungnya huhu. Baby pun dah 2 bulan lebih. Sarung bantal baru siap satu, ada 2 lagi bantal tidur + 2 bantal peluk masih tak bersarung. Ish..ish..ish..


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

May 22, 2015

Jahit bantal karipap dengan mesin jahit dari Lazada

Salam,
Lama dah tak bersiaran. Hari ni nak tunjuk bantal karipap yang dijahit dengan mesin jahit yang dibeli dari Lazada. Punya la excited nak menjahit sampai senget - benget bantal ni hehe.
Actually mesin ni bukan saya yang punya. Mak saya yang empunya. Saya yang terover excited nak guna. Mesin ni murah je RM 169. Tapi ada yang dapat murah lagi masa diskaun. Bagi saya sesuai untuk yang nak belajar jahit.
::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 12, 2014

Set tilam kekabu baby

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam saya berjaya menyiapkan satu set tilam kekabu bersama bantal. Sebelum ni , set bantal je siap. Semalam gigih siapkan tilam.


Ni set tilam saya. Kebas jari nak jahit bagi tilam tu jadi timbul - timbul macam tu.

Lepas ni misi menjahit sarung bantal dan tilam pulak. Nak kena seru mood rajin dulu hehe.




::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

December 1, 2014

Set bantal kekabu baby | TQ Geng Jahit

Salam,

Hari tu saya ada cerita pasal saya jahit sarung kekabu kan. Hari ni saya nak tunjuk hasilnya setelah saya masukkan kekabu. Taraaaa.....


2 bantal baby, 1 bantal sederhana dan 2 bolster. Tilam tak siap lagi..hehe..Kekabu tu saya beli RM 18 untuk 3kg.
Terima kasih kat Geng Jahit ( group yang saya join kat fb) sebab banyak kongsi ilmu menjahit. Bila tengok kawan - kawan Geng Jahit post hasil jahit, hati pun teruja nak hasilkan 'sesuatu' even diri ni tak sehebat diorang. Terima kasih Geng Jahit.

# set bantal tu bukan untuk dijual..;p



::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

November 26, 2014

Sarung kekabu

Salam,
Lama dah tak bersiaran kat sini. Hari ni nak tunjuk sarung kekabu untuk set tilam baby. Kiranya ni adalah projek pertama untuk cuti sekolah 2014 ni hehe.

Saya tak pernah buat set tilam kekabu ni. Baru nak cuba- cuba. Saya guna kain belacu yang saya beli kat Jakel. 


Saya beli kain belacu 3 meter. Dapatla jahit 1 sarung kekabu untuk tilam, 2 bantal baby, 1 bantal sederhana dan 2 bantal peluk. Tapi kain ni ada lebih lagi. Kalau rajin , boleh la tambal bantal lagi ;p..


# misi sumbat kekabu pulak...hehe


::: Photo Book:::

:::All About Our Handmade:::

September 18, 2013

Skirt in Progress

Salam,

Hari ni balik dari sekolah je terus selongkar kain. Tiba-tiba je datang mood nak jahit skirt. Kain tu dah lama beli tapi tak berusik. 
Dah siap potong, tinggal nak hantar jahit tepi dulu.

Kain dah siap potong tapi masalah la pulak, nak kena hantar jahit tepi dulu. Ni yang rasa nak beli mesin jahit tepi pulak ni hehehe (macam la rajin sangat menjahit)..mesin yang ada pun kadang-kadang je berusik... 

# Nanti kita tengok hasilnya..tapi tak tau la bila :P.. tunggguuuuuuu....



July 1, 2013

Semalam | Peasant Dress

Salam,

Setelah sekian lama..siap jugak dress ni. Percubaan pertama hehe. Kain tu pun mix & match je.


Bila tengok baju ni, rasa macam ada satu kepuasan even dress ni tak cantik. Barulah faham kenapa kawan - kawan especially kawan-kawan blog macam Kak Mila, Noen and Kak Suzi suka sangat menjahit hehehe.

February 11, 2012

SIY Sew Along | Charm Square Jewel Bag

Ni hasil kerja tangan untuk SIY Sew Along Kak Mila..tetiba je rasa nak merajinkan diri untuk menjahit..beg ni dijahit menggunakan scrap masa jahit beg Queen of Nature.. Tapi aku terpaksa reduce saiz..instead of 5" x 5" inches squares, aku guna 4.5" x 4.5" inches square je..so beg ni saiznya kecil sikit dari original.

Siapa yang berminat masih boleh join SIY Sew Along Kak Mila ni..Tutorial boleh tengok kat sini..Actually beg ni tak la susah sangat nak buat, tapi bagi yang amatur macam aku ni, terpaksa la study lebih sikit masa nak jahit lining :D ..


....Rasanya tali beg ni macam halus sangat (errr, salah ukur kot ha3..), lain kali kena buat lebar sikit, baru selesa .....


..hehe 2 , 3 hari ni tangan asyik gatal je nak menjahit...

February 5, 2012

Tissue Holder


Tissue holder ni telah berjaya kusiapkan setelah lama 'bercuti' dari menjahit hehe...Tiba-tiba je rasa gian nak menjahit ;P ..

Senang je nak buat Tissue Holder ni..Kalau nak try buat sendiri, try terjah kat blog Kak Mila ni..Kak Mila ada buat tutorial cam mana nak buat Tissue Holder..Thanx Kak Mila..


P/s: Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam.. :)

July 28, 2011

Jom Jahit : Table Runner

First time berjaya menyiapkan table runner...& first time jugak join Jom Jahit TiniHani..tak tau la layak ke tak nak join ni :)...Siapa-siapa nak join boleh lagi ni...tarikh tutup masa raya nanti....



Macam pernah tengok je kan corak - corak kain tu...hehe..tu sebenarnya lebih-lebih kain jahit skirt hari tu..Magic kan..skirt bertukar jadi table runner ha3..



Konon-kononya nak buat ala-ala tutorial ni,Quilted Table Runner by Amy Smart..tapi bila dah siap...hehe..tengok sendiri la ye...


Jahit quilt tu tak la susah sangat, tapi yang aku hairan setiap kali aku jahit quilt mesti ada jarum yang 'terkorban'...pelik la.kenapa ye?..Masa jahit beg pun macam tu jugak..Padahal bukan susah sangat pun nak jahit...jahit lurus aje...hmm..musykil...musykil....


Part yang paling susah nak bind..nasib baik ada 'google' yang baik hati...hehe...nota-nota rujukan dari Epal pun banyak membantu..TQ.. :)

TQ jugak kepada TiniHani.Com sebab anjurkan JomJahit ni..

July 24, 2011

Morning Spring Flower

Good Day :) ....

Hari ni aku nak tunjuk beg ke 2 yang berjaya aku siap kan selepas Queen of Nature ..yang ni pun Epal yang ajar ..Beg ni tak la complicated cam beg Queen of Nature..


Tapi macam biasa la, aku paling nyampah bab-bab jahit tangan ni..bunga-bungaan tu kena jahit tangan masa nak lekatkan kat badan beg...Aku pujuk mak aku tolong jahit..tapi kali ni dia tak layan..beg sebelum ni dia yang tolong aku jahit sembat hehehe (pecah rahsia)....


Tangkai beg ni macam senget je kan hehe

Bunga-bunga ni paling aku suka...betul-betul suka.. :)
Morning Spring Flower.

p/s: Misi aku lepas ni nak jahit Table Runner yang dah berkurun tak siap-siap...ha3...

July 23, 2011

Queen of Nature

Gempak je kan nama beg ni...ha3..ni la rupa beg pertama yang berjaya aku siapkan....Aku rasa nama beg ni diberi bersempena dengan 3 kuntum bunga & 2 helai daun yang terlekat kat beg ni :P...

Badan beg ni tak susah sangat nak buat walaupun kena cantum-cantum kain...

Part yang paling susah ialah masa nak cantumkan badan beg ngan tapak beg...agaknya sebab tebal sangat kot...kalau pandang dari luaran, beg ni oleh tahan kot (masuk bakul angkat sendiri hehe)..tapi kalau tengok belah dalam, mau pengsan :P..berserabutttt....sebab tu aku rasa, tak payahlah nak usha dalam beg ni ....tengok dari luar dah la ye...


p/s: Saya budak baru belajar....

April 10, 2011

Sarung bantal segera..

Pagi tadi aku telah berjaya menyiapkan sarung bantal busuk adik aku..Dah lama dia bising sebab sarung bantal dia penuh ngan 'peta' (dah tua - tua pun ada bantal busuk lagi ;p)...

Sarung bantal ni aku namakan sarung bantal segera..hehe...Aku hentam je buat sarung bantal ni..Maklumla, kemahiran aku sangat - sangat la terhad..Aku tak pernah buat pun sarung bantal...


Hehe nak attach zip pun tak pandai..sudahnya aku letak tali je...

February 14, 2011

Skirt Cantek .. ;p

At last siap jugak projek skirt patchwork cantek aku ni huhuhu....Ni la hasil pertama aku pegang mesin jahit...Eh, silap..dulu-dulu pernah la sekali aku guna mesin jahit...Masa tu aku tolong mak aku jahit tepi kain batik..Tapi itu jahit lurus je...Tu pun tak berapa lurus..agaknya sebab tangan aku ni sejak azali memang bengkok kot ;p ....

Bagi spesis yang tangan kayu macam aku ni, memang 'bercinta' jugak la nak siapkan skirt macam ni...Jangan kata nak menjahit, nak pasang benang bawah pun tak reti ;p...Skirt ni berjaya aku siapkan setelah membengkokkan dua bilah jarum mesin jahit..Hehe..Hebat tak aku??..Jarum pun boleh bengkok...tu baru buat skirt je..Agaknya kalau aku jahit baju kurung, mau 10 bilah jarum aku patahkan ( Lepas ni, kayalaa tauke jarum ;p)

First time aku buat benda alah ni, so jahitan tak kemas sangat....Tapi dari jauh macam cantek je kan?? hehehehehe....

Tempoh siap: 2 Feb - 10 Feb


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...