Salam,
Cuaca sekarang memang sangat-sangat panas. Even malam-malam macam ni pun tak rasa sejuk. Tapi bukan niat saya nak mempersoalkan cuaca panas ni. Tak baik kan. Walau kadang-kadang hati ni ada jugak terdetik, "hish, panas betul la" ..(mohon Allah ampunkan sikap saya) .
Saya just nak share tips yang saya dapat dari http://www.infosihat.gov.my/ . Semoga dapat dijadikan panduan terutamanya kepada yang alah kepada cuaca panas macam saya.
Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
- Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
- Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
- Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
- Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Memang agak panas sekarang ni, kalau tido takde aircond rasa mcm takmo pakai apa2 dah hahahaha
ReplyDelete..xde hal xnk pakai pn k.mila.. :P
DeleteNice info....
ReplyDeleteperkongsian yg bermanfaat :)
ReplyDeleteassalamualaikum zira...betul tu cuaca panas skg ni...;)
ReplyDeletewasalam.. tips yang berguna nie, memandangkan cuaca sekarang teramatlah panas bila lama2 terdedah memang sakit kepala.. thankz share pasal benda bermanfaat ini :)
ReplyDeleteHuhu. Thanks for the tips zira. Memang musim org sakit skang ni. Sy sendiri dah 3 hari dah demam. Take care!
ReplyDeleteyani pn..take care..tekak ni pn dh stat meragam..
DeleteSilalah zira minum air suam banyak2..kalo ada madu minum sekali dgn perahan lemon..hehe
DeleteAku minum kafein banyak ini...
ReplyDeleteThanks for nasihat
zira , takutkan cuaca la ni..x menentu..sekejap panas sekejap sejuk...kalau panas, sakit rasa kulit2..
ReplyDeletealhamdulillah skrg cuaca dh ok.. :)
Deletetq info yg baik ni
ReplyDelete