..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

September 16, 2016

Perap Daging Korban

Assalamualaikum..

Malas nak taip panjang - panjang..Kali ni jenguk blog sebab nak tempek benda ni ..untuk rujukan di masa hadapan hihi..

Esok MyHubby nak makan daging bakar..so sebab saya tak pandai nak marinate daging, saya minta bantuan Mr. Google..

Ni bukan resepi yang saya dapat.. sebab saya tak ikut 100%..saya ikut suka je hihi..ni resepi yang saya buat.

Bahan Perapan

5 ulas bawang putih + 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
1 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar olive oil

Gaul sebati semua di atas..pastu perap la daging korban tadi..

Sedap ke tak? Ntah, nanti esok saya update..sebab esok baru boleh makan..saya perap semalaman..tapi Mr.Google bagitau tadi lepas sejam dua dah boleh bakar..



Sekian..

::: Photo Book:::



June 12, 2016

Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum..

7 Ramadhan

Hari ni saya nak share resepi kek pisang. Saya bukan pakar buat kek. Sepanjang hidup saya boleh dikira berapa kali saya buat kek hihi. Tapi disebabkan tak nak membazir pisang yang ada, saya pun selongkar cari resepi kek pisang menggunakan pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib saya saiz besar macam gambar kat bawah ni.


Gambar dari Google.




Kek Pisang Pemanggang Ajaib.

*2 cawan tepung gandum
*1 sk serbuk penaik
*1 sk soda bikarbonat

Bahan bertanda * diayak bersama

2 biji telur
4 biji pisang emas
< 1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
esen vanila

1)  Blend telur dan gula sampai kembang
2)  Masukkan esen vanila + pisang. Blend.
3)  Tuang dalam bekas. Masukkan tepung. Kacau sebati.
4)  Tuang minyak masak. Kacau lagi sehingga sebati.
5)  Tuang bancuhan dalam pemanggang ajaib. Biarkan terbuka.
     Bakar 10 minit dengan api perlahan.      
     Tutup pemnggang ajaib. Bakar selama 5 minit lagi. Tutup api.
     Biarkan dalam pemanggang ajaib selama 10 minit.
     Kemudian bolehla makan.

Resepi ni bukanlah resepi asal. Saya ubah sesedap rasa. Saya dapat resepi ni dari page fb jual ubat resdung rasanya hihi. Saya up resepi kat sini untuk rujukan saya. Walaupun saya kurangkan sukatan gula, tapi still lagi manis bagi saya. Next time kena kurangkan lagi baru sesuai dengan tekak saya.

Selamat Mencuba. :)



::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

March 21, 2016

Kangkung Goreng MIL | Menu Istimewa Anniversary

Assalamualaikum..

Hari ni nak tempek menu istimewa sempena anniversary hihi..

Kangkung goreng versi mak mertua.

Resepi nanti saya update hihi..anakanda memanggil dah tu..

::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

March 18, 2016

Happy Birthday Aki & Una | Beg Crochet Tokma

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni ter'rajin' nak update blog. Aki ngan MyBaby Husna berkongsi bulan kelahiran..bulan Mac. Tahun ni aki celebrate birthday dengan Husna. Tiap- tiap tahun kami tak buat sambutan birthday besar-besaran. Biasanya beli kek dan keluar makan 1 family. Tahun ni pun macam tu jugak.

Kek dari Secret Recipe..kek favourite sepanjang zaman ni hihi..


Malamnya kami dinner di Ana Ikan Bakar Petai.


Beg crochet ni hadiah dari Tokma..Tq Tokma..

Selamat ulangtahun yang ke 61 untuk aki dan yang pertama untuk husna..Sayang Selalu.







::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::

March 17, 2016

Busymat Husna

Assalamualaikum..
Dah lama blog ni tak berupdate. Macamlah tuannya ni busy sangat hihi. Jom hari ni saya nak tayang busymat myBaby hasil keras tangan ummi hihi. Busymat ni nampak cam senang, tapi leceh. Saya buat simple je, Counting Mat.

Busymat ni saya guna felt, button kiut. Actually myBaby tak pandai pun mengira lagi. Dia suka cabut nombor- nombor tu pastu gigit.

Kalau ikutkan hati, malas dah nak buat busymat ni. Tapi ada kawan minta buatkan untuk baby dia huhuhu. InsyaAllah, cuma tak tau la bila boleh siap. MyBaby punya busymat pun 2 bulan baru siap hahaha..

Saya ada buat tutorial yang tak seberapa untuk buat busymat ni. Boleh tengok kat fb: My Mahabbah. Bolehlah sesiapa yang nak try buat sendiri. Otai2 tak yah la tengok hihi. Ummi amatur je ; p..

MyBaby tengah teruja tengok busymat dia.



::: Photo Book:::

::: Jom Shopping Barang Baby :::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...