..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

October 8, 2012

Selamat bersara Bonda

..Salam 1 Malaysia..



..Setelah lebih 30 tahun menabur bakti mendidik anak bangsa, pada Jumaat ( 5 Oktober 2012) bonda telah menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam secara rasmi..Selamat bersara diucapkan kepada bonda tercinta..Jasamu dikenang :) .. & pada hari ni genap usia bonda 56 tahun..maintain cun lagi..Selamat menyambut ulangtahun ke 56 tahun..Semoga mak dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yang baik.  Amin..



Sayang mak sangat - sangat .. 

October 7, 2012

Pizza yang GEBU

Malam tadi kami dinner dengan piza buatan sendiri.  Senang je cara nak buat.  Tapi bukan resepi aku, aku pinjam resepi orang lain :P ..

Untuk resepi doh piza yang lembut lagi gebu, aku tengok kat blog Mat Gebu .. Aku memang suka terjah blog ni, sebab banyak menu best lagi sedap.

Resepi Doh Piza
Sumber : Mat Gebu

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) - yang ni diabaikan
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur


Cara buat doh :
Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 

 Aku tak ada BREAD MAKER.  So uli manual je la.

Untuk topping aku buat simple je.  Resepi topping pun aku tengok kat blog Mat Gebu . Cuma aku buat simple je.

Sosej - dihiris serong
Mayonis
Keju Mozarella yang HALAL - susah betul nak cari keju yang bertanda HALAL kat sini
Sos Tomato

Doh yang kembang semangkuk tu bahagi dua bahagian.  Canaikan dalam pan piza.  Guna loyang pun boleh.  Pastu susun je bahan topping tu..
Mula - mula sapu mayonis, lapisan ke dua sapu sos tomato secukupnya.  Baru la susun sosej n last sekali tabur keju mozarella..aku beli yang dah siap parut untuk menyenangkan kerja aku..hehe. Last skali Mat Gebu cakap, kena bakar dalam oven suhu 190 C selama 20 - 25 minit.

Tadaaa....

Pizza
Pizza yang dah sedia untk di ngap...hehe

Resepi ni sebagai rujukan untuk aku di masa akan datang.  Sebenarnya dah banyak kali buat dah.  Rasanya menurut family aku SEDAP..Sedap dimakan masa panas. Tak rugi kalau nak try. Bukan susah pun.  Nak lagi senang, terjah je blog Mat Gebu .


October 3, 2012

AinMaisarah | Cinderellah vs Rapunzellah

Salam petang Rabu..Dah lama tak mengupdatekan blog..Sejak 2 -3 menjak ni mood untuk menaip tersangatla kureng.. :P ..

Sempat bergambar lagi tu..hehe

Semalam, novelis AinMaisarah datang ke sekolah untuk promo novel.  Aku tau pasal dia pun sebab aku pernah baca karya dia Jutawan Gedik kat Berita Harian.  Novel AinMaisarah ni kalau tak silap aku banyak berkisar pada life teenagers.  Macam aku ni dah tak sesuaiiii..Ha3..Tapi disebabkan gatal nak buku yang diautograf oleh AinMaisarah, aku beli jugak la buku Cinderellah vs Rapunzellah ni..Bukan apa, sebagai tanda sokongan untuk novelis kita :P ..

Lagipun , best jugak sesekali berada di alam dongengan ni..AinMaisarah cakap, buku ni memang macam cerita di alam fantasi..Alaa, macam cerita Cinderella , Rapunzel tu la..Bagi ibu - ibu yang ada anak yang remaja dan sedang meningkat remaja, boleh la beli novel - novel AinMaisarah.. :).. Tak rugi didik anak - anak supaya rajin membaca kan..


p/s: Masih cuba sedaya upaya untuk merajinkan diri :P..

June 10, 2012

Garfield yang pemalas

Hari ni rasa macam garfield yang malas..hehe..satu kebiasaan yang terjadi pada bila cuti sekolah sampai ke penghujung..biasala cuti lama mana pun tak pernah rasa cukup..manusia..manusia..ish..ish..ish.. Selalunya semangat nak mengajar tu datang bila dah jejak kaki kat sekolah..hmmm pukul 7 pagi esoklah sebab selalunya time tu aku sampai kat sekolah..eh, lupa plak esok ada pelancaran untuk program alam sekitar..kena sampai sekolah awal sikit dari biasa hikhik.. So, semangat itu akan kuseru sebelum pukul 7 pagi esok supaya esok aku tak jadi macam Garfield malas..hikhik

June 9, 2012

Antara tong sampah dan jalan raya

Tong sampah dan jalan raya adalah dua benda yang berbeza.  Langsung tak sama dan tak serupa.  Cuba perhatikan gambar kat bawah ni, memang tak ada iras langsung kan.

Source: Google

Tong sampah digunakan untuk 'menyimpan' sampah sarap sebelum dilupuskan


Source :  http://www.photomalaysia.com   

Jalan raya ialah laluan yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain


Kalau nak bercerita pasal fungsi , rasanya tak ada persamaan langsung.  Tapi yang peliknya kenapa ada lagi manusia (dah besar panjang) yang masih tak boleh bezakan antara tong sampah dan jalan raya.  Musykil betul.

Kejadian pelik tapi benar ni berlaku baru - baru ni.  Masa tu aku tengah drive nak pergi rumah nenek aku.  Kat depan kereta aku ada kereta Proton Wira.  Sebagai seorang pemandu yang berhemah, aku follow je Wira tu.  Dari jauh aku nampak traffic light dah bertukar merah, so aku pun perlahankan kereta.  Mamat Wira depan aku pun sama.  Tiba - tiba mamat tu buka pintu Wira tu dan letak seplastik sampah atas jalan. Terkedu dan ternganga aku.  Mana taknya, belum pernah aku tengok orang buang sampah cara 'berhemah'.  Biasanya orang main campak - campak je.  Campak tisu ke, botol ke, takla aku heran sangat. Ni letak cara baik, seplastik sampah betul - betul atas jalan dengan penuh sopan.  Ish..ish..ish..  Ada berani???..

So post ni saya tujukan khas buat mamat tersebut.  Semoga anda membaca post ni dan besarlah harapan saya semoga di masa akan datang anda dapat membezakan antara tong sampah dan jalan raya.  Semoga kesilapan yang anda lakukan tidak lagi berulang di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...