Pernah dengar tak 'batu seremban'? Bagi makcik - makcik dan pakcik - pakcik yang seangkatan dengan saya mesti tau pasal 'batu seremban'. Batu seremban setau saya bukanlah batu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Batu seremban ni adalah permainan yang menjadi kegilaan budak - budak perempuan masa zaman saya.
Minggu lepas masa Program Transisi Tahun 1 di sekolah, kami memperkenalkan permainan tradisional ni kepada murid - murid. Rata - rata memang tak pandai or lebih tepat lagi tak reti langsung nak main batu seremban. Masing - masing ternganga bila cikgu - cikgu tunjuk skill main batu seremban yang dah berkarat. :D
Jom saya terangkan sikit pasal permainan ni.
Macam mana nak timbang? Batu tujuh tu diletak atas tapak tangan, dilambung ke udara dan ditangkap dengan cara mencangkuk (betul ke istilah ni.. :D). Setiap batu tu mewakili 2 mata. Proses menimbang ni juga digunakan untuk menentukan giliran pemain. Pemain yang dapat mata paling banyak mendapat giliran pertama.
Permainan dikira 'mati' bila pemain tak dapat menyambut dan mengutip buah dengan baik. Permainan turut dikira 'mati' sekiranya pemain tidak dapat menimbang dengan sempurna.
Memang rugi sebenarnya kalau kita tak meperkenalkan permainan ni kepada anak - anak. Takut makin lama permainan tradisional ni makin dilupakan.
Hehe tiba - tiba rasa nak main batu seremban la...
# budak - budak zaman sekarang memang tak tahu pasal permainan tradisional kita ni. Mereka cuma kenal Agry Birds, Mafia Wars. Hhhmmm...
Betul tu cikgu, budak-budak sekarang tahu main game tab je.
ReplyDeleteKak Yati dulu panggil ni main batu 7. Terer dulu, sampai batu pun jadi licin cantik bulat. Dok main tu je petang-petang bila habis kerja sekolah. :)
btl k.yati..batu tu smpai licin n bulat..
Deletemama alya kena ajar alya main..jgn sampai permainan ni dipinggirkan :)
ReplyDeleterindunya permainan ni.. bagus Zira dan cikgu2 sekolah ni.. teruskan usaha murni memperkenalkan permainan2 tradisional mcm ni.. semoga tak hilang ditelan dek zaman.. well done!
ReplyDeleteye la sue..kalau kita sbg org yg dh 'senior' tak kenalkn permainan tradisi ni, mmg 1 ms nnt x mustahil 'batu seremban' ni cuma blh tgk kat muzium je.. :p
Delete